Bukan Sebab Nak Berbuka Awal Azan Dilaung Awal Rupanya Tapi


 


PETALING JAYA – Pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak di Batu Caves, Selangor mengesahkan berlaku kesilapan melaungkan azan Maghrib awal tiga minit sebelum waktu sebenar kelmarin.
Nazir masjid, Wan Nawawi Wan Dagang berkata, insiden yang berlaku pada hari ketujuh umat Islam berpuasa itu disebabkan masalah teknikal pada paparan jam digital waktu azan di masjid berkenaan.
“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa mereka telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti.
“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan kebanyakan ulama Hanbali yang bersepakat menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diganti,” katanya dalam satu kenyataan yang tular di media sosial sejak semalam.

Beliau turut menasihati jemaah yang terlibat mengikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu mengganti puasa disebabkan insiden seumpama itu.
“Sekali lagi kami mohon maaf dan insha-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Seorang saksi yang berada di dalam masjid ketika perkara itu berlaku berkata, bilal bertugas melaungkan azan sebanyak tiga rangkap sebelum sempat dihentikan jemaah yang menyedari kesilapan paparan skrin jam digital itu.
“Dalam hal ini jemaah yang berbuka puasa di masjid ketika itu tidak terus makan kerana kami memang sentiasa melihat jam dan mengetahui waktu sebenar berbuka puasa.
“Nazir juga sudah memberi penjelasan terbuka kepada jemaah masjid sebelum kami mengerjakan solat tarawih semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Beliau yang enggan dikenali dan merupakan seorang pendakwah bebas melihat perkara itu dari sudut positif dan berharap masyarakat dapat mengambil iktibar dan tidak mengambil ringan berhubung waktu berbuka puasa.
“Harap kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dan mengulangkaji terutamanya mengenai ilmu ibadat puasa,” katanya.
Pihak pengurusan Masjid Al-Khairiyah ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kebenaran perkara itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana penjelasan rasmi sudah dikeluarkan nazir. – K! ONLINE

Berdasarkan penulisan dalam siri Bayan Linnas terbabit oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu [kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], menyatakan bahawa isu tersalah azan maghrib sebelum masuk waktu adalah lebih cenderung kepada batal puasa.
Justeru, wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah qada puasa itu berdasarkan beberapa hujah.
"Umum nas al-Quran Surah al-Baqarah Ayat 187, kaedah fiqah yang menyebut 'asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir', kaedah fiqh yang menyatakan 'tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya' serta penyataan Imam Malik dalam al-Muwatta', 1/303.
"Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tiada yang tidak mempunyai jam, takwim mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka.
"Maka, sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/bukan-sebab-nak-berbuka-awal-azan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 317 hits
Tinggal lagi dua hari pasti ada mak ayah yang sedang mencari pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa Berpuasa tidak perlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa i...
Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka Rupanya Anak Order Mainan Sampai Rm700

Patutlah Barang Sampai Dia Nak Buka Rupanya Anak Order Mainan Sampai Rm700

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 500 hits
Patutlah setiap kali barang yang saya order sampai dia nak buka cakap barang dia rupanya ada yang dia nantikan tanpa pengetahuan kami suami isteri Tak sangka anak berusia 4 tahun membuat pesanan barang permainan melalui online tanpa pengeta...
Saya Menyesal Sebab Tak Tarik Diri Tapi Kami Sangat Profesional Takkan Nak Minta Produksi Hentikan

Saya Menyesal Sebab Tak Tarik Diri Tapi Kami Sangat Profesional Takkan Nak Minta Produksi Hentikan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 313 hits
230 total views 230 views today Setakat ini seramai 18 individu termasuk pengarah penyanyi dan komposer yang terbabit dalam video raya mempromosikan judi online telah ditahan untuk membantu siasatan Suspek utama Loh Kee Hoe 35 yang dipercay...
Semua Ok Tapi Tang Papagomo Tu Nak Termuntah Dengaq

Semua Ok Tapi Tang Papagomo Tu Nak Termuntah Dengaq

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 394 hits
The so called phone conversation bet Wak Zahid Ponorogo and Anwar PKR president Anwar Ibrahim has denied speaking to his Umno counterpart Ahmad Zahid Hamidi after the Umno annual general assembly last month Speaking at a PKR event last nigh...
Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 345 hits
April 18 2021 Kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan kata Adun Taman Templer Mohd Sany Hamzan Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah itu ketika k...
Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 615 hits
Kehadiran seorang kanak kanak perempuan pada awal pagi di hadapan rumah keluarga ini menimbulkan banyak tanda tanya Apakah dia benar benar meminta bantuan atau ada sekumpulan penjenayah yang sedang menunggu jerat dimasuki pelanduk Pada awal...
Hiburan Mak Rindu Nak Kumpul Ramai Ramai Antara Permintaan Yang Nampak Mudah Tapi Sukar Ditunaikan

Hiburan Mak Rindu Nak Kumpul Ramai Ramai Antara Permintaan Yang Nampak Mudah Tapi Sukar Ditunaikan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 393 hits
Semasa kecil ibu bapa merupakan segalanya bagi kita namun bila meningkat dewasa dan sibuk dengan bekerja serta mempunyai keluarga sendiri kita kadang kala terlupa ibu bapa turut mahukan perhatian daripada kita Tambahan pula apabila halangan...
Tak Perlu Nak Explain Tiba Tiba Tular Imam Shah Dan Hannah Delisha Macam Ada Konflik Terkejut Rupanya Ini Yang Terjadi

Tak Perlu Nak Explain Tiba Tiba Tular Imam Shah Dan Hannah Delisha Macam Ada Konflik Terkejut Rupanya Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 524 hits
Walaupun jarang berkongsi kisah peribadi namun para peminat suka untuk mengikuti perkembangan pasangan suami isteri itu Pada 18 April 2021 akaun Instagram peminat Imam Shah telah memuat naik satu video yang mempamerkan aksi Hannah dan Imam
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan