Kerajaan Mahiaddin Sudah Hilang Akal



Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PM Mahiaddin melawan semua pihak di sekitarnya sama ada pembangkang, rakyat sehinggalah Yang di-Pertuan Agong demi mengekalkan kuasa.
“PM sudah gila, dia lawan Parlimen, Raja, Yang di-Pertuan Agong. Kita tak boleh bersidang. Kami Pembangkang atau pemerintah tetap jadi Ahli Parlimen.
“Dalam keadaan (kucar kacir) seperti ini pelabur mana nak datang? Politik lebih teruk dari Zimbabwe (suatu ketika dahulu). Kalau Zimbabwe presidennya masih hidup mereka pun malu dengan Malaysia
“Kami lama dalam Parlimen tak pernah rasa seperti ini. Mahiaddin mesti pergi. Dia langgar peraturan, Raja Melayu dan paling penting langgar rakyat
“Semua termasuk Umno juga perlu mengambil sikap sekarang ini,” katanya dalam ucapan di Dataran Merdeka, pagi tadi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mempersoalkan apakah yang ditakuti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tujuan sidang Parlimen hari ini adalah untuk membincangkan isu rakyat dan Covid 19, bukannya melakukan usul Undi Tidak Percaya.
“Hari ini 2 Ogos, Malaysia bebas dari darurat. Malaysia pun nak bebas dari kemelesetan ekonomi. Malaysia nak bebas dari kerajaan gagal. Malaysia nak bebas dari PM yang langgar rakyat, Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan
“Sampai masanya ita serahkan kepada Parlimen dan rakyat. Hari ini bukan kita nak buat Undi Tak Percaya. Kita nak bincang masalah rakyat di Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun Mahathir Mohamad juga menyokong himpunan Ahli Parlimen menolak Mahiaddin hari ini yang dianggap beliau sebagai detik hitam dalam sejarah.
Katanya, hari ini pertama kali sejak merdeka Ahli Parlimen tidak dibenarkan masuk bersidang.
“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia Ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen.
“Saya bersama dengan yang lain, saya sokong. Apa patut kita hadapi sekarang ialah untuk bincang Darurat seperti jadual.
“Tetapi inilah kerajaan Mahiaddin tak bagi bercakap (dalam Parlimen), tak bagi bercakap di luar Parlimen. Apa nak jadi negara kita? Ini PM sepatutnya tak jadi PM. Saya harap rakyat faham mengapa kita buat pendirian ini. Hari ini negara tidak ada kerajaan,” katanya.
Selain itu, Tun juga mengimbau pindaan Perlembagaan Persekutuan yang beliau buat pada 1990an lalu yang mempersembahkan rang Undang-undang (RUU) kepada Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan Dewan Rakyat. Sekiranya Agong tidak perkenan maka RUU itu kembali ke Dewan Rakyat untuk disemak.
Namun, katanya, kerajaan PN dalam memansuhkan Ordinan Darurat tidak melakukan hal berkenaan. Memansuhkannya secara sepihak.
“Ikut pindaan kita buat dulu dewan mesti bincang. Kalau Raja tak lulus dalam dua bulan, baru jadi undang-undang.
“Ini (kerajaan Mahiaddin) tak bawa ke Raja. Raja tak setuju dah jadi undang-undang. Tak ikut peraturan.
“Saya harap rakyat akan tolak orang semacam ini dari pegang apa jawatan pun. Jauh sekali jadi PM,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32706

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

Mahiaddin Sudah Hilang Moral Ketuai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 143 hits
1 Khamis 29hb July 2021 tarikh memalukan demokrasi berparlimen disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia Sepatutnya Parlimen menjadi medan terbaik ketika isu pelanggaran perlembagaan dibangkitkan oleh Tuanku YDPA sebagai Ketua Negara dan Ketu...
Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 229 hits
Segala segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahu...
Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Perintah Malaysia

Kerajaan Pn Hilang Keabsahan Perintah Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 161 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah hilang keabsahan dehaka kepada Yang di Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Malaysia mempunyai Yang di Pertu...
Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 210 hits
Berikutan kemelut dan ketidaktentuan yang berpanjangan dalam kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin terbaru dengan Yang Dipertuan Agong sendiri menunjukkan kemurkaan baginda UMNO akan mengadakan mesyuarat MT khasnya petang ini Mesyuarat...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 283 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Dakwaan Kerajaan Hilang Majoriti Hanya Diketahui September

Dakwaan Kerajaan Hilang Majoriti Hanya Diketahui September

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 180 hits
Pas menyifatkan dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan majoriti akan dibuktikan di Dewan Rakyat pada September ini Timbalan Pengerusi Lajnah IT dan Data Raya Pas Pusat Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pelbagai pihak ...
Rentasan 935 Gempar Kini Kerajaan Pn Sudah Hilang Kuasa Eksekutif Seb

Rentasan 935 Gempar Kini Kerajaan Pn Sudah Hilang Kuasa Eksekutif Seb

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 203 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9351 SEMUA ORDINAN DARURAT DIBATAL 21 JULAI RAKYAT DITIPU 2 DATA APA YANG MITI PEGANG 3 ADAKAH PERKENAN YANG DI PERTUAN AGONG SUDAH DIDAPATI 4 KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL BUNUH DIRI
Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 197 hits
Jika kita perhatikan sejak awal lagi penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN Dengan yang demikian Mahiaddin anggota kabinet...
Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 208 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung Berdasarkan ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024