Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5






Bab 1

 
 
 
SUDAH lama tak balik kampung, tapi kali ini kata ayah balik kampung ibu. Aku tak pernah tahu tentang kampung ibu sebabnya ibu pernah cakap yang dia tak ada adik beradik. Tapi kali ini ibu bercakap benar yang selama ini dia terpaksa berbohong demi kebaikan kami semua. Aku pun tak tahu kenapa ibu buat macam tu.

Dalam perjalanan, ibu banyak diam tak banyak cakap. Katanya hanya nak melawat kampung halaman. Rumah yang lama ditinggalkan. Rumah Nek Mah. Aku tanya siapa Nek Mah, katanya nenek aku. Adik-adik aku pula, masing-masing sibuk main gadget.

Setibanya di kampung yang jauh, aku pun melepaskan nafas lega pada petang itu. Perjalanan yang memakan masa lima jam dengan kereta. Memang jenuh juga tapi tak apa, layan sahaja. Aku lihat sebuah rumah usang yang sekelilingnya agak bersemak, cuma ibu cakap, ada orang uruskan rumah ni. Tak pula ibu beritahu siapa.

Aku keluar dari perut kereta manakala ibu dan ayah pergi menemui seseorang, adik-adik ikut sekali. Aku pulak buat hal sendiri. Aku mengheret langkah ke belakang rumah, aku nampak ada perigi lama yang agak tertutup dengan papan-papan buruk. Aku mendekatinya lalu mengintai, perigi itu tidak ada air.

Lama aku mengamatinya, dan tidak semena-mena aku ternampak bebola merah kecil dua biji seperti mata dari bawah tu. Suasana gelap. Rasa lain macam sahaja. Selang beberapa ketika aku dengar suara perempuan menangis. Meremang bulu roma. Perasaan aku je kut...

Aku pun berganjak beberapa langkah. Tak sanggup nak lihat lama-lama. Seterusnya aku menala langkah ke hadapan rumah semula dan aku dapati ada seorang lelaki tersenyum kepadaku. Dia sedang bersila di beranda. Dia perkenalkan dirinya sebagai Pak Lang Muda...

“Dah besar anak saudara pak lang rupanya...” Tegurnya. Oh, jadi inilah penjaga rumah ni, pak cik aku sendiri rupanya. Segak orangnya. Alang-alang dia dah muncul, aku pun bertanya tentang perigi tu.

Menurut Pak Lang Muda, perigi yang ada kat belakang rumah ni adalah sebuah perigi lama. Perigi buta. Dulu masa muda-muda Pak Lang Muda selalu mengintai Nek Mah mandikan anak dara. Kira nakal juga Pak Lang Muda zaman budak-budak ya.

Tapi Pak Lang Muda cakap, tak ada maksud lain kecuali nak tahu, kenapa mandi tengah-tengah malam. Itu sahaja. Oleh kerana perasaan ingin tahu mendalam, maka dia ambil keputusan untuk melihat sendiri apa yang Nek Mah buat. Nek Mah tu, nenek aku la. Ibu kepada Pak Lang Muda.

“Ada satu malam tu seorang perempuan datang jumpa Nek Mah, katanya nak cantik.” Ucap Pak Lang Muda. Aku dengar dengan teliti. “Nek Mah ni mengubat orang sakit, tapi pak lang tak tahu pulak yang Nek Mah kamu boleh buat orang tak cantik boleh jadi cantik.” Sambungnya lagi.

“Terus, apa yang Nek Mah buat?” Tanyaku sambil membetulkan duduk bersila ku di atas beranda. Pak Lang Muda pula membakar rokoknya. Dihembus asap, kepul-kepul keluar dari hidung dan mulutnya.

“Dia pakaikan perempuan tu susuk. Tapi Nek Mah dah pesan, jangan langgar pantang.” Aku pun bertanya apa pantangnya lalu pak lang cakap, jangan tengok cermin selama empat puluh empat hari, itu dari apa yang dia dengar dari mulut Nek Mah sendiri.

Perempuan tu dikatakan cantik sangat. Malangnya kerana tak tahan dengan godaan, belum sampai masanya, perempuan tu tengok juga cermin walaupun belum tiba masanya, beritahu pak lang.

“Wajahnya jadi buruk balik ke pak lang?”

“Ya, lebih buruk dari sebelumnya. Kemudian dia datang cari Nek Mah merayu supaya nak cantik semula, tapi Nek Mah tak dapat tolong dah. Perempuan tu ugut, dia nak bunuh Nek Mah kamu.”

Terkejut aku dengar, sampai macam tu sekali ketaksuban orang nak cantik.

Nek Mah marah, sebab dia tak dapat lagi nak tolong, kecuali jika perempuan tu minum darah sembilan gadis sunti. Itulah syaratnya. Perempuan tu pun sanggup berbuat apa sahaja demi nak kembali cantik.

Nek Mah tak sangka, yang perempuan tu bunuh mak ngah kamu dan minum darahnya. Nek Mah balas dendam, campak perempuan tu dalam perigi dan ditutup rapat, beritahu pak lang lagi. Aku pulak semakin teruja nak tahu.

Semenjak hari itu, roh Salina mengganggu orang kampung termasuklah mengganggu Nek Mah dan kami sekeluarga, katanya lagi.

Tak sangka aku Nek Mah aku jadi pembunuh, tapi demi balas dendam, sanggup buat apa sahaja mempertahankan haknya.

“Apa yang berlaku selepas tu, pak lang?”

“Nek Mah meninggal, dia wariskan saka pada pak lang sebab saudara pak lang yang lain tak nak terima. Pak lang tak sanggup lihat Nek Mah kamu terseksa. Dia nampak bernyawa tapi pada hakikatnya dia dah lama mati cuma jasadnya saja ditumpang saka.”

Merinding bulu roma aku mendengarnya. Orang dulu-dulu percaya sangat dengan benda-benda ni semua. Nak cantik punya pasal sampai nak pakai susuk. Nek Mah pun satu, bela saka buat apa? Tapi tu la, aku tahu cakap je, mana faham apa-apa keadaan orang dulu tu macam mana.

Pak Lang Muda sambung cucuh rokok sebatang lagi. Dia senyum sambil memandang aku. Nampak selesa dia berbual dengan aku sambil bersandar di tiang. Maklumlah, tak pernah jumpa.

“Sekarang ni roh Salina kacau orang kampung lagi tak pak lang?”

“Tak dah... ada orang dah jumpa rangkanya dalam perigi tu.”

“Selama ni pak lang tak tahu ke ada mayat dalam tu?”

“Nek Mah kamu tak benarkan pak lang beritahu sesiapa. Jadi pak lang rahsiakan.” Katanya.

“Mael...” Tiba-tiba nama aku dipanggil ibu. Aku pelik melihat keadaan ibu yang basah lencun. Mandi hujan ke? Hari bukan hujan pun.

“Ada apa bu?” Aku menoleh pada ibu yang sudah menunggu dekat kereta. Semua dah ada. Semua kebasahan.

“Kita nak pergi ziarah kubur Nek Mah dan pak lang kamu.”

Ah?!! Aku tak tahu yang pak lang dah meninggal. Ibu tak cakap pun nak ziarah kubur. Jadi dengan siapa sebenarnya aku bercakap? Errrrr...!



 
Bab 2

 
 
 
SENJA tadi mendebarkan aku. Sangat-sangat panik dibuatnya. Gila tak, aku bercakap dengan siapa pun aku tak tahu. Katanya Pak Lang Muda, pak cik aku. Haish! Ghaib tiba-tiba gitu, pakcik apa macam tu? Itu hantu!

Nak tanya ibu, memang dituduhnya nanti aku ni tak betul, siapa nak jawab? Aku juga yang susah. Tapi kedatangan aku ke kampung boleh jadi tak diundang atau boleh juga dinantikan. Itulah yang aku rasa. Masa di tanah perkuburan, ibu tunjuk kubur Nek Mah, dan tak jauh dari kubur itu, kuburan Pak Lang Muda pula. Kemudian ibu tunjuk lagi kubur Mak Ngah Mona. Sebut sahaja nama tu, aku pun jadi teringat Pak Lang Muda kata apa tentang Mak Ngah Mona, mati kena bunuh, Salina minum darahnya.

Ada lagi satu kubur, Pak Long Anang. Habis mati semua pakcik dan makcik aku. Kenapa? Sepupu sepapat aku yang lain pun aku tak kenal dan tak tahu kat mana. Menurut ibu, mereka tak tinggal di kampung ini lagi. Semua pindah. Aku langsung tak tahu keluarga besar ibu. Inilah kali pertama, tu pun hanya melihat pusara sahaja. Sedih jugak la.

Kemudian, kisah ini diceritakan kepada aku oleh ibu sebaik sahaja malam tiba, aku ingin tahu tentang latar belakang keluarga Nek Mah. Keluarga sebelah ibu aku ni la. Sebabnya aku tak didedahkan sama sekali. Semangat ingin tahu dan keterujaannya memang lain macam.

Menurut ibu, Nek Mah ada lima orang anak, Pak Long Anang, Mak Ngah Mona, Mak Cik Nor (ibuku), Pak Lang Muda, dan Mak Usu Aya. Aku tak pernah berjumpa mereka semua kecuali Pak Lang Muda yang aku dikejutkan dengan bayangannya di beranda petang tadi.

Aku bertanya, apa yang berlaku pada Mak Ngah Mona? Lantas ibu terkejut kerana aku tiba-tiba bertanya tentang hal tu. Dari mana aku mendapat tahu? Sudah tentulah dari Pak Lang Muda yang beritahu. Dengan dia aku berbual senja tadi. Meremang bulu roma aku bila terkenangkan semula.

“Kalau boleh ibu tak nak cakap pasal ni.” Ibu seolah-olah mahu menyembunyikan kebenaran yang sedia aku ketahui. Aku dengan Pak Lang Muda bercerita panjang soal hantu Kum-Kum. Mengenai Salina yang memakai susuk dulu, mayatnya dibuang ke dalam perigi Nek Mah.

“Tapi ibu, saya cuma nak tahu je sebab petang tadi saya...” Aku hentikan bicaraku. Aku khuatir ibu takkan percaya terhadap apa yang aku katakan nanti.

Aku memandang wajah ayah yang hanya diam sahaja. Adik-adik sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Kami menumpang bermalam di rumah Mak Cik Peah kawan lama ibu. Aku yakin, ayah pun tahu kisah silam ibu. Mereka pasti saling berkongsi. Cuma aku tidak diberitahu akan kebenarannya.

“Ibu ajak ke sini cuma nak ziarah pak lang kamu dan tengok-tengokkan keadaan rumah tu. Ibu sedih sebab tak sempat jumpa dia buat kali terakhir.” Ibuku berduka.

“Nor, jemputlah minum.” Mak Cik Peah muncul bersama dulang berisi teko air. Keluar Pak Abu dari bilik terus ke beranda. Aku sempat melihat Pak Abu melambai tangan memanggil ayahku. Maka dengan itu ayah aku pergi kepadanya. Entah apa nak dibualkan pun aku tak tahu.

Rumah Mak Cik Peah ni rumah kampung, kalau berjalan, bunyi derap kaki pada papan jelas kedengaran. Suasana kampung, siulan cengkerik dan unggas pun tidak pernah sepi. Pengedaran udara juga segar memadangkan ada kekisi pada bahagian tepi dinding dekat atap rumah.

Pendek kata, dingin. Tak macam kat bandar tu, semuanya kena pakai penghawa dingin. Kalau tidak, malam suhu jadi panas. Kawasan rumah Mak Cik Peah pun banyak pokok-pokok besar, sama macam rumah Nek Mah. Pasti rumah di sana pun seronok didiami, tapi kenapa ibu tak mahu tinggal di sana je? Bukan ke lagi bagus daripada menumpang rumah orang?

“Ye la bu. Bu... Kenapa kita tak tinggal sahaja kat rumah Nek Mah?” Tanyaku. Mak Cik Peah yang baru melabuhkan punggung terus berpandangan dengan ibuku. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Aku curiga.

“Kau dah buat silap ni Sim, sepatutnya kau jangan balik.” Tiba-tiba aku terdengar ucapan Pak Abu berbicara dengan ayahku di luar. Tapi aku buat-buat tak tahu sahaja. Kata-kata tu sebenarnya buat aku bertambah curiga.

“Ni Mael... Esok kita bertolak balik.”

“Kenapa cepat sangat bu? Saya baru nak kenal-kenal kampung ni. Lagipun saya suka tempat ni.” Sungguh aku berasa damai di sini kerana suasana ini tidak pernah aku nikmati. Ini kan kampung halaman aku jugak.

Tapi, cara ibu seolah-olah tidak mahu lama di sini. Aku jadi hairan. Apa salahnya tinggal di sini dalam beberapa hari. Lagipun, kebetulan ni cuti semester. Adik-adik pun cuti sekolah. Tak ada alasan lain untuk ibu mengelak.

“Mana adik-beradik ibu yang lain?”

Lalu ibu menjawab, pak long dah tak ada, mak ngah pun dah tak ada, tinggal mak usu sahaja, tu pun tak mahu balik. Ada di Kuching, Sarawak. Bila aku tanya kenapa tak nak balik, ibu balas tak tahu. Hurmm... Adik beradik ibu ramai yang tak ada, cuma tinggal mak usu sahaja. Tak sempat aku bermanja dengan mereka. Dari kecil aku tak pernah lihat wajah mereka. Tapi...

“Sekejap.” Tidak semena-mena Mak Cik Peah bangun. Dia pergi ke satu sudut terletaknya gobok, dicapai album gambar dan diberikab padaku. “Gambar ahli keluarga ibu kamu ada dalam ni Mael...” Katanya.

“Kau simpan lagi, Peah?” Soal ibuku.

“Kenangan ni Nor oih...”

Lantas aku pun membelek lembaran demi lembaran melihat foto-foto lama yang warnanya agak suram dan ada yang hitam putih. Tidak seperti zaman sekarang. Setibanya, ada gambar rewang, gambar seorang perempuan cantik. Aku bertanya, siapa dan ibu kata itulah Nek Mah. Cantiknya nenek aku zaman muda, walaupun dalam hitam putih.

Kemudian barulah aku nampak gambar lima beradik, disamping Nek Mah, termasuk tukang sibuk dalam tu. Itulah Mak Cik Peah, jawabnya gelak-gelak. Bertocang. Satu persatu dikenalkan kepada aku.

Tapi kenapa mak tak simpan album gambar macam ni juga? Sekurang-kurangnya dapat aku tengok. Tak apalah, semua ni boleh disalin kalau aku nak.

Tidak sangka-sangka, aku terdengar suara perempuan menangis... Sayup-sayup kedengaran... Aku tercari-cari arahnya. Ibu tegur tapi aku bagi alasan dengar suara cicak.

Memang la tak logik alasan aku tu, tapi aku tak nak mereka syak punca sebenar yang buat aku rasa tak nak balik sebegitu cepat. Misteri Pak Lang Muda berbual dengan aku dekat beranda tu seperti ada maksud tertentu aje. Macam mana aku boleh berborak dengan benda yang orang lain tak nampak?

Harap-harap aku dapat temui jawapan sebenar di sebalik misteri perigi lama Nek Mah tu. Cuma... kalau asyik diganggu suara perempuan menangis, mana boleh tahan. Tak boleh tidur aku jadinya.



 
Bab 3

 
 
 
SELEPAS bersarapan pagi yang disediakan oleh Mak Cik Peah, adikku Ismadi atau aku panggil Madi yang berusia sembilan tahun tu telah memandang ke arah aku. Sejurus kemudian, dia pun datang kepadaku di mana ketika itu aku telah pun berada di beranda rumah. Dia memberitahu bahawa malam tadi dia bermimpi hal yang aneh, katanya di dalam mimpinya itu, dia telah didatangi oleh seorang lelaki yang mengakui sebagai pak lang. Nah! Madi pun diusiknya. Aku harap adik bongsku pulak si Iris baik-baik sahaja.

Perkara ni tak boleh dibiarkan, lalu aku pun membisikan sesuatu kepada Madi, “Kau nak tahu tak, pak lang tu sebenarnya hantu. Semalam abang dah kena kacau kena dengan dia.” Kataku, tapi dia pandang aku selamba saja sambil kening terangkat. Tangan kanannya duk gosok lemak perut bulat kekenyangan.

“Ye ke? Bukan ibu kata pak lang kita dah arwah ke? Semalam pun kita dah pergi ziarah kuburnya.” Katanya.

Madi menyangkal apa yang aku katakan. Mungkin dia tak kena depan-depan lagi kut, baru sahaja dalam mimpi. Itu biasa-biasa. Cuba kalau kena macam aku semalam. Boleh jadi tak cukup tanah dia lari. Itu pun kalau dia mampu berlari dengan saiz badan macam tu.

“Memang dah arwah tapi sekarang dah menjelma jadi hantu. Itulah yang abang musykil ni. Semalam elok je dia borak-borak dengan abang dekat beranda rumah Nek Mah tu.” Aku harap Madi percayalah cakap aku ni.

“Abang ni jangan nak bagi takut Madi.” Wajah Madi dah berubah. Sedikit demi sedikit aku buka kisah semalam agar Madi dapat memahaminya.

“Betul Madi, kalau kau tak percaya kita pergi rumah Nek Mah. Lagi pun rumahnya depan tu je pun. Jalan kaki pun boleh sampai.” Jarak di antara rumah Mak Cik Peah dengan rumah Nek Mah tak berapa jauh, aku kira lebih kurang 500 meter sahaja. Dipisahkan pula dengan sebatang sungai. Maknanya aku kena melalui jambatan.

“Tapi ibu dan ayah cakap kita nak kena balik hari ni.” Madi menyampaikan alasan. Itu semua boleh dielakkan kalau mahu.

“Alah, ikut ajelah, lagipun kau tak nak ke lepak dekat kampung ni, dapat mandi sungai ke, memancing ke. Seronok tahu.” Sengaja aku mengumpan dia. Lagi-lagi boleh dapat kawan baru.

“Madi tak minat la semua tu... Main gaming lagi bagus..” Hidungnya terangkat.

“Tu la kau, patutlah berlemak sana sini, exercise sikit pun tak mahu. Alaa ikut la abang kejap... Dekat sana ada game yang lagi best tahu yang kau tak pernah main pun dalam apa-apa permainan video tu.” Gigih aku memujuk, dengan harapan Madi akur.

“Ermmm... Nanti kalau ibu dan ayah cari, bagaimana?”

“Baguslah kalau cari, tak jadilah kita balik hari ni.” Balasku senyum.

“Oooo... Kira abang saja nak buat alasan la ni?” Bijak Madi meneka. Memang itu maksud aku. Tapi aku bagi dia syarat. Nasib baik dia tak membantah.

Aku cuma minta dia matikan telefon. Aku pun sama. Kemudian aku turun dari beranda rumah tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Aku lakukan semua tu demi rasa ingin tahu yang membuak-buak

Maka dengan senang hati aku berjalan senyap-senyap dengan Madi. Sambil-sambil tu berhati-hati agar tak terlihat oleh ibu. Kalau tidak, nanti mereka menghalang pergerakan kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Maafkan Mael ya bu…

“Mael?! Madi?!” Tiba-tiba dengar suara ibu memanggil. Cepat-cepat kami menyorok belakang pokok. “Mana pula diorang ni?” Aku dengar ibu mengomel. Sebaik sahaja ibu masuk semula ke dalam rumah, cepat-cepat kami pun pergi. Tak mahu pemergian kami tanpa pesan itu disedari.

Aku ni pun satu hal, boleh pula terfikir nak buat begitu. Tapi dah memang ini sahaja jalan yang ada. Puas aku pujuk ibu supaya tinggal di sini beberapa hari lagi tapi tak nak. Tetap juga nak balik. Bagi la peluang kami merasai keseronokan berada di kampung.

Ketika menelusuri jalan itu, entah kenapa aku rasa seperti diekori. Sekejap-sekejap aku rasa nak toleh ke belakang. Madi pun sedar akan tingkah laku aku tu. Sempat bertanya kenapa, aku kata tak ada apa-apa. Padahal aku dah mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak sesuatu.

“Kau dengar tak apa yang abang dengar?” Bunyi itu dari arah semak tepi jalan yang kami lalui.

“Tak ada pula bang, kenapa?”

“Tak apalah.”

“Abang ni saja la tu nak buat suspen pagi-pagi hari.” Madi berkerut dahi sambil menyenggol pinggangku. Otak aku ni tak lain dan tak bukan asyik fikiran hal tu sahaja. Memang tak lari langsung. Sudahlah aku ni tak cukup tidur, ditambah lagi perasaan yang pelik-pelik. Macam tu la jadinya orang yang dihujani beribu pertanyaan dibenak.

“Cepat la jalan, lembab la…”

“Dia yang laju sangat, cakap kita lembab pulak.” Madi muncungkan mulutnya. Dia rasa penat nak berjalan. Maklumlah lebihan lemak dan rasa cepat letih. Tapi kalau bab main permainan di gadget, memang nombor satu. Tak ingat dunia.

Tanpa disangka-sangka, kami berdua tersentak. Kus semangat! Babi melintas macam tu sahaja. Nasib baik tak langgar kami. Madi dah terkejut beruk. Siap peluk aku lagi. “Babi!!!” Katanya.

“Diamlah Madi. Abang pun terperanjat jugak. Dah tahu ni kawasan semak macam ni, kau bising-bising buat apa.” Maka aku merasakan bunyi ranting patah tu berpunca dari binatang tu. Siang-siang hari pun boleh wujud. Tapi aku lupa, kalau ada pun makhluk tak terlihat, dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuklah ke rupa haiwan tadi.

Besar binatang tu tadi, tinggi. Siap ada taring tu. Kalau disondol kami, memang nahas. Tak cukup tanah nak lari. Tapi kami bernasib baik. Ia cuma melintas sahaja di hadapan kami.

Madi gosok-gosok dada. Dia macam nak berpatah balik. “Kau nak ke mana?” Soalku sebab dia dah cemas.

“Madi nak pergi kat ibu.”

“Kau berani ke nak balik sesorang? Kan dia kejar kau macam mana?” Usik aku menakut-takutkan dia supaya Madi batalkan hasrat.

“Gila la kau bang.” Wajah cuak Madi ketara.

Aku pun sebenarnya bukan berani sangat, sebab tu aku ajak Madi temankan aku. Kalau tidak, aku pun tak nak pergi rumah Nek Mah sorang-sorang selepas apa yang berlaku semalam.

Setelah penat kami berjalan, kami pun tiba di rumah Nek Mah. Kali ini lutut aku bergetar. Aku nampak Pak Lang Muda senyum manis kepada aku. Seperti biasa, dia tunggu di beranda rumah sambil melambai tangan. “Maaa…maadii…” Panggil aku sambil toleh Madi di sebelah.

“Tu tu pak lang...” Sebut aku dengan nafas yang sudah tidak teratur. Madi pun bertanya di mana, lantas aku menjawab “Tu…” Aku tunjuk dengan muncung mulutku tapi… Eh? Aku sendiri terkejut. Sudah tak ada. Ghaib sekelip mata tanpa dikesan. Semua itu berlalu begitu sahaja namun perasaan aku tak terhapus. Perasaan cuak semakin menjadi-jadi. Bahkan bukan itu sahaja, ia juga menjadi tanda tanya. Di mana Pak Lang Muda pergi?

“Merepek la.” Madi pula perli aku. Jangan-jangan aku seorang sahaja yang nampak? Ke gitu? Memang sah kut, aku sahaja yang nampak. Pelik!

“Abang tak merepeklah Madi. Betul tadi abang nampak pak lang. Kalau kau tak percaya, jom kita pergi dekat.” Ajak aku dan Madi menurut. Dia pun aku rasa berdebar-debar juga. Lihat muka dia pun aku dah boleh agak.

Tiba-tiba… aku terasa bahu aku dicuit dari belakang. Laju aku menoleh. Tiada sesiapa pun. Alaa… main cuit-cuit pulak, desis hati aku. Darah aku berderau tak reda lagi. Sekejap-sekejap aku toleh Madi silih berganti belakang dan dia. Takkan Madi nak cuit aku pulak? Mustahil, dia ada sebelah kiri aku. Tempat kena cuit, bahu kanan. Tak sampai tangan dia nak cuit aku. Lagipun dia tak berganjak pun dari sisi aku.

 


 
Bab 4

 
 
 
RUPA-RUPANYA tak mudah untuk aku mencari kebenaran. Terlalu banyak ujian yang terpaksa aku hadapi, termasuklah misteri Pak Lang Muda. Ketika berada di halaman rumah ini, aku dapati ia bersih sebersih-bersihnya. Seperti ada orang yang menjaga laman ini dengan rapi. Semak samun yang semalam aku lihat berserabut, sudah kelihatan indah.

Jadi betul kata ibu, rumah ini memang dijaga baik. Pak lang ke yang jaga? Aih!!! Meremang lagi bulu roma. Aku dan Madi meronda sekitar rumah kemudian tiba ke kawasan perigi. Aku beritahu Madi bahawa di sanalah perigi yang aku katakan itu. Dia toleh aku, aku pun toleh dia. Aku faham, dia pun nak pergi tengok juga.

“Tapi kau jangan terkejut pulak Madi…” Pesan aku awal-awal. Aku risau kalau dia terkejut sebagaimana apa yang aku lihat semalam.

“Ini Madi la, bukannya penakut macam abang.” Katanya dengan penuh yakin. Ekspresi wajah riak jelas terpampang. Sambil mendongak dia pun melangkah, sempat dia berkata siang hari begini apa nak ditakutkan. Eleh, nampak babi melintas pun dah menjerit. Nak berlagak konon, cubalah.

Dengan perlahan-lahan dia pun pergi. Aku pula berdiri kaku sambil melihat Madi mendekati perigi itu untuk mengintainya. Setibanya di situ, dia pun jenguk-jenguk. Lama juga aku lihat dia menilik-nilik suasana di dalam tu, lantas aku pun bertanya ada nampak apa-apa tak, tapi katanya tak.

Macam mana boleh tak ada. Semalam aku nampak mata merah kut dalam tu. Siap dengar suara perempuan menangis lagi. Takkan Madi tak melihat apa-apa? Pelik juga aku rasa.

“Takkan tak jumpa?” Soalku hairan.

“Mana ada apa-apa. Abang tu saja je nak buat suspen.” Balasnya, tiba-tiba kami terperanjat. Madi pun mencarut gara-gara terkejut apabila terdapat seekor kucing hitam terjah tepat jatuh di hadapan Madi. Aku yang nampak pun turut tersentak. Aku sendiri tak sedar akan kewujudan kucing hitam itu. Bila melompat baru aku tahu ia dari dahan pohon besar berdekatan perigi.

Menggosok-gosok dada kami. Kus semangat! Memang cari nahas betul. Sekitar rumah ini agak hening, redup sahaja dengan rimbunan pohon. Cahaya matahari menerobos dari celah-celah dedaunan. Bayang-bayang kami pun tak nampak. Sejurus kemudian aku pergi dekat Madi usai kucing itu hilang dari pandangan yang entah ke mana.

Kali ini giliran aku pula mengintai perigi itu kerana kurang yakin terhadap apa yang Madi katakan. Semalam mata tu ada kerana aku sendiri yang melihatnya. Mustahil hari ini tak ada. Aku pun dengan perlahan-lahan mahu meninjau. Sebaik sahaja aku menjengulkan kepala. Tiba-tiba bebola mata merah itu mendekat laju mahu menerjah ke arah aku. Berganjak laju aku ke belakang!

“Kau kenapa bang?” Laju Madi menyoal.

“Kau kata tak ada!” Marah betul aku pada Madi. Tapi Madi cekak pinggang macam tak puas hati dengan aku. Katanya memang tak ada. Habis tu aku nak jawab apa lagi. Dia tak nampak. Terpaksalah aku mengalah.

Nafas aku laju, dadaku berombak menahan debaran. Aku tarik tangan Madi menjauhi perigi tu. Aku beritahu Madi, perigi tu ada sesuatu, malangnya Madi cakap tahyul. Mana ada misteri. Memang Madi  tak percaya langsung cakap aku. Aku yang nampak memang ada sesuatu. Madi kena percaya cakap aku.

“Tolonglah bang, jangan heret Madi dalam masalah abang. Abang kata kita nak berseronok sahaja di kampung ni. Ini dah lain.”

“Inilah permainan yang abang cakapkan tu…”

“Permainan cari hantu?” Madi garu-garu kepala. “Mana ada hantu zaman sekarang ni bang. Lagi pun Madi tak pernah pun nampak hantu dekat mana-mana. Dalam filem ada la.” Tambahnya lagi mengangkat kening sebelah.

Tiba-tiba aku tengok Madi pegang-pegang perut. Wajahnya berkerut menahan sakit. Dia beritahu aku perutnya memulas nak melepas. Kemudian aku melilau mata, rasanya tadi ada tandas tidak jauh dari perigi tu. Aku pun tunjuk pada Madi, aku cadangkan dia pergi jamban tu. Dia pun cepat-cepat meluru. Tak tahan sangat agaknya.

Aku pulak tunggu membatu. Tidak semena-mena aku dengar bunyi orang sedang membersihkan halaman rumah dengan penyapu lidi. Bunyi itu mendekat, semakin lama semakin dekat dengan aku. Masa aku nak menoleh, alangkah terkejutnya aku, Pak Lang Muda berdiri betul-betul belakang aku sambil pegang penyapu.

“Kenapa kamu terkejut tengok pak lang?”

Aku menggigil ketakutkan. Siapa tak takut, yang ada depan mata aku bukannya pak lang, benda lain. Pak lang kan dah mati. Tiba-tiba kaki aku macam kena gam. Memang tak dapat lari langsung. Andrenalin pantas. Biji mata terbeliak. Aku… aku cuba tawakal, tapi tak boleh jadi kalau aku tak bertindak apa-apa.

“Pa…pak lang nak apa…?” Soal aku nafas tersekat-sekat.

“Pak lang tak nak apa-apa. Pak lang cuma nak rapat dengan anak saudara pak lang ni, tu saja.”

“Ta…tapi…” Tak terluah aku dengan kata-kata. Sebab dia kan dah mati, macam mana nak rapat dengan aku? Dia hanya tersungging senyum sahaja. Langsung wajah yang tidak menakutkan terpamer. Sepatutnya aku tak perlu rasa seram terhadapnya. Tapi tu la, tetap juga rasa lain macam. Pokok pangkalnya, pak lang dah mati.

“Kamu tak suka pak lang ada dengan kamu ke Mael?” Aku tak menjawab pertanyaan dia. Aku tak mampu nak jawab apa. Ya atau tidak itu terserah hati aku. Sememangnya aku cuak dengan keadaan ini. Mana mungkin aku nak suka pada hantu yang ada depan aku ni.

Masalahnya sekarang ni, hanya aku yang nampak, kenapa tidak Madi? Ibu, ayah? Iris? Mereka tak nampak. Hanya aku yang nampak? Kenapa? Aku mempersoalkan hal itu dalam kepala aku.

Dia berkata lagi pada aku supaya jangan takut terhadapnya. Mustahil betul, dia muncul secara tiba-tiba, dan ghaib secara tiba-tiba. Hanya hantu sahaja yang punya kebolehan macam tu. Bagi aku, sukar untuk percaya dia. Sekarang ni tubuh aku tak dapat bergerak, kenapa?

“Pak lang, saya tak boleh bergerak, kenapa?” Laju aku menutur.

“Kerana kamu menyimpan perasaan takut pada pak lang. Sepatutnya kamu tak perlu  takut pada pak lang sebab pak lang ni pak cik saudara kamu dan ibu kamu, adik pak lang. Pak lang tak pernah pun kacau hidup dia walaupun dah lama dia tinggalkan pak lang kat rumah ni…” Katanya.

Aku cuba tenangkan diri agar aku tidak lagi menyimpan perasaan takut. Ya, aku cuba kawal. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku lepaskan perlahan-lahan. Kemudian dia berkata lagi, “Izinkan pak lang ikut dengan kamu…”

“Tak pak lang, pak lang tak boleh ikut saya.”

“Abang cakap dengan siapa tu?” Tiba-tiba aku dengar suara Madi menyapa. Segera aku menoleh kepadanya. Sejurus kemudian aku pandang pula ke arah pak lang. Ghaib!

Aku hairan. Madi pun garu-garu kepala selepas keluar dari jamban. Dia kata kat telinga aku yang aku ni dah sewel duk sebut nama pak lang-pak lang sahaja terus.

“Tak logik la abang bercakap dengan pak lang.”

“Betul Madi. Tadi tu pak lang.” Aku pun melangkah. Eh? Senang pula kaki aku menjangkau. Tadi bukan main berat semacam. Madi menala langkah ke beranda rumah. Aku ikut dia. “Madi kena percaya cakap abang.”

“Madi tak percaya.”

“Mesti!”

“Tak!” Jawabnya.

Aku pun mengeluh sambil bersandar pada tiang. Kemudian aku dengar kriuk engsel pintu. Aku segera toleh. Tiba-tiba aku nampak Madi dah buka pintu rumah. Eh?!





Bab 5

 
 
 
KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang-barang dan perabot tersusun. Tiada satu pun yang berselerakan. Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka. Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya menerobos masuk ke dalam rumah. Terang sikit. Bukan ke lebih seronok kalau keluarga aku tinggal di rumah Nek Mah ini, aku tengok elok semuanya.

Aku memerhati Madi ralit menilik keadaan. Dia masuk ke kamar untuk melihat-lihat. Aku pulak meninjau sekeliling isi rumah. Hurm… boleh tahan rumah kampung. Sejuk. Aku seolah-olah lupa apa yang berlaku di halaman tadi. Apa yang aku fikirkan adalah bagaimana nak ajak keluarga aku tinggal di rumah ini.

Bunyi derap kaki kami jelas di atas lantai papan. Di dinding pula tergantung jam dinding yang sudah tidak aktif.  Ayat-ayat suci Al-Quran tergantung cantik. Ketika asyik menilik-tilik, aku jadi terlupa apa yang sedang Madi lakukan sekarang. Lagut aku meninjau sendiri sehingga langkahku diheret sampai ke muka pintu dapur. Ada tangga kayu untuk turun ke ruang dapur. Rumah ini diperbuat daripada jenis kayu yang baik kerana tiada pun kesan dimamah anai-anai.

Rumah yang mempunyai empat bilik itu aku lihat begitu selesa untuk didiami, tetapi kenapa ditinggalkan begitu sahaja tidak berpenghuni? Kenapa tak disewakan ke atau apa? Aku memikirkannya lagi. Aku berundur mencari Madi, aku pun menjengul kepala ke satu sudut bilik. Aku nampak Madi pegang sesuatu. Aku tanya Madi pegang apa tu, dia pun mempamerkan kepadaku.

Eh? Dia ambil dari dalam laci katanya. Kotak diselimuti dengan kain kuning. Kotak kayu tersebut tak adalah besar mana, lebih kurang kotak kaca mata cuma terdapat ukiran pada luarannya. Di dalamnya pula terselit sebentuk cincin. Madi mengeluarkan cincin itu dari tempatnya dan dihadapkan depan muka aku. Aku pun mengambilnya, cantik cincin bermata hitam tu. Aku tengok-tengok, cincin ni seperti diperbuat daripada tembaga. Permatanya pulak aku tak pasti tapi yang jelas adalah warna hitam.

Madi memuncung mulutnya sambil angkat bahu. Dia mintak balik apa yang dia bagi pada aku. Aku masih nak tengok. Tiba-tiba dia merengus geram. “Sini!” Kenapa Madi macam nak naik angin je bila aku tengok lama-lama? Cepat-cepat aku kasi padanya.

Selepas dia ambil je cincin tu, terus dia kucup. Selepas tu dia meletakkan semula cincin tu dalam bekas tadi. “Ini Madi punya.” Katanya. Cepat betul mengaku kepunyaannya.

“Jangan ambil barang orang.” Kataku.

“Tapi Madi yang jumpa dulu cincin ni.” Dia sorok kotak tu ke belakang badannya. Cara dan lagaknya berlainan benar. Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang aku terhadapnya.

“Masalahnya, itu bukan barang kita.” Ujarku meminta agar Madi memahaminya. Barang yang tidak diketahui milik siapa harus diletakkan semula ke tempatnya, tetapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

“Siapa kata?” Balasnya mencerlung biji mata.

Aku agak tak puas hati dengan tingkah laku Madi kali ini. Berlainan benar. Aku kata jangan ambil, simpan semula di tempatnya. Kalau diusik, bimbang nanti ada yang marah. Madi ni pun satu hal, cubalah fikir panjang sikit. Asyik nak melawan cakap sahaja. Aku dah kata letak balik, dia ingkar.

“Abang kata letak balik.” Suruh aku sekali lagi. Dia berkerut dahi.

Aku berdua bertengkar. Aku suruh dia letak, dia pulak enggan. Maka aku tak ada pilihan, terpaksa merebutnya dari tangan dia. Ketika perebutan itu berlaku, kotak yang dipegang Madi terlepas dari tangan, jatuh ke papan lantai. Kotak itu terbuka dan cincin itu pula tercabut dari selitan tercampak masuk bawah katil.

“Kau ni kan Madi, kalau hilang macam mana?” Aku terpaksa menunduk untuk menjenguk cincin itu. Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati, macam dengar-dengar sahaja nama aku diseru. Ismael…

Madi pulak berjongket bahu buat muka tak bersalah. Aku juga yang susah payah meraba-raba cari cincin bawah katil tu. Huh! Nasib baik jumpa. Aku ambil dan berdiri tegak semula. Aku letak cincin dalam kotak kemudian balut semula dengan kain kuning yang aku sendiri pun tak tahu apa maksudnya benda-benda tu semua.

“Dah la bang, boring la main-main dalam rumah ni…” Madi mengeluh. Aku rasa dia dah bosan sebab baginya tiada apa-apa yang menarik.

“Ala, lepak la Madi…” Kataku sambil memasukkan kotak tersebut ke dalam laci di mana Madi ambil tadi.

“Abang senang la cakap lepak, lepak… tengok rumah ni pun dah rasa seram.”

“Tahu pulak kau nak rasa seram.”

“Ye la, tengok abang tadi duk pegang cincin tu tadi siap cium-cium bagai.” Katanya. Aih! Bukan dia ke  yang aku tengok duk cium cincin? Pelik aku rasa. Padahal aku yang minta tengok cincin daripada Madi, kemudian dia minta balik. Siap cerlung biji mata lagi macam nak telan aku. Ah! Peduli la. Yang penting aku nak lepak sini hari ini menikmati suasana baru di sini.

“Bang, tengah hari nanti kita nak makan apa?” Madi dah gosok-gosok perut. Lapar lagi la tu. Dasar kuat makan!

“Tak apalah, kita tahanlah sampai petang.”

“Senangnya abang cakap.” Balas Madi sambil melangkah keluar dari kamar tu. Aku pulak tertoleh pada laci, rasa macam nak ambil semula je cincin tu. Geram pulak aku  tengok. Aku jengul kepala tengok Madi, dia siap keluar rumah lagi pergi ke beranda sambil hentak-hentak kaki. Merajuk la tu.

“Madi… abang nak try pakai cincin ni boleh…?” Saja aku mengusik dia. Sebab tadi dia macam nak sangat cincin tu.

Usikan aku itu tak berbalas. Suaranya tak kedengaran. Barangkali merajuk dengan aku agaknya. Madi ni memang la… tak boleh nak bergurau sikit, pasti ada sahaja helah nak buat. Pernah hari tu merajuk, beberapa hari tak bercakap. Kalah main PS4 dengan aku aje pun. Katanya aku kena buat-buat kalah, tapi mana boleh… setiap perlawanan kena main betul-betul. Kalah atau menang itu adatlah. Kata juara…

Lagi sekali aku panggil, tiada kedengaran pun suara Madi menyahut. Mana pulak dia pergi ni? “Madi!” Aku panggil kuat-kuat. Aik? Hati aku dah mula risau. Rasa tidak tenteram. Debaran kian terasa bukan kerana tak pernah berhadapan dengan tingkah laku dia tu, cuma tak kena dengan tempat. Sini kampung, tambah lagi ini rumah Nek Mah.

Bila tiada sahutan, maka aku rasa tak sedap hati. Berdebar-debar rasanya. Desiran angin yang manerobos masuk dari kekisi atap membuatkan jantung aku berdegup kecang. Ia seperti bersiul-siul. Tiba-tiba langkah aku seperti diekori sahaja. Aduh, apakah ini perasaan aku cuma? Aku tak pasti tetapi yang aku rasa ketika ini adalah sangat tidak wajar.
Aku menoleh ke kanan dan ke kiri, kenapa kebas semacam sahaja seluruh tubuh aku ni? Nak bergerak pun rasa berat seolah-olah aku dipeluk. Ya Allah… kecut rasa kaki aku ni. Meremang rasanya. Perasaanku ini berbaur. Janganlah ada apa-apa yang berlaku kepada aku dan Madi. Aku datang ke rumah ini hanya untuk mengetahui sesuatu yang aku ingin tahu.



Untuk pesanan Ebook cerita penuh, ketik wasap : 017-9193204
Harga cuma RM15 sahaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rashidsalim.blogspot.com/2020/06/perigi-lama-nek-mah-bab-awal-1-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perigi Lama Nek Mah Bab 5

Perigi Lama Nek Mah Bab 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 258 hits
Bab 5 KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang barang dan perabot tersusun Tiada satu pun yang berselerak Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya m...
Perigi Lama Nek Mah Bab 4

Perigi Lama Nek Mah Bab 4

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 222 hits
Bab 4 RUPA RUPANYA tak mudah untuk aku mencari kebenaran Terlalu banyak ujian yang terpaksa aku hadapi termasuklah misteri Pak Lang Muda Ketika berada di halaman rumah ini aku dapati ia bersih sebersih bersihnya Seperti ada orang yang menja...
Perigi Lama Nek Mah Bab 2

Perigi Lama Nek Mah Bab 2

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 359 hits
Bab 2 SENJA tadi mendebarkan aku Sangat sangat panik dibuatnya Gila tak aku bercakap dengan siapa pun aku tak tahu Katanya Pak Lang Muda pak cik aku Haish Ghaib tiba tiba gitu pakcik apa macam tu Itu hantu Nak tanya ibu memang dituduhnya na...
Perigi Lama Nek Mah Bab 3

Perigi Lama Nek Mah Bab 3

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 243 hits
Bab 3 SELEPAS bersarapan pagi yang disediakan oleh Mak Cik Peah adikku Ismadi atau aku panggil Madi je yang berusia sembilan tahun tu telah memandang ke arah aku Sejurus kemudian dia pun datang kepadaku di mana ketika itu aku telah pun bera...
Laung Azan Awal Penduduk Kariah Masjid Al Khairiyah Kena Ganti Puasa

Laung Azan Awal Penduduk Kariah Masjid Al Khairiyah Kena Ganti Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 340 hits
LAUNG AZAN AWAL PENDUDUK KARIAH MASJID AL KHAIRIYAH KENA GANTI PUASA KUALA LUMPUR Kariah Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak dekat sini perlu menggantikan puasa yang terbatal berikutan masjid itu tersilap melaungkan azan maghrib tiga mini...
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 981 hits
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Menarik dan Padat ini adalah untuk kegunaan para guru dan murid murid untuk memudahkan proses mengingati fakta fakta dalam mata pelajaran Sejarah Nota yang dikongsikan terdiri daripada Bab 1 sehingga B...
Sakit Tumit Di Awal Pagi

Sakit Tumit Di Awal Pagi

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 346 hits
SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI Assalamualaikum doc Lately ni saya bangun pagi tumit sakit bila pijak Kenapa ya Terima kasih Walaikimusalam Rasa sakit tumit terutama di awal pagi dan beransur hilang apabila menjelang tengahari disebabkan oleh kera...
Bukan Sebab Nak Berbuka Awal Azan Dilaung Awal Rupanya Tapi

Bukan Sebab Nak Berbuka Awal Azan Dilaung Awal Rupanya Tapi

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Pentadbir Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak di Batu Caves Selangor mengesahkan berlaku kesilapan melaungkan azan Maghrib awal tiga minit sebelum waktu sebenar kelmarin Nazir masjid Wan Nawawi Wan Dagang berkata insiden yan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025