Perigi Lama Nek Mah Bab 4


Bab 4




RUPA-RUPANYA tak mudah untuk aku mencari kebenaran. Terlalu banyak ujian yang terpaksa aku hadapi, termasuklah misteri Pak Lang Muda. Ketika berada di halaman rumah ini, aku dapati ia bersih sebersih-bersihnya. Seperti ada orang yang menjaga laman ini dengan rapi. Semak samun yang semalam aku lihat berserabut, sudah kelihatan indah.

Jadi betul kata ibu, rumah ini memang dijaga baik. Pak lang ke yang jaga? Aih!!! Meremang lagi bulu roma. Aku dan Madi meronda sekitar rumah kemudian tiba ke kawasan perigi. Aku beritahu Madi bahawa di sanalah perigi yang aku cakapkan itu. Dia toleh aku, aku pun toleh dia. Aku faham, dia pun nak pergi tengok juga.

“Tapi kau jangan terkejut pulak Madi…” Pesan aku awal-awal. Aku risau kalau dia terkejut sebagaimana apa yang aku lihat semalam.

“Ini Madi la, bukannya penakut macam abang.” Katanya dengan penuh yakin. Ekspresi wajah riak jelas terpampang. Sambil mendongak dia pun melangkah, sempat dia berkata siang hari begini apa nak ditakutkan. Eleh, nampak babi melintas pun dah menjerit. Nak berlagak konon, cubalah.

Dengan perlahan-lahan dia pun pergi. Aku pula berdiri kaku sambil melihat Madi mendekati perigi itu untuk mengintainya. Setibanya di situ, dia pun intai. Lama juga aku lihat dia menilik-nilik suasana dalam tu, aku pun bertanya ada nampak apa-apa tak, tapi katanya tak.

Macam mana boleh tak ada. Semalam aku nampak mata merah kut dalam tu. Siap dengar suara perempuan menangis lagi. Takkan Madi tak melihat apa-apa? Pelik juga aku rasa.

“Takkan tak jumpa?” Soalku.

“Mana ada apa-apa. Abang tu saja je nak buat suspen.” Balasnya, tiba-tiba kami terperanjat. Madi pun mencarut gara-gara terkejut apabila terdapat seekor kucing hitam terjah tepat jatuh di hadapan Madi. Aku yang nampak pun turut tersentak. Aku sendiri tak sedar akan kewujudan kucing hitam itu. Bila melompat baru aku tahu ia dari dahan pohon besar dekat perigi.

Menggosok-gosok dada kami. Kus semangat! Memang cari nahas betul. Sekitar rumah ini agak hening, redup sahaja dengan rimbunan pohon. Cahaya matahari menerobos dari celah-celah dedaunan. Bayang-bayang kami pun tak nampak. Sejurus kemudian aku pergi dekat Madi usai kucing itu hilang dari pandangan yang entah ke mana.

Kali ini giliran aku pula mengintai perigi itu kerana kurang yakin terhadap apa yang Madi katakan. Semalam mata tu ada kerana aku sendiri yang melihatnya. Mustahil hari ini tak ada. Aku pun dengan perlahan-lahan mahu meninjau. Sebaik sahaja aku menjengulkan kepala. Tiba-tiba bebola mata merah itu mendekat laju mahu menerjah ke arah aku. Berganjak laju aku ke belakang!

“Kau kenapa bang?” Laju Madi menyoal.

“Kau kata tak ada!” Marah betul aku pada Madi. Tapi Madi cekak pinggang macam tak puas hati dengan aku. Katanya memang tak ada. Habis tu aku nak jawab apa lagi. Dia tak nampak. Terpaksalah aku mengalah.

Nafas aku laju, dadaku berombak menahan debaran. Aku tarik tangan Madi menjauhi perigi tu. Aku beritahu Madi, perigi tu ada sesuatu, malangnya Madi cakap tahyul. Mana ada misteri. Memang Madi  tak percaya langsung cakap aku. Aku yang nampak memang ada sesuatu. Madi kena percaya cakap aku.

“Tolonglah bang, jangan heret Madi dalam masalah abang. Abang kata kita nak berseronok sahaja di kampung ni. Ini dah lain.”

“Inilah permainan yang abang cakapkan tu…”

“Permainan cari hantu?” Madi garu-garu kepala. “Mana ada hantu zaman sekarang ni bang. Lagi pun Madi tak pernah pun nampak hantu dekat mana-mana. Dalam filem ada la.” Tambahnya lagi mengangkat kening sebelah.

Tiba-tiba aku tengok Madi pegang-pegang perut. Wajahnya menyeringai menahan sakit. Dia beritahu aku perutnya memulas nak melepas. Kemudian aku melilau mata, rasanya tadi ada tandas tidak jauh dari perigi tu. Aku pun tunjuk pada Madi, aku cadangkan dia pergi jamban tu. Dia pun cepat-cepat meluru. Tak tahan sangat agaknya.

Aku pulak tunggu membatu. Tidak semena-mena aku dengar bunyi orang sedang membersihkan halaman rumah dengan penyapu lidi. Bunyi itu mendekat, semakin lama semakin dekat dengan aku. Masa aku nak menoleh, alangkah terkejutnya aku, Pak Lang Muda berdiri belakang aku dan memang pegang penyapu.

“Kenapa kamu terkejut tengok pak lang?”

Aku menggigil ketakutkan. Siapa tak takut, yang ada depan mata aku bukannya pak lang, benda lain. Pak lang kan dah mati. Kaki aku macam kena gam. Memang tak dapat lari langsung. Andrenalin pantas. Biji mata terbeliak. Aku… aku cuba tawakal, tapi tak boleh jadi kalau aku tak bertindak apa-apa.

“Pa…pak lang nak apa…?” Soal aku nafas tersekat-sekat.

“Pak lang tak nak apa-apa. Pak lang cuma nak rapat dengan anak saudara pak lang.”

“Ta…tapi…” Tak terluah aku dengan kata-kata. Sebab dia kan dah mati, macam mana nak rapat dengan aku? Dia hanya senyum sahaja. Langsung wajah yang tidak menakutkan terpamer. Sepatutnya aku tak perlu rasa seram terhadap dia. Tapi tu la, tetap juga rasa lain macam. Pokok pangkalnya, pak lang dah mati.

“Kamu tak suka pak lang ada dengan kamu ke Mael?” Aku tak menjawab pertanyaan dia. Aku tak mampu nak jawab apa. Ya atau tidak itu terserah hati aku. Sememangnya aku cuak dengan keadaan ini. Mana mungkin aku nak suka pada hantu yang ada depan aku ni.

Masalanya sekarang ni, hanya aku yang nampak, kenapa tidak Madi? Ibu, ayah? Iris? Mereka tak nampak. Hanya aku yang nampak? Kenapa? Aku mempersoalkan hal itu dalam kepala aku.

Dia berkata lagi pada aku supaya jangan takut terhadapnya. Mustahil betul, dia muncul secara tiba-tiba, dan ghaib secara tiba-tiba. Hanya hantu sahaja yang punya kebolehan macam tu. Bagi aku, sukar untuk percaya dia. Sekarang ni tubuh aku tak dapat bergerak, kenapa?

“Pak lang, saya tak boleh bergerak, kenapa?” Laju aku menutur.

“Kerana kamu menyimpan perasaan takut pada pak lang. Sepatutnya kamu tak perlu  takut pada pak lang sebab pak lang ni pak cik saudara kamu dan ibu kamu, adik pak lang. Pak lang tak pernah pun kacau hidup dia walaupun dah lama dia tinggalkan pak lang kat rumah ni…” Katanya.

Aku cuba tenangkan diri agar aku tidak lagi menyimpan perasaan takut. Ya, aku cuba kawal. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku lepaskan perlahan-lahan. Kemudian dia berkata lagi, “Izinkan pak lang ikut dengan kamu…”

“Tak pak lang, pak lang tak boleh ikut saya.”

“Abang cakap dengan siapa tu?” Tiba-tiba aku dengar suara Madi menyapa. Segera aku menoleh kepadanya. Sejurus kemudian aku pandang pula arah pak lang. Ghaib!

Aku hairan. Madi pun garu-garu kepala selepas keluar dari jamban. Dia kata kat telinga aku yang aku ni dah sewel duk sebut nama pak lang, pak lang sahaja terus.

“Tak logik la abang bercakap dengan pak lang.”

“Betul Madi. Tadi tu pak lang.” Aku pun melangkah. Eh? Senang pula kaki aku menjangkau. Tadi bukan main berat semacam. Madi menala langkah ke beranda rumah. Aku ikut dia. “Madi kena percaya cakap abang.”

“Madi tak percaya.”

“Mesti!”

“Tak!” Jawabnya.

Aku pun mengeluh sambil bersandar pada tiang. Kemudian aku dengar kriuk engsel pintu. Aku segera toleh. Tiba-tiba aku nampak Madi dah buka pintu rumah. Eh?!



~Bersambung...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rashidsalim.blogspot.com/2020/06/perigi-lama-nek-mah-bab-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 308 hits
Bab 1 SUDAH lama tak balik kampung tapi kali ini kata ayah balik kampung ibu Aku tak pernah tahu tentang kampung ibu sebabnya ibu pernah cakap yang dia tak ada adik beradik Tapi kali ini ibu bercakap benar yang selama ini dia terpaksa berbo...
Perigi Lama Nek Mah Bab 2

Perigi Lama Nek Mah Bab 2

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 358 hits
Bab 2 SENJA tadi mendebarkan aku Sangat sangat panik dibuatnya Gila tak aku bercakap dengan siapa pun aku tak tahu Katanya Pak Lang Muda pak cik aku Haish Ghaib tiba tiba gitu pakcik apa macam tu Itu hantu Nak tanya ibu memang dituduhnya na...
Perigi Lama Nek Mah Bab 5

Perigi Lama Nek Mah Bab 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 258 hits
Bab 5 KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang barang dan perabot tersusun Tiada satu pun yang berselerak Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya m...
Perigi Lama Nek Mah Bab 3

Perigi Lama Nek Mah Bab 3

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 243 hits
Bab 3 SELEPAS bersarapan pagi yang disediakan oleh Mak Cik Peah adikku Ismadi atau aku panggil Madi je yang berusia sembilan tahun tu telah memandang ke arah aku Sejurus kemudian dia pun datang kepadaku di mana ketika itu aku telah pun bera...
Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu aktivis berkata pekerja asing sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminimumkan k...
Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 159 hits
Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23 2 2020 sebelum kejatuhan ...
Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 237 hits
Pelakon berbakat Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior View this post on Instagra...
Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 577 hits
Bitcoin bertemu minggu baru dengan catatan positif Pada masa penyediaan bahan pendahulu kripto berkembang secara aktif diperdagangkan pada tanda AS 60 5 ribu Walaupun begitu penganalisis kewangan tidak percaya bahawa dalam jangka masa pende...
Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 236 hits
Kecoh di media tempatan beberapa hari ini apabila seleberiti cef terkenal negara Datuk Redzuwan yang lebih mesra dipanggil Cef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu pelakon Serina telah bernikah secara rahsia tanpa pengetahuannya S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100