Kurang Air Serat Punca Bayi Sembelit Solusinya Ambil Makanan Lengkap Sayur Buah Mesti Ada


Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.

Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam  puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri buah Puri sayur Puri puri buah/ sayur yang ditambah dengan bijirin Puri puri buah/ sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian  manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring  pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.

TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.

CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.

TIP UNTIK KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
BOLEHKAH MASUKKAN LEMAK DALAM BUBUR & PURI?
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
 
 
The post Kurang Air & Serat Punca Bayi Sembelit. Solusinya Ambil Makanan Lengkap. Sayur & Buah Mesti Ada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kurang-air-serat-punca-bayi-sembelit-solusinya-ambil-makanan-lengkap-sayur-buah-mesti-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darah Ibu Anak Tak Serasi Kurang G6pd Jangkitan Kuman Faktor Fisiologi Punca Bayi Jaundis

Darah Ibu Anak Tak Serasi Kurang G6pd Jangkitan Kuman Faktor Fisiologi Punca Bayi Jaundis

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 534 hits
Risaunya hati bila si kecil disahkan jaundis Sebenar apakah punca terjadinya jaundis yang Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah Jaundis bagi bayi ialah jaundi...
Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 536 hits
Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir Terlalu kecil takut nak pegang bimbang terlepas terjatuh dan maca...
Jenis Makanan Ini Patut Diperkenalkan Berperingkat Bila Bayi Mula Belajar Makan

Jenis Makanan Ini Patut Diperkenalkan Berperingkat Bila Bayi Mula Belajar Makan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 425 hits
Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin Tentu pada peringkat pe...
Sampai Bila Bayi Perlu Dibedung Silap Bedung Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia

Sampai Bila Bayi Perlu Dibedung Silap Bedung Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 593 hits
Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi ia akan memberi rasa aman kepada bayi Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untu...
Masuk 1 Tahun Anak Akan Memilih Makanan Untuk Elak Anak Picky Eater Ini Panduan Pemakanan Bayi 0 2 Tahun Yang Betul

Masuk 1 Tahun Anak Akan Memilih Makanan Untuk Elak Anak Picky Eater Ini Panduan Pemakanan Bayi 0 2 Tahun Yang Betul

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 451 hits
Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa Lazimnya bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka adakah bayi mendapat nutrisi y...
Pacuan Empat Roda Terjun Kedalam Air Jadi Tular Menurut Saksi Ini Punca Sebenar Kejadian

Pacuan Empat Roda Terjun Kedalam Air Jadi Tular Menurut Saksi Ini Punca Sebenar Kejadian

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 605 hits
SEORANG lelaki dikhuatiri l3mas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan Kuala Terengganu 9 30 malam tadi Difahamkan mang5a Abdul Bari Arshad 31 da...
Bayi Menyusu Tak Kenyang Kurang Kencing Puting Luka Sakit Rupanya Tongue Tie Anak Perlu Dirawat

Bayi Menyusu Tak Kenyang Kurang Kencing Puting Luka Sakit Rupanya Tongue Tie Anak Perlu Dirawat

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 635 hits
Menyusu tapi tidak kenyang dan kelihatan tidak puas antara tanda tanda yang diperhatikan ibu ini walau pun berat bayinya naik Tongue tie pada bayi punca ibu ini alami masalah puting melecet luka hingga fobia untuk menyusukan Mungkin ramai y...
Satu Meter Air Dikongsi Tiga Buah Rumah

Satu Meter Air Dikongsi Tiga Buah Rumah

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 303 hits
embedded content Oleh Adli Mohamad DUNGUN Kampung Padang Ping sekian lama mengalami masalah bekalan air bersih dan ada dikalangan penduduk yang terpaksa berkongsi satu meter untuk tiga buah rumah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Nege...
Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 483 hits
Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada bayi Permulaan pemakanan yang baik bagi bayi enam bulan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan