Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal


 
Ahmad Faizal Azumu berkata, dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana “bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang” adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yakin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kekal mempunyai sokongan majoriti sekiranya sidang Parlimen dipanggil semula.
Justeru, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, dakwaan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana “bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang” adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali.
“Saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen Bersatu dan Perikatan Nasional bersedia menghadapinya (sidang Dewan Rakyat) apabila dipanggil semula.
“Kita amat yakin dengan sokongan majoriti yang dapat dikekalkan bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi dengan sempurna dan memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat,” kata beliau kepada FMT.
“Jadi, soal mengelak daripada bersidang kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang, tidak timbul sama sekali. Kami yakin dan tahu, kerajaan yang ada kini, mendapat sokongan yang bukan sekadar cukup bilangan tetapi sokongan yang jitu,” katanya.
Terdahulu, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat yang dijadual pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata Pejabat Speaker telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung perkara berkenaan.
Katanya, penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.
Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, pihak yang mendakwa keputusan penangguhan itu cenderung kepada politik telah menghina penjawat awam yang bertindak menasihati kerajaan.
“Mana mungkin profesional di KKM bertindak memberi nasihat dengan meletakkan pertimbangan politik sebagai asas utama?
“Mereka yang membuat dakwaan ini juga, perlu diberi pendedahan yang lebih berkenaan pandemik Covid-19 dan bahayanya varian baru seperti delta,” katanya.
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris berkata tindakan pembangkang yang cuba mendesak undi percaya diadakan ketika mesyuarat khas yang bermula pada 26 Julai lalu jelas mempunyai niat tersembunyi.
“Kalau kita tengok apabila pembangkang buat desakan untuk adakan persidangan sebagai pemulihan atau tambah baik terhadap cara menangani Covid-19, kerajaan secara jujur akan terima tetapi kita tengok mereka (pembangkang) bukan ke situ. Lagi nak kucar-kacirkan keadaan,” katanya kepada FMT.
Beliau yang juga ahli Dewan Negara berkata, semua Ahli Parlimen sudah dimaklumkan terlebih awal bahawa mesyuarat khas itu hanyalah perbahasan mengenai pelan Pemulihan Negara dan tiada sebarang usul atau pengundian boleh dilakukan pada lima hari persidangan berkenaan.
“Mereka semua kena tunggulah, jika ada usul baru atau nak bawa usul undi percaya, boleh bawa pada September nanti,” katanya yang turut menjangkakan sidang Dewan Negara akan ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19 di bangunan Parlimen.
Pada 15 Julai lalu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan mengumumkan sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 diadakan selama 15 hari bermula 6 Sept hingga 30 Sept.
Mesyuarat kedua pula mulai 25 Oktober hingga 16 Disember iaitu selama 32 hari. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/muhyiddin-punyai-sokongan-cukup-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

Jadikan Sidang Parlimen Isnin Depan Ujian Sokongan Majoriti Muhyiddin Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 248 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan meletak jawatan secara terhormat ekoran kemelut yang tercetus berhubung pembatalan Ordinan Darurat...
Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIA DATELINEDewan Rakyat bertukar kecoh apabila Ahli ahli Parlimen blok pembangkang mula mencari kelibat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan serta merta Pagoh kena masuk De...
Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 272 hits
July 31 2021 8 50 PMSebilangan Ahli Parlimen pembangkang sepakat tetap akan hadir ke Parlimen Isnin ini sebagai tanda bantahan PETALING JAYA Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari ...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 209 hits
gemilangdaily comSidang parlimen Isnin ditangguh hingga suatu tarikh baru Sidang khas parlimen yang seharusnya disambung Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang dikeluarka...
Desak Muhyiddin Adakan Sidang Dewan Segera Jika Ada Numbers

Desak Muhyiddin Adakan Sidang Dewan Segera Jika Ada Numbers

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 138 hits
Bukankah Mahiaddin kata sekarang ini beliau mempunyai sokongan cukup dan jitu di Parlimen Kalau yakin dah cukup kenapa nak tunggu sebulan lebih lagi Supaya ada masa nak membeli belah Ahli Parlimen ke Adakah Mahiaddin menipu dan mempersenda ...
Azmin Takiyuddin Perlu Beri Penerangan Sedia Dipanggang Di Parlimen Kata Ahmad Maslan

Azmin Takiyuddin Perlu Beri Penerangan Sedia Dipanggang Di Parlimen Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 230 hits
Ahmad Maslan berkata Azmin Ali perlu menjelaskan kenapa kilang dibenarkan beroperasi sehingga menyebabkan lonjakan kes Covid 19 dan Takiyuddin Hassan menerangkan keberkesanan pelaksanaan Ordinan Darurat PETALING JAYA Setiausaha Agung Umno A...
Kita Tak Ada Masa Sampai September Kata Dr M Mengenai Sidang Parlimen

Kita Tak Ada Masa Sampai September Kata Dr M Mengenai Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 162 hits
Dr Mahathir Mohamad mencadangkan sekumpulan pakar dibenarkan menyertai Majlis Pemulihan Negara untuk mengambil alih pengurusan krisis Covid 19 dengan diberikan kuasa dan peruntukan sewajarnya PETALING JAYA Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Moha...
Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 307 hits
July 25 2021 Azhar Azizan Harun berkata semua wakil rakyat termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat bermula esok KUALA LUMPUR Semua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ket...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid

Hafizh Syahrin Arrc 2024 Jdt Racing Team

Empat Rakyat Malaysia Marajukan Ke Separuh Akhir Kelayakan Zon Asia Kejohanan Squash Sedunia