Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis


 
Menteri-menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan, iaitu antara pentadbiran pusat dan parti, kata penganalisis. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Menterinya melepaskan jawatan dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.
Pakar geostrategis Azmi Hassan berkata, Umno juga akan berperang dengan persepsi rakyat sama ada desakan demi desakan terhadap Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN adalah demi kebaikan rakyat atau “kebajikan parti”.
Ini kerana, katanya, jika menteri-menteri Umno akur dengan kemahuan parti supaya meletak jawatan, segala rencana pemulihan negara dikhuatiri akan terencat, khususnya hal-hal berkaitan vaksin.
“Dua menteri (Umno) memegang portfolio penting, iaitu Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang terlibat secara langsung dalam pemberian vaksin. Apa yang dikhuatiri, walaupun Muhyiddin boleh ganti dengan orang lain tetapi sudah pasti akan terencat sedikit. Itu kita tidak mahu terjadi.
Azmi Hassan.“…dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan yang menjaga kluster keamanan juga jika dipaksa tarik diri, sudah pasti merencatkan perjalanan urus tadbir negara,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Azmi tidak menolak tekanan berterusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli-ahlinya dibuat supaya sidang khas Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin.
“Jika menteri-menteri Umno tarik diri, ia akan bawa kejatuhan kerajaan PN dan terbukti secara jelas Muhyiddin sudah hilang majoriti tanpa menunggu sidang Parlimen, dan ini boleh memaksa sidang khas Parlimen dipercepat. Itu mungkin strategi Umno untuk beri tekanan,” katanya, sambil menjelaskan setiap ahli parti pada dasarnya perlu patuh kepada arahan parti, terutamanya keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Seorang ahli akademik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Izani Zain turut senada dengan Azmi, dengan berkata, Umno berhak menarik sokongan tetapi perlu mengakui “impak” yang besar akan tercetus jika bertegas mahu mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang ingkar arahan parti.
“Mungkin akan berlaku perpecahan dalaman kerana ia melibatkan jumlah pemimpin Umno yang besar,” katanya.
Beliau berkata, menteri-menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan, iaitu antara pentadbiran pusat dan parti.
Izani Zain.“Menteri Umno terikat dengan prinsip tanggungjawab, yang mana perlu akur dengan keputusan Jemaah Menteri dan Perdana Menteri, tetapi pada masa sama, dihimpit dengan keputusan parti,” katanya.
Tambahnya, segala keputusan muktamad dibuat Ahli-ahli Parlimen parti itu perlu mengutamakan sama ada kepentingan negara atau kepentingan parti.
Semalam, FMT melaporkan ahli MKT Umno, Johari Ghani, menggesa parti itu mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang terus-menerus mengingkari keputusan parti itu selepas mengambil kira penderitaan ekonomi dan kesihatan serta isu perlembagaan yang dihadapi negara ketika ini.
Tegasnya, Umno tidak boleh membenarkan pengingkaran terhadap titah Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh terus bersama kerajaan PN yang dikatakan gagal mengurus krisis Covid-19.
Setakat semalam, seramai 14 Ahli Parlimen Umno memutuskan untuk patuh kepada keputusan parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin, namun beberapa wakil rakyat lain, termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, belum berbuat demikian.
Zahid pada Selasa mengumumkan semua Ahli Parlimen Umno mesti menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, susulan kemelut berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.
Susulan itu, ahli MKT, Shamsul Anuar Nasarah menjadi menteri Umno pertama yang melepaskan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada hari sama.
Seramai 16 orang wakil Umno berada dalam kerajaan PN ketika ini, menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/perpecahan-dalam-umno-bakal-meruncing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Shamsul Ramai Lagi Timbalan Menteri Umno Akan Letak Jawatan Kata Ahli Mkt

Selepas Shamsul Ramai Lagi Timbalan Menteri Umno Akan Letak Jawatan Kata Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 223 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Keputusan Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selaras arahan dibuat pucuk pimpinan Umno Ahli Majlis Kerja Tertinggi Razlan Muhamad Rafi berkata beliau yakin Ahli Parlimen U...
30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 254 hits
bebasnews myBy 06 08 2021SHAH ALAM Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut Menurut laporan Astro Awani Ahli Majlis Tert...
Setiausaha Wanita Umno Rosni Sohar Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengurusan Ptptn

Setiausaha Wanita Umno Rosni Sohar Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengurusan Ptptn

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 315 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rosni Sohar menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli lemba...
Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

Sidang Ditangguh Ahli Parlimen Cari Mahiaddin Dalam Dewan Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 296 hits
MALAYSIA DATELINEDewan Rakyat bertukar kecoh apabila Ahli ahli Parlimen blok pembangkang mula mencari kelibat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan serta merta Pagoh kena masuk De...
Dakwaan Agong Arah Pm Letak Jawatan Palsu Cubaan Pengaruhi Sokongan Ahli Parlimen Umno Sumber Pmo

Dakwaan Agong Arah Pm Letak Jawatan Palsu Cubaan Pengaruhi Sokongan Ahli Parlimen Umno Sumber Pmo

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 328 hits
Firdaus AzilSumber itu berkata segala perbincangan antara Perdana Menteri dan Yang di Pertuan Agong diminitkan dan mustahil Muhyiddin tidak memberitahu perkara yang sebenar Gambar fail KUALA LUMPUR Dakwaan Perdana Menteri diarahkan meletakk...
Surat Umno Tular Tuntut Ahli Parlimen Tarik Sokongan Letak Jawatan

Surat Umno Tular Tuntut Ahli Parlimen Tarik Sokongan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 381 hits
Oleh ASLINDA NASIR KUALA LUMPUR Surat yang dipercayai dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO kini tersebar dalam media sosial malam ini Surat bertarikh 5 Ogos itu difahamkan sudah dihantar kepada semua Ahli Parlimen UMNO dengan membangki...
Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 343 hits
Derhaka kepada Agong Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong dan mempertaha...
Mat Sabu Kata Pm Angkuh Perlu Letak Jawatan Segera

Mat Sabu Kata Pm Angkuh Perlu Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 277 hits
Mat Sabu kata PM angkuh perlu letak jawatan segera Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinet Perikatan Nasional perlu segera letak jawatan menurut Amanah susulan kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam yang mempertahan keputusan untuk ...
Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 260 hits
August 12 2021 Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menolak spekulasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat Saya tidak dengar spekulasi itu katanya Menurutn...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Change

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting