Asmak Baby CareProduk yang Juju nak share dengan korang ni adalah Asmak Baby Care. Packaging dia sangat menarik. Dia datang dalam satu kotak dan ada 5 jenis barang di dalamnya. Ha, suka ke tak kalau dapat satu set produk penjagaan untuk bayi? Okeh jom kita go through satu-satu
Asmak Baby Care1/ Baby Wash Top to Toe2/ Losyen Bayi 3/ Essential Oil4/ Bedak5/ Sevenis Hair Oil
Baby WashMandikan si manja anda dengan Mandian Bayi Asmak dari hujung rambut ke hujung kaki. Kandungannya yang pekat, hanya perlu picit sedikit dan sapukan ke seluruh tubuh dan rambut. Dengan haruman bunga ros dan chamomile menjadikan bayi anda lebih wangi dan selesa. Ia juga mengandungi minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E
Sukanya dia mandi guna sabun Asmak
Losyen Bayi AsmakSapukan Losyen Bayi Asmak Baby Care ke seluruh tubuh si manja. Urutlah dengan kasih sayang dan biarkan si manaja merasai sentuhan kasih ibu. Ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang anda dengan si manja. Losyen bayi mengandungi haruman yang menenangkan dan akan membuatkan si manja anda tenang dan kulit akan menjadi lebih wangi. Kandungannya dari minyak halia, ekstrak bunga portulaka dan minyak cengkih
Losyen ni dia sapun sendiri :P
Essential OilGunakan Essential Oil di bahagian yang berkenaan. Anda boleh sapukan beberapa titis sahaja ke bahagian yang tertentu untuk memberikan kesan yang menenangkan dan bayi lebih mudah tidur. Ia juga boleh melegakan bayi ketika kurang sihat. Memberikan mereka rasa selesa dan bau lebih harum. Essential Oil ini juga boleh digunakan ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah kekurangan susu. Kandungannya dari clove oil (minyak cengkih), nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil
Bedak bayi asmakSapukan Bedak Bayi Asmak pada tubuh bayi dan ratakan. Amat bagus sekali digunakan selepas bayi mandi. Haruman lavender essential oil membuatkan si manja berbau harum, berasa lebih tenang dan dapat tidur dengan lena. Bahan utama adalah tanah liat jenis kaolin yang terbukti bagus untuk kulit. Bedak bayi asmak juga mengandungi ekstrak betik dan ekstrak bunga portulaka.
Peace yaw
Sevenis Hair Oil AsmakSapukan rambut si manja anda dengan Sevenis Hair Oil Asmak untuk rambut lebih sihat, kuat, bersinat, lembut dan berbau wangi. Ia diperbuat daripada 7 jenis minyak yang memberi khasiat dan manfaat kepada rambut si manja agar menjadi lebih kuat dan sihat. Kandungannya terdiri daripada light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil dan haruman yang berbau sangat harum.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |