Set Penjagaan Rambut Asmak Hair Care Mampu Mengatasi Masalah Rambut Dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Set Penjagaan Rambut Asmak Hair Care Mampu Mengatasi Masalah Rambut Dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga || Salam semua, siapa kat sini yang ada masalah rambut ? Mesti ramai ni kan tak terkecuali la diri sendiri. hii. ya lah rambut kan aset berharga yang perlu dijaga juga. Jadi kesihatan rambut pun kena jaga kan untuk rambut lebih sihat, lembut dan bersinar sepanjang masa.
Masalah rambut seperti rambut berbau, keguguran rambut, rambut kering, terasa gatal di kepala dan juga masalah lain memang kita berasa tidak selesa. Sesiapa sahaja ada kan masalah macam tu.
Wani akui cerewet sikit kalau bab nak pilih shampoo yang sesuai untuk penjagaan rambut. Rambut jenis kering sikit. Sampailah Wani cuba sendiri produk dari Asmak Haircare ini. Bahan- bahan untuk ke semua set penjagaan rambut Asmak ini ke semua dari bahan semulajadi.
Itu yang yakin sangat nak guna. Ya lah kan, kadang- kadang set penjagaan rambut sekarang terlalu banyak bahan yang mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan lain untuk rambut.
SET PENJAGAAN RAMBUT ASMAK HAIR CARE
Sebenarnya, Wani nak kongsi pengalaman diri sendiri menggunakan set Asmak Haircare. Nanti kita ceritakan lanjut kat bawah ya. Sebelum itu nak cerita sikit tentang produk untuk penjagaan rambut Asmak Haircare ini, ada 3 kesemuanya. Kiranya dah lengkap untuk penjagaan rambut kita.
Untuk korang yang baru nak tahu, Set penjagaan rambut Asmak Hair Care ini dikeluarkan oleh Syarikat MHAM Sdn. Bhd. Kalau korang pernah dengar minyak herba asmak, minyak yang sememangnya mujarab. Best jerr guna minyak asmak tu. Kali ini MHAM keluarkan set penjagaan rambut pulak.
Yang penting ke semua untuk ke tiga -tiga produk ini natural. Tidak ada bahan - bahan yang memudharatkan. Boleh gunakan tanpa was - was ya . Set penjagaan rambut Asmak tidak lah terhad untuk wanita sahaja, seluruh seisi keluarga boleh guna sehinggalah kanak - kanak. Jom, kita kenali ke tiga -tiga produk penjagaan rambut Asmak.
Korang yang nak rambut sihat, bersinar dan lembut sepanjang masa, memang wajib guna ketiga - tiga produk ini baru dapat kesan untuk jangka masa lama.
1. Shampoo Bunga Raya Plus
2. Hair Moisturizer with serum
3. Sevenis Hair Oil
PENGALAMAN SENDIRI MENGGUNAKAN SET PENJAGAAN RAMBUT ASMAK HAIR CARE
Dah seminggu Wani cuba ke semua set penjagaan rambut Asmak, memang ada kelebihan tersendiri setiap produk. Ya lah kan dah ke semua bahan dalam ketiga -tiga produk ini semua natural. Kita sendiri pun berasa yakin nak guna. Lagipun, Wani bagi ke semua ahli keluarga guna shampoo bunga raya plus ini.
Jadi kali ini, Wani nak kongsi dengan korang semua step by step nak menggunakan set penjagaan rambut Asmak. Bukan mudah nak dapatkan rambut yang sihat, lembut dan bersinar tetapi dengan Asmak Hair Care semua orang mampu mempunyai rambut idaman semua.
1. Shampoo Bunga Raya Plus
Bagi Wani yang ada masalah rambut kering dan juga kelemumur, selepas menggunakan shampoo bunga raya plus, rambut macam lembut, tak kering dan tak kusut juga. Bau pun wangi sangat suka dengan baunya.
Kalau dah nama shampoo bunga raya, memang sah lah bahan utama shampoo ini ada bunga raya dan juga bahan - bahan natural yang lain seperti coconut oil, babassu oil, tea tree oil, jojoba oil dan juga acerola. Patut lah rambut lembut semacam jerr.
Cuma shampoo ini, sekiranya korang dah terbiasa pakai yang banyak buih tu, mungkin korang rasa macam tak biasa pakai sebab tak ada buih. Memang shampoo ini tak berbuih sangat, mula - mula letak di tapak tangan tu masa nak gosok, perasan macam tak keluar buih sangat.
Tapi, korang kena tahu juga shampoo di luar sana yang banyak buih tu bukannya sihat untuk kulit kepala kita. Untuk shampoo bunga raya plus ini, tengok lah bahan yang digunakan ke semua natural, patutnya ini lagi selamat digunakan untuk kesihatan rambut kita.
Bagi sesiapa yang ada kelumumur dan terasa selalu gatal kulit kepala elok lah guna shampoo ini. Untuk kanak - kanak pun selamat juga.
2. Hair Moisturizer With Serum
Untuk langkah seterusnya, selepas shampoo rambut, keringkan dulu rambut kemudian picit sikit Hair Moisturizer Serum atas tapak tangan. Kemudian urut dari akar rambut hingga ke hujung rambut. Tak sangka serum rambut pun memainkan peranan penting untuk rambut lebih sihat dan akar rambut lebih kuat.
Dalam seminggu Wani pakai, rambut lebih lembut dan tak kering. Bau pun wangi dan tekstur serum ini jernih dan pekat. Selepas urut lembut di kepala dan rambut, tangan pun tak berminyak tak perlu basuh tangan pun tak apa dah, lembut jerr tapak tangan.
Bahan yang ada dalam serum ini pun semuanya natural ya. Korang nak guna serum ini boleh buat 3 kali seminggu sekali dengan shampoo dan sevenis oil.
3. Sevenis Hair Oil
Untuk sevenis Hair Oil ini, biasanya guna selepas rambut kering. Kalau korang tak nak rambut macam berminyak sangat, picit sikit jerr ke tapak tangan kemudian gunakan hujung jari urut. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
Kalau ada lebihan di tapak tangan tu, boleh sapu - sapu kat bahagian anggota badan yang kering. terasa lembut jerr.
Kalau korang nak semua minyak ini menyerap buatlah sebelum tidur sebelah malam,lagipun kita tak buat apa - apa aktiviti yang berat dah kan.
Caranya senang sahaja, sebelum tidur sapu rata Sevenis Hair Oil dan balut sepanjang malam. Esok pagi terus cuci rambut guna Shampoo Bunga Raya.Hasilnya rambut lebih sihat, lembut, bersinar dan kuat.
Sedikit sebanyak perkongsian dari Wani selepas menggunakan Set Penjagaan Rambut Asmak
Untuk yang biasa pergi saloon, nanti tak payah pergi saloon dah ya, guna ke semua set penjagaan rambut Asmak Hair Care ini, hasilnya sama macam buat rambut di saloon. Nak tahu korang cubalah sendiri ya. Jimat pun iya juga. :)
Sekiranya korang nak mencuba set penjagaan rambut Asmak ini, boleh layari laman web dan laman sosial di bawah. Sila rujuk di bawah ya serta sekali dengan nombor whatsapp untuk mudahkan urusan korang.
Untuk maklumat lanjut tentang Asmak Haircare ini, boleh layari laman web dan laman sosial di bawah:
Website : https://mham.com.my/
Facebook Page : Shampoo Bunga Raya HQ
Instagram : asmak.haircare
Hotline : 019-9708897
whatsapp : www.wasap.my/60199708897
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/02/set-penjagaan-rambut-asmak-hair-care-mampu-mengatasi-masalah-rambut-dan-sesuai-untuk-seisi-keluarga.html