Perigi Lama Nek Mah Bab 3


Bab 3




SELEPAS bersarapan pagi yang disediakan oleh Mak Cik Peah, adikku Ismadi atau aku panggil Madi je yang berusia sembilan tahun tu telah memandang ke arah aku. Sejurus kemudian, dia pun datang kepadaku di mana ketika itu aku telah pun berada di beranda rumah. Dia memberitahu bahawa malam tadi dia bermimpi hal yang aneh, katanya di dalam mimpinya itu, dia telah didatangi oleh seorang lelaki mengakui sebagai pak lang. Nah! Madi pun diusiknya. Aku harap adik bongsku Iris baik-baik sahaja.

Perkara ni tak boleh dibiarkan, lalu aku pun bisik dekat dia, "Kau nak tahu tak, pak lang tu sebenarnya hantu. Semalam abang dah kena kacau kena dengan dia." Kataku, tapi dia pandang aku selamba saja sambil kening terangkat. Tangan kanannya duk gosok lemak perut bulat kekenyangan.

“Ye ke? Bukan ibu kata pak lang kita dah arwah ke? Semalam pun kita dah pergi ziarah kuburnya.” Katanya.

Madi menyangkal apa yang aku katakan. Mungkin dia tak kena depan-depan lagi kut, baru sahaja dalam mimpi. Itu biasa-biasa. Cuba kalau kena macam aku semalam. Boleh jadi tak cukup tanah dia lari. Itu pun kalau dia mampu berlari dengan saiz badan macam tu.

“Memang dah arwah tapi sekarang dah menjelma jadi hantu. Itulah yang abang musykil ni. Semalam elok je dia borak-borak dengan abang dekat beranda rumah Nek Mah tu.” Aku harap Madi percayalah cakap aku ni.

“Abang ni jangan nak bagi takut Madi.” Wajah Madi dah berubah. Sedikit demi sedikit aku buka kisah semalam agar Madi dapat memahaminya.

“Betul Madi, kalau kau tak percaya kita pergi rumah Nek Mah. Lagi pun rumahnya depan tu je pun. Jalan kaki pun boleh.” Jarak di antara rumah Mak Cik Peah dengan rumah Nek Mah tak berapa jauh, aku kira lebih kurang 500 meter sahaja. Dipisahkan pula dengan sebatang sungai. Maknanya aku kena melalui jambatan.

“Tapi ibu dan ayah cakap kita nak kena balik hari ni.” Madi menyampaikan alasan. Itu semua boleh dielakkan kalau mahu.

“Alah, ikut ajelah, lagipun kau tak nak ke lepak dekat kampung ni, dapat mandi sungai ke, memancing ke. Seronok tahu.” Sengaja aku mengumpan dia. Lagi-lagi boleh dapat kawan baru.

“Madi tak minat la semua tu... Main gaming lagi bagus..” Hidungnya terangkat.

“Tu la kau, patutlah berlemak sana sini, exercise sikit pun tak mahu. Alaa ikut la abang kejap... Dekat sana ada game yang lagi best tahu yang kau tak pernah main pun dalam apa-apa permainan video tu.” Gigih aku memujuk, dengan harapan Madi akur.

“Ermmm... Nanti kalau ibu dan ayah cari, bagaimana?”

“Baguslah kalau cari, tak jadilah kita balik hari ni.” Balasku senyum.

“Oooo... Kira abang saja nak buat alasan la ni?” Bijak Madi meneka. Memang itu maksud aku. Tapi aku bagi dia syarat. Nasib baik dia tak membantah.

Aku cuma minta dia matikan telefon. Aku pun sama. Kemudian aku turun dari beranda rumah tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Aku lakukan semua tu demi rasa ingin tahu yang membuak-buak

Maka dengan senang hati aku berjalan senyap-senyap dengan Madi. Sambil-sambil tu berhati-hati agar tak terlihat oleh ibu. Kalau tidak, nanti mereka menghalang pergerakan kami. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. Maafkan Mael ya bu…

“Mael?! Madi?!” Tiba-tiba dengar suara ibu memanggil. Cepat-cepat kami menyorok belakang pokok. “Mana pula diorang ni?” Aku dengar ibu mengomel. Sebaik sahaja ibu masuk semula ke dalam rumah, cepat-cepat kami pun pergi. Tak mahu pemergian kami tanpa pesan itu disedari.

Aku ni pun satu hal, boleh pula terfikir nak buat begitu. Tapi dah memang ini sahaja jalan yang ada. Puas aku pujuk ibu tinggal di sini beberapa hari tapi tak nak. Tetap juga nak balik. Bagi la peluang kami merasai keseronokan berada di kampung.

Ketika menelusuri jalan itu, entah kenapa aku rasa seperti diekori. Sekejap-sekejap aku aku rasa nak toleh ke belakang. Madi pun sedar akan tingkah laku aku tu. Sempat bertanya kenapa, aku kata tak ada apa-apa. Padahal aku dah mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak sesuatu.

“Kau dengar tak apa yang abang dengar?” Bunyi itu dari arah semak tepi jalan yang kami lalui.

“Tak ada pula bang, kenapa?”

“Tak apalah.”

“Abang ni saja la tu nak buat suspen pagi-pagi hari.” Madi berkerut dahi sambil menyenggol pinggangku. Otak aku ni tak lain dan tak bukan asyik fikiran hal tu sahaja. Memang tak lari langsung. Sudahlah aku ni tak cukup tidur, ditambah lagi perasaan yang pelik-pelik. Macam tu la jadinya orang yang dihujani beribu pertanyaan dibenak.

“Cepat la jalan, lembab la…”

“Dia yang laju sangat, cakap kita lembab pulak.” Madi muncungkan mulutnya. Dia rasa penat nak berjalan. Maklumlah lebihan lemak dan rasa cepat letih. Tapi kalau bab main permainan di gadget, memang nombor satu. Tak ingat dunia.

Tanpa disangka-sangka, kami berdua tersentak. Kus semangat! Babi melintas macam tu sahaja. Nasib baik tak langgar kami. Madi dah terkejut beruk. Siap peluk aku lagi. “Babi!!!” Katanya.

“Diamlah Madi. Abang pun terperanjat jugak. Dah tahu ni kawasan semak macam ni, kau bising-bising buat apa.” Maka aku merasakan bunyi ranting patah tu berpunca dari binatang tu. Siang-siang hari pun boleh wujud. Tapi aku lupa, kalau ada pun makhluk tak terlihat, dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuklah ke rupa haiwan tadi.

Besar binatang tu tadi, tinggi. Siap ada taring tu. Kalau disondol kami, memang nahas. Tak cukup tanah nak lari. Tapi kami bernasib baik. Ia cuma melintas sahaja di hadapan kami.

Madi gosok-gosok dada. Dia macam nak berpatah balik. “Kau nak ke mana?” Soalku sebab dia dah cemas.

“Madi nak pergi kat ibu.”

“Kau berani ke nak balik sesorang? Kan dia kejar kau macam mana?” Usik aku menakut-takutkan dia supaya Madi batalkan hasrat.

“Gila la kau bang.” Wajah cuak Madi ketara.

Aku pun sebenarnya bukan berani sangat, sebab tu aku ajak Madi temankan aku. Kalau tidak, aku pun tak nak pergi rumah Nek Mah sorang-sorang selepas apa yang berlaku semalam.

Setelah penat kami berjalan, kami pun tiba di rumah Nek Mah. Kali ini lutut aku bergetar. Aku nampak Pak Lang Muda senyum manis kepada aku. Seperti biasa, dia tunggu di beranda rumah sambil melambai tangan. Maaa…maadii… panggil aku sambil toleh Madi di sebelah.

“Tu tu pak lang...” Sebut aku dengan nafas yang sudah tidak teratur. Madi pun bertanya di mana, lantas aku menjawab “Tu…” Aku tunjuk dengan muncung mulutku tapi… Eh? Aku sendiri terkejut. Sudah tak ada. Ghaib sekelip mata tanpa dikesan. Semua itu berlalu begitu sahaja namun perasaan aku tak terhapus. Perasaan cuak semakin menjadi-jadi. Bahkan bukan itu sahaja, ia juga menjadi tanda tanya. Di mana Pak Lang Muda pergi?

“Merepek la.” Madi pula perli aku. Jangan-jangan aku seorang sahaja yang nampak? Ke gitu? Memang sah kut, aku sahaja yang nampak. Pelik!

“Abang tak merepeklah Madi. Betul tadi abang nampak pak lang. Kalau kau tak percaya, jom kita pergi dekat.” Ajak aku dan madi menurut. Dia pun aku rasa berdebar-debar juga. Lihat muka dia pun aku dah boleh agak.

Tiba-tiba… aku terasa bahu aku dicuit dari belakang. Laju aku menoleh. Tiada sesiapa pun. Alaa… main cuit-cuit pulak, desis hati aku. Darah aku berderau tak reda lagi. Sekejap-sekejap aku toleh Madi silih berganti belakang dan dia. Takkan Madi nak cuit aku pulak? Mustahil, dia ada sebelah kiri aku. Tempat kena cuit, bahu kanan. Tak sampai tangan dia nak cuit aku. Lagipun dia tak berganjak dari sisi aku pun.


~Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rashidsalim.blogspot.com/2020/06/perigi-lama-nek-mah-bab-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

Perigi Lama Nek Mah Bab Awal 1 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 308 hits
Bab 1 SUDAH lama tak balik kampung tapi kali ini kata ayah balik kampung ibu Aku tak pernah tahu tentang kampung ibu sebabnya ibu pernah cakap yang dia tak ada adik beradik Tapi kali ini ibu bercakap benar yang selama ini dia terpaksa berbo...
Perigi Lama Nek Mah Bab 2

Perigi Lama Nek Mah Bab 2

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 358 hits
Bab 2 SENJA tadi mendebarkan aku Sangat sangat panik dibuatnya Gila tak aku bercakap dengan siapa pun aku tak tahu Katanya Pak Lang Muda pak cik aku Haish Ghaib tiba tiba gitu pakcik apa macam tu Itu hantu Nak tanya ibu memang dituduhnya na...
Perigi Lama Nek Mah Bab 5

Perigi Lama Nek Mah Bab 5

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 257 hits
Bab 5 KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang barang dan perabot tersusun Tiada satu pun yang berselerak Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya m...
Perigi Lama Nek Mah Bab 4

Perigi Lama Nek Mah Bab 4

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 221 hits
Bab 4 RUPA RUPANYA tak mudah untuk aku mencari kebenaran Terlalu banyak ujian yang terpaksa aku hadapi termasuklah misteri Pak Lang Muda Ketika berada di halaman rumah ini aku dapati ia bersih sebersih bersihnya Seperti ada orang yang menja...
Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

Taktik Lama Guna Penahanan Pekerja Elak Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu aktivis berkata pekerja asing sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminimumkan k...
Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

Kenapa Siasatan Audio Libatkan Pm Ambil Masa Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 159 hits
Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23 2 2020 sebelum kejatuhan ...
Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 236 hits
Pelakon berbakat Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior View this post on Instagra...
Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

Mengapa Dan Berapa Lama Bitcoin Akan Terhenti

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 577 hits
Bitcoin bertemu minggu baru dengan catatan positif Pada masa penyediaan bahan pendahulu kripto berkembang secara aktif diperdagangkan pada tanda AS 60 5 ribu Walaupun begitu penganalisis kewangan tidak percaya bahawa dalam jangka masa pende...
Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 235 hits
Kecoh di media tempatan beberapa hari ini apabila seleberiti cef terkenal negara Datuk Redzuwan yang lebih mesra dipanggil Cef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu pelakon Serina telah bernikah secara rahsia tanpa pengetahuannya S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias