Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Akhiri Krisis Parah Istana Kerajaan Pn



Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin digesa meletak jawatan secara terhormat berikutan krisis istana dan kerajaan yang paling parah dalam sejarah Malaysia tercetus akibat pentadbiran beliau berdegil untuk kekal berkuasa.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, hanya satu jalan yang boleh ditempuh oleh Mahiaddin dalam menyelamatkan citra politiknya, iaitu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri secara baik dan rakyat akan melupakan perbuatan beliau mencabul demokrasi sejak berbulan-bulan lalu.
Andainya hal demikian tidak berlaku, menurut Shamsul, maka Mahiaddin akan dikenang sebagai pemimpin kuku besi oleh rakyat yang telah muak dengan politik ‘tebal muka’ beliau.
“Penentangan Tan Sri Mahiaddin serta kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara terbuka terhadap Raja-raja Melayu khususnya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada ketika ini dilihat sebagai krisis pihak kerajaan dan istana yang paling parah sejak isu Perlembagaan Raja-raja Melayu pada 1993
“PM Malaysia Tan Sri Mahiaddin yang menjawat jawatan Perdana Menteri melalui satu episod pengkhianatan tempohari masih berdegil kekal di tampuk pemerintahan walaupun jelas beliau hilang sokongan majoriti di Parlimen. Sikap angkuh, degil dan biadap beliau ini sangat bertentangan dan melanggar prinsip Perlembagaan.
“Umumnya masyarakat hairan dan mual kerana pembenturan dengan institusi DiRaja ini dilakukan oleh kerajaan PN yang tertubuh kononnya untuk memperjuangkan semangat “kerajaan dan pimpinan Melayu Islam demi menjaga hak-hak orang Melayu serta kedaulatan Raja-raja Melayu”,” katanya sinis.
Selain itu, tambah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkenaan, demokrasi dan keluhuran Perlembagaan juga perlu dikembalikan bagi mencipta kestabilan politik dalam negara
Tujuan utamanya, kata beliau, adalah untuk menyelamatkan sistem kesihatan serta pendidikan buat generasi akan datang yang caca marba dibadai pandemik Covid 19.
“Di kala tindakan yang lebih tuntas dan efektif dituntut dari Kerajaan PN untuk seluruh jentera kerajaan ditumpukan kepada program melawan Covid-19 serta membela ekonomi rakyat, malangnya kerajaan hari ini langsung tidak menghiraukan kekhuatiran dan kesengsaraan rakyat kerana terlalu asyik berpolitik dan bermesyuarat siang malam demi mengekal kuasa dan pemerintahan.
“Justeru, bagi mengakhiri segala kemelut dan kekalutan yang dicetuskan oleh kerajaan PN ini kami menuntut Tan Sri Mahiaddin meletakkan jawatan selaras dengan prinsip Perlembagaan yang dijunjung oleh setiap rakyat negara ini,” katanya lagi.
Tegas Shamsul, negara Malaysia perlu diselamatkan dan sewajarnya semangat Perlembagaan dikembalikan serta dilakukan pena’kulan terhadap makna Rukunegara, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dijajarkan semula dan dengan kadar segera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32809

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Lancar Protes Bendera Hitam Putih Desak Mahiaddin Letak Jawatan

Ngo Lancar Protes Bendera Hitam Putih Desak Mahiaddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 317 hits
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini melancarkan protes aman menaikkan bendera hitam atau putih ke seluruh negara Menurut kenyataan GBRM protes itu diadakan susulan kata dua mereka tempoh hari agar kerajaan Perdana Menteri...
Mahiaddin Tiada Pilihan Beliau Perlu Letak Jawatan Sekarang

Mahiaddin Tiada Pilihan Beliau Perlu Letak Jawatan Sekarang

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 295 hits
Tanpa majoriti kedudukannya tidak lagi dapat dipertahankan apatah lagi beliau sudah pun hilang keabsahannyaBy 15 Aug 2021Perdana Menteri Mahiaddin Yasin mengaku di dalam siaran nasional bahawa beliau tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ...
Mahiaddin Letak Jawatan Bukan Sebab Umno Tarik Sokongan Tapi Kerana Dikecewakan Dap

Mahiaddin Letak Jawatan Bukan Sebab Umno Tarik Sokongan Tapi Kerana Dikecewakan Dap

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 221 hits
Mahiaddin Md Yasin kini sudah sah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dilakukan tengahari ini selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya ...
Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 434 hits
Dari segi perlembagaan dan prinsip moral kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO dipercayai seramai 14 orang jum...
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 253 hits
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Me...
Sah Mahiaddin Letak Jawatan Pengumuman Rasmi Isnin

Sah Mahiaddin Letak Jawatan Pengumuman Rasmi Isnin

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 260 hits
Sah Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin secara rasmi menawarkan diri untuk berundur daripada jawatannya Pemakluman tentang hasrat tersebut disampaikan oleh Mahiaddin dalam perjumpaan beliau dengan ketua ketua parti dalam kerajaan PN menteri ...
Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 552 hits
Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat Bagaimanapun sekiranya beliau berd...
Khairy Sahkan Seluruh Kabinet Letak Jawatan Bukan Mahiaddin Sahaja

Khairy Sahkan Seluruh Kabinet Letak Jawatan Bukan Mahiaddin Sahaja

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 16 2021Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin mengesahkan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhannya meletakkan jawatan bukan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sahaja Mene...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025