Perigi Lama Nek Mah Bab 2


Bab 2




SENJA tadi mendebarkan aku. Sangat-sangat panik dibuatnya. Gila tak, aku bercakap dengan siapa pun aku tak tahu. Katanya Pak Lang Muda, pak cik aku. Haish! Ghaib tiba-tiba gitu, pakcik apa macam tu? Itu hantu!

Nak tanya ibu, memang dituduhnya nanti aku ni tak betul, siapa nak jawab? Aku juga yang susah. Tapi kedatangan aku ke kampung boleh jadi tak diundang atau boleh juga dinantikan. Itulah yang aku rasa. Masa di tanah perkuburan, ibu tunjuk kubur Nek Mah, dan tak jauh dari kubur itu, kuburan Pak Lang Muda pula. Kemudian ibu tunjuk lagi kubur Mak Ngah Mona. Sebut sahaja nama tu, aku pun jadi teringat Pak Lang Muda kata apa tentang Mak Ngah Mona, mati kena bunuh, Salina minum darahnya.

Ada lagi satu kubur, Pak Long Anang. Habis mati semua pakcik dan makcik aku. Kenapa? Sepupu sepapat aku yang lain pun aku tak kenal dan tak tahu kat mana. Menurut ibu, mereka tak tinggal di kampung ini lagi. Semua pindah. Aku langsung tak tahu keluarga besar ibu. Inilah kali pertama, tu pun hanya melihat pusara sahaja. Sedih jugak la.

Kemudian, kisah ini diceritakan kepada aku oleh ibu sebaik sahaja malam tiba, aku ingin tahu tentang latar belakang keluarga Nek Mah. Keluarga sebelah ibu aku ni la. Sebabnya aku tak didedahkan sama sekali. Semangat ingin tahu dan keterujaannya memang lain macam.

Menurut ibu, Nek Mah ada lima orang anak, Pak Long Anang, Mak Ngah Mona, Mak Cik Nor (ibuku), Pak Lang Muda, dan Mak Usu Aya. Aku tak pernah berjumpa mereka semua kecuali Pak Lang Muda yang aku dikejutkan dengan bayangannya di beranda petang tadi.

Aku bertanya, apa yang berlaku pada Mak Ngah Mona? Lantas ibu terkejut kerana aku tiba-tiba bertanya tentang hal tu. Dari mana aku mendapat tahu? Sudah tentulah dari Pak Lang Muda yang beritahu. Dengan dia aku berbual senja tadi. Meremang bulu roma aku bila terkenang balik.

“Kalau boleh ibu tak nak cakap pasal ni.” Ibu seolah-olah mahu menyembunyikan kebenaran yang sedia aku ketahui. Aku dengan Pak Lang Muda bercerita panjang soal hantu Kum-Kum. Mengenai Salina yang memakai susuk dulu, mayatnya dibuang ke dalam perigi Nek Mah.

“Tapi ibu, saya cuma nak tahu je sebab petang tadi saya...” Aku hentikan bicaraku. Aku khuatir ibu takkan percaya terhadap apa yang aku katakan nanti.

Aku memandang wajah ayah yang hanya diam sahaja. Adik-adik sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Kami menumpang bermalam di rumah Mak Cik Peah kawan lama ibu. Aku yakin, ayah pun tahu kisah silam ibu. Mereka pasti saling berkongsi. Cuma aku tidak diberitahu akan kebenarannya.

“Ibu ajak ke sini cuma nak ziarah pak lang kamu dan tengok-tengokkan keadaan rumah tu. Ibu sedih sebab tak sempat jumpa dia buat kali terakhir.” Ibuku berduka.

“Nor, jemputlah minum.” Mak Cik Peah muncul bersama dulang berisi teko air. Keluar Pak Abu dari bilik terus ke beranda. Aku sempat melihat Pak Abu melambai tangan memanggil ayahku. Maka dengan itu ayah aku pergi kepadanya. Entah apa nak dibualkan pun aku tak tahu.

Rumah Mak Cik Peah ni rumah kampung, kalau berjalan, bunyi derap kaki pada papan jelas kedengaran. Suasana kampung, siulan cengkerik dan unggas pun tidak pernah sepi. Pengedaran udara juga segar memadangkan ada kekisi pada bahagian tepi dinding dekat atap rumah.

Pendek kata, dingin. Tak macam kat bandar tu, semuanya kena pakai penghawa dingin. Kalau tidak, malam suhu jadi panas. Kawasan rumah Mak Cik Peah pun banyak pokok-pokok besar, sama macam rumah Nek Mah. Pasti rumah di sana pun seronok didiami, tapi kenapa ibu tak mahu tinggal di sana je? Bukan ke lagi bagus daripada menumpang rumah orang?

“Ye la bu. Bu... Kenapa kita tak tinggal sahaja kat rumah Nek Mah?” Tanyaku. Mak Cik Peah yang baru melabuhkan punggung terus berpandangan dengan ibuku. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Aku curiga.

“Kau dah buat silap ni Sim, sepatutnya kau jangan balik.” Tiba-tiba aku terdengar ucapan Pak Abu berbicara dengan ayahku di luar. Tapi aku buat-buat tak tahu sahaja. Kata-kata tu sebenarnya buat aku bertambah curiga.

“Ni Mael... Esok kita bertolak balik.”

“Kenapa cepat sangat bu? Saya baru nak kenal-kenal kampung ni. Lagipun saya suka tempat ni.” Sungguh aku berasa damai di sini kerana suasana ini tidak pernah aku nikmati. Ini kan kampung halaman aku jugak.

Tapi, cara ibu seolah-olah tidak mahu lama di sini. Aku jadi hairan. Apa salahnya tinggal di sini dalam beberapa hari. Lagipun, kebetulan ni cuti semester. Adik-adik pun cuti sekolah. Tak ada alasan lain untuk ibu mengelak.

“Mana adik-beradik ibu yang lain?”

Lalu ibu menjawab, pak long dah tak ada, mak ngah pun dah tak ada, tinggal nak usu sahaja, tu pun tak mahu balik. Ada di Kuching, Sarawak. Bila aku tanya kenapa tak nak balik, ibu balas tak tahu. Hurmm... Adik beradik ibu ramai yang tak ada, cuma tinggal mak usu sahaja. Tak sempat aku bermanja dengan mereka. Dari kecil aku tak pernah lihat wajah mereka. Tapi...

“Sekejap.” Tidak semena-mena Mak Cik Peah bangun. Dia pergi ke satu sudut terletaknya gobok, dicapai album gambar dan diberikab padaku. “Gambar ahli keluarga ibu kamu ada dalam ni Mael...” Katanya.

“Kau simpan lagi, Peah?” Soal ibuku.

“Kenangan ni Nor oih...”

Lantas aku pun membelek lembaran demi lembaran melihat foto-foto lama yang warnanya agak suram dan ada yang hitam putih. Tidak seperti zaman sekarang. Setibanya, ada gambar rewang, gambar seorang perempuan cantik. Aku bertanya, siapa dan ibu kata itulah Nek Mah. Cantiknya nenek aku zaman muda, walaupun dalam hitam putih.

Kemudian barulah aku nampak gambar lima beradik, disamping Nek Mah, termasuk tukang sibuk dalam tu. Itulah Mak Cik Peah, jawabnya gelak-gelak. Bertocang. Satu persatu dikenalkan kepada aku.

Tapi kenapa mak tak simpan album gambar macam ni juga? Sekurang-kurangnya dapat aku tengok. Tak apalah, semua ni boleh disalin kalau aku nak.

Tidak sangka-sangka, aku terdengar suara perempuan menangis... Sayup-sayup kedengaran... Aku tercari-cari arahnya. Ibu tegur tapi aku bagi alasan dengar suara cicak.

Memang la tak logik alasan aku tu, tapi aku tak nak mereka syak punca sebenar yang buat aku rasa tak nak balik cepat sangat. Misteri Pak Lang Muda berbual dengan aku dekat beranda tu macam ada maksud tertentu je. Macam mana aku boleh berborak dengan benda yang orang lain tak nampak?

Harap-harap aku dapat temui jawapan sebenar di sebalik misteri perigi lama Nek Mah tu. Cuma... kalau asyik diganggu suara perempuan menangis, mana boleh tahan. Tak boleh tidur aku jadinya.


~Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rashidsalim.blogspot.com/2020/06/perigi-lama-nek-mah-bab-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 308 hits
Bab 1 SUDAH lama tak balik kampung tapi kali ini kata ayah balik kampung ibu Aku tak pernah tahu tentang kampung ibu sebabnya ibu pernah cakap yang dia tak ada adik beradik Tapi kali ini ibu bercakap benar yang selama ini dia terpaksa berbo...
Perigi Lama Nek Mah Bab 3

Perigi Lama Nek Mah Bab 3

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 243 hits
Bab 3 SELEPAS bersarapan pagi yang disediakan oleh Mak Cik Peah adikku Ismadi atau aku panggil Madi je yang berusia sembilan tahun tu telah memandang ke arah aku Sejurus kemudian dia pun datang kepadaku di mana ketika itu aku telah pun bera...
Perigi Lama Nek Mah Bab 5

Perigi Lama Nek Mah Bab 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 258 hits
Bab 5 KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang barang dan perabot tersusun Tiada satu pun yang berselerak Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya m...
Perigi Lama Nek Mah Bab 4

Perigi Lama Nek Mah Bab 4

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 222 hits
Bab 4 RUPA RUPANYA tak mudah untuk aku mencari kebenaran Terlalu banyak ujian yang terpaksa aku hadapi termasuklah misteri Pak Lang Muda Ketika berada di halaman rumah ini aku dapati ia bersih sebersih bersihnya Seperti ada orang yang menja...
Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu aktivis berkata pekerja asing sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminimumkan k...
Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 159 hits
Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23 2 2020 sebelum kejatuhan ...
Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 237 hits
Pelakon berbakat Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior View this post on Instagra...
Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 577 hits
Bitcoin bertemu minggu baru dengan catatan positif Pada masa penyediaan bahan pendahulu kripto berkembang secara aktif diperdagangkan pada tanda AS 60 5 ribu Walaupun begitu penganalisis kewangan tidak percaya bahawa dalam jangka masa pende...
Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 236 hits
Kecoh di media tempatan beberapa hari ini apabila seleberiti cef terkenal negara Datuk Redzuwan yang lebih mesra dipanggil Cef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu pelakon Serina telah bernikah secara rahsia tanpa pengetahuannya S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025