Tunang Khashoggi Saman Putera Mahkota Arab Saudi
WASHINGTON: Tunang kepada Jamal  Khashoggi semalam memfailkan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi  dan pegawainya di mahkamah Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut pembelaan  susulan insiden pembunuhan kejam wartawan berkenaan di Istanbul dua  tahun lalu.
Hatice Cengiz dan kumpulan hak asasi manusia yang ditubuhkan  Khashoggi sebelum kematiannya, Demokrasi Untuk Dunia Arab (DAWN),  menamakan Mohammed bin Salman dan 28 lagi individu lain berikutan  kematian wartawan yang menetap di AS itu pada 2 Oktober 2018.
Cengiz menuntut ganti rugi bagi kecederaan peribadi dan kerugian  kewangan atas kematian Khashoggi, manakala DAWN berkata, ia bermatlamat  menuntut keadilan di atas kehilangan pengasas mereka.
"Pembunuhan kejam Khashoggi mengejutkan masyarakat di seluruh dunia.
"Tujuan pembunuhan itu jelas bagi menghentikan advokasi Khashoggi di  AS yang secara prinsipnya adalah Pengarah Eksekutif DAWN di AS, untuk  reformasi demokrasi di dunia Arab," memetik kenyataan saman berkenaan.
Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Turki dan mayatnya  dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang oleh sepasukan Arab Saudi  yang didakwa diarahkan oleh orang kanan putera mahkota.
Dia hilang dan dilaporkan dibunuh ketika memasuki konsulat Arab Saudi  di Istanbul pada 2 Oktober lalu, namun mayatnya masih tidak ditemui.  
Selepas tekanan global terutama oleh AS dan Turki atas kematian kejam  itu, 13 warga Arab Saudi dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman  penjara. 
#Sumber : - AFP   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/tunang-khashoggi-saman-putera-mahkota.html