Perangai Mahiaddin Semasa Krisis


 

Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA / August 14, 2021

Liat-liat pelepah pisang tua, liat lagi Mahiaddin rupanya. Ucapan hari Jumaat 13 Ogos petang tak nampak Mahiaddin akan surender. Mungkin setelah jumpa Presiden Pas di Rusila dia dapat satu dalil baru untuk terus melekat di batang pisang.
Alasan tawaran Mahiaddin bertitik tolak dari dakwaan bahawa tidak ada mana-mana blok yang punya majoriti untuk dijadikan sebagai PM. Di atas premis ini, dia tawarkan kerajaan bi-partisan dengan scheme of things terkini yang ‘menggiurkan’. Tawaran itu semua sebahagian besarnya telah dibuat dan akan dibuat oleh PH tetapi tersangkut tengah jalan sebab langkah Sheraton yang durjana.
Tawaran itu semua baik lagi menggodakan, tapi perkara pokok perlu dilunaskan terlebih dahulu kerana dalam ucapan terkini Mahiaddin, ada dua perkara yang menampakkan pelanggaran beliau buat sekian kalinya ke atas teras demokrasi berparlimen dan tindakan membelakangi kuasa YDPA.
Pertama, penentang awal Mahiaddin konsisten menyatakan sebab utama dia disanggah adalah kerana gagal memenuhi keabsahan (legitimacy) beliau di Parlimen sejak 1 March 2020 dia mengangkat sumpah sebagai PM. 2 Ogos 2021 beliau terbukti hilang majoriti dengan blok Umno tarik diri dari menyokong blok PN. Kedudukan terkini adalah 101 blok PN dan 119 blok anti-Mahiaddin. Beliau kini boleh dikatakan Kerajaan 101.
Perkara 43 (4) jelas menyatakan, oleh sebab kehilangan majoriti, PM dan Kabinetnya perlu letak jawatan atau meminta perkenan Tuanku YDPA membubarkan Parlimen. Apa yang sepatut dilakukan oleh beliau adalah menyegerakan tuntutan perkara 43(4) tersebut tetapi Mahiaddin tidak berbuat demikian malah beliau meneruskan tawaran ‘durian-duriannya’ dalam skala besar. Fe’el (perangai) Mahiaddin ini meletakkan kes awalan paling hodoh dalam sejarah politik Malaysia kerana ianya telah menzahirkan sikap beliau yang tidak menghormati perlembagaan dan melanggar sumpah setianya sebagai Ahli Legaslatif dan Ketua Kabinet.
Kedua, Fe’el Mahiaddin menampakkan seolah beliau sekali lagi membelakangi kuasa YDPA yang jelas termaktub dalam Perkara 43 (2) (a) tentang kuasa perlantikan PM yang berada di tangan YDPA. PM hilang majoriti satu bab, bab nak lantik siapa ganti bukan masalah dia, itu termaktub dalam kuasa YDPA dan perkiraan baginda (…in his judgement is likely to command the confidence of the majority…..). Mahiaddin tak perlu sibuk siapa akan ganti beliau, setakat ini dua calon telah dikemukakan ke hadapan YDPA, biarlah kebijaksanaan Agung menentukannya, jangan lebih sudu dari kuah pulak!
Jelas sekali tawaran Mahiaddin hari ini mengesahkan dua perkara iaitu beliau kehilangan majoriti! Kedua, taktik melengahkan masa untuk keabsahan majoriti di parlimen digunakan untuk aksi terdesaknya yang terakhir diharapkan dapat selamatkan kedudukan beliau sebagai PM 101.
Adab yang sepatutnya dipatuhi oleh Mahiaddin bagi menunjukkan dia hormat perlembagaan dan jujur mahukan reform ialah, sahkan majoriti secepat mungkin terlebih dahulu sebagai memenuhi kehendak Perkara 43 (4) dan kemudian serahkan kuasa penentu siapa akan jadi PM kepada YDPA seperti termaktub dalam Perkara 43 (2) (a).
Selepas semua itu jika dia selamat, buatlah tawaran inisiatif politik beliau. Cara ini lebih meyakinkan semua sebab mengikut tertib dan adab demokrasi, seperti tertibnya kita hendak mendirikan solat, ada syaratnya, rukunnya, wajibnya dan sunatnya, barulah sah solatnya.
Alhamdulillah PH istiqamah memastikan Perlembagaan Negara dipatuhi sebagai adab berpolitiknya. PH Istiqamah dari awal hingga saat ini mengelak diri dari bernuansakan sentimen perkauman atau agama untuk berpolitik tetapi beriltizam untuk menjaga asas-asas bernegara dan adabnya. Alhamdulillah sekurangnya seramai 15 MP Umno dah mula sedar keutamaan ini.
Diharapkan adab-adab ini menjadi titik pertemuan 119 MP anti-Mahiaddin dengan mereka bersatu hati dan tenaga membentuk secara konsensus sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kuat menangani cara terbaik selamatkan nyawa rakyat dan meneruskan kehidupan rakyat.
Siapa bakal PM bukan keutamaan Mahiaddin, justeru alasan tawaran Mahiaddin semuanya terbatal malahan kesemua 220 MP perlu merujuk kepada Perkara 43 (4) demi mengembalikan semula prinsip demokrasi yang telah ternoda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/perangai-mahiaddin-semasa-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Akhiri Krisis Parah Istana Kerajaan Pn

Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Akhiri Krisis Parah Istana Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 379 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin digesa meletak jawatan secara terhormat berikutan krisis istana dan kerajaan yang paling parah dalam sejarah Malaysia tercetus akibat pentadbiran beliau berdegil untuk kekal berkuasa Bagi Ketua Pener...
Penganalisis Yakin Kombinasi Ismail Anwar Jawapan Kepada Krisis Semasa

Penganalisis Yakin Kombinasi Ismail Anwar Jawapan Kepada Krisis Semasa

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 399 hits
Shakira BuangCadangan agar dua calon perdana menteri masing masing seorang daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional diberikan jawatan tinggi dalam kerajaan untuk membentuk kabinet perang disambut baik penganalisis politik Ketika Naib...
107 Mp Pembangkang Kecuali Umno Hadir Undur Mahiaddin Bergema Di Dataran Merdeka

107 Mp Pembangkang Kecuali Umno Hadir Undur Mahiaddin Bergema Di Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 211 hits
MALAYSIA DATELINE107 ahli Parlimen pembangkang tidak termasuk MP Umno berkumpul di Dataran Merdeka hari ini selepas mereka di halang dari masuk ke Parlimen Semua ketua pemimpin parti pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Seri S...
Mahiaddin Jangan Jadi Pengecut Gantung Parlimen

Mahiaddin Jangan Jadi Pengecut Gantung Parlimen

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 240 hits
Penangguhan sidang Parlimen hari ini dilihat sebagai tindakan licik kerajaan Perikatan Nasional mengelak daripada berhadapan dengan Ahli ahli Parlimen pembangkang berikutan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin diyakini telah kehilangan ...
Kerajaan Mahiaddin Sudah Hilang Akal

Kerajaan Mahiaddin Sudah Hilang Akal

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 422 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19 Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu PM Mahiad...
Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 293 hits
Parti parti pembangkang Malaysia bersetuju dengan Yang di Pertuan Agong bahawa kabinet Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bertindak di luar kerangka pemerintahan dan Perlembagaan yang sewajarnya berhubung kemelut mengungkai Ordi...
Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 256 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah hilang keabsahan dehaka kepada Yang di Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Malaysia mempunyai Yang di Pertu...
Mahiaddin Adalah Bala Sebenar Bagi Malaysia

Mahiaddin Adalah Bala Sebenar Bagi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 225 hits
Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri ramai di antara kita ketika itu berasa malu menjadi warganegara Malaysia Skandal 1MDB dan pelbagai karenah Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang terpapar dalam hampir semua media adalah an...
Projek57 Menyokong Komuniti Terkesan Semasa Pandemik Dengan Kerjasama Ngo Dan Perniaga

Projek57 Menyokong Komuniti Terkesan Semasa Pandemik Dengan Kerjasama Ngo Dan Perniaga

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 234 hits
Dengan menghadapi banyak masa yang mencabar akibat wabak ini mudah lupa bahawa lebih banyak perkara dapat dicapai dengan berdiri bersama sebagai satu orang Projek57 perusahaan sosial yang diiktiraf secara nasional telah berkomitmen untuk me...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa