Perhimpunan Pembangkang Tak Akan Ubah Keputusan Tangguh Parlimen Kata Penganalisis Politik


 
Penganalisis politik berkata, tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu tidak wajar buat masa sekarang ketika kes Covid-19 masih tinggi.KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen meskipun mengetahui Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini telah ditangguhkan adalah perbuatan yang disengajakan walaupun mereka sedar ia tidak akan mengubah keputusan itu.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Izani Mohd Zain berkata, tindakan mereka itu adalah untuk menarik perhatian ramai termasuk masyarakat antarabangsa.
“Himpunan ini secara jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal. Gelagat Ahli Parlimen ini dikhuatiri boleh mempengaruhi mana-mana kumpulan yang selepas ini mahu mengadakan himpunan dan melanggar SOP.
“Ia tidak wajar buat masa sekarang ketika kes Covid-19 masih tinggi. Matlamat tidak menghalalkan cara dengan melanggar SOP… seperti yang saya katakan dahulu, adakah ahli politik ini kalis Covid-19?” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hari ini, sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Hamdan Che Mohd Razali, tindakan Ahli Parlimen terbabit adalah berniat untuk memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Masing-Masing dalam bertindak sudah memikirkan baik buruk. Namun kita dapat lihat bagaimana kegelojohan pemain politik ini memberikan imej dan contoh yang buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.
“Bagi pemain politik, mereka melihat impak dari segi jumlah Ahli Parlimen yang berkumpul pagi ini untuk melihat setakat mana sokongan terhadap blok pembangkang,” katanya.
Penganalisis politik dan media sosial dari UiTM Shah Alam, Sara Chinnasamy pula menegaskan tindakan pemimpin pembangkang berkumpul beramai-ramai sebagai protes susulan penangguhan sidang Parlimen adalah tindakan yang membahayakan ramai pihak.
“Daripada membahayakan banyak pihak dan menyebabkan pengikut mereka yang menyertai protes itu berdepan risiko, pembangkang seharusnya bertindak mengetepikan kepentingan politik serta berusaha untuk kesejahteraan negara dan rakyat terutama ketika ini yang menyaksikan kes Covid-19 terus meningkat,” katanya.
Pakar Epidemiologi UPM Malina Osman juga berpendapat sebarang perhimpunan tidak harus dilakukan ketika ini bagi mengelak tercetusnya kluster baharu Covid-19.
“Sekarang ini, mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada kebaikan negara perlu berganding bahu mencari strategi penyelesaian Covid-19 dan bukan sekadar hendak mencari kesalahan.
“Masing-Masing kena fikir yang terbaik dan kerajaan pada masa sama juga perlu bersikap terbuka supaya perbincangan ke arah ini membuahkan hasil,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/perhimpunan-pembangkang-tak-akan-ubah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 354 hits
July 31 2021 8 50 PMSebilangan Ahli Parlimen pembangkang sepakat tetap akan hadir ke Parlimen Isnin ini sebagai tanda bantahan PETALING JAYA Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari ...
Keputusan Mkt Tangguh Pemilihan Umno 18 Bulan Tidak Sah Kata Jppm

Keputusan Mkt Tangguh Pemilihan Umno 18 Bulan Tidak Sah Kata Jppm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 220 hits
August 6 2021 3 57 PMPETALING JAYA Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan MKT bahagian dan cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Penga...
Kenapa Tangguh Sdiang Dewan Negara Kkm Kata Parlimen Selamat

Kenapa Tangguh Sdiang Dewan Negara Kkm Kata Parlimen Selamat

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 444 hits
Bangunan Parlimen merupakan antara tempat paling daripada virus Covid 19 berikutan 90 Ahli Parlimen dan Senator telah divaksin Bagi mantan Pengerusi Kaukus Dewan Negara Senator Yusmadi Yusof arahan menangguhkan sidang Dewan Negara adalah sa...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 337 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 248 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
Wakil K Jaan Pembangkang Setuju Tangguh Parlimen Jika Ada Kes Covid 19

Wakil K Jaan Pembangkang Setuju Tangguh Parlimen Jika Ada Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 331 hits
MalaysiakiniKetua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan bahawa penularan virus Covid 19 varian berbahaya mungkin berlaku jika sidang parlimen khas diteruskan selepas beberapa individu didapati positif wabak ber...
Sidang Parlimen Khas Serlah Perangai Buruk Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Parlimen Khas Serlah Perangai Buruk Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 325 hits
Sebaik sahaja parlimen mula bersidang keadaan parlimen menjadi hiruk pikuk cacamerba dan kelam kabut hasil perangai tidak bertamadun yang dipamirkan oleh barisan ahli parlimen pembangkang Dalam masa yang sama para wakil rakyat kerajaan teru...
Pembangkang Mengamuk Di Parlimen

Pembangkang Mengamuk Di Parlimen

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 251 hits
Rancangan asal adalah untuk mengusulkan undi tidak percaya melalui pintu belakang dengan tidak menyokong deklarasi darurat dan undang undang darurat Tetapi apabila kerajaan mengumumkan yang undang undang darurat telah pun ditarik balik pada...
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 311 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian