Pengusaha Bas Ekspres Minta Kerajaan Beri Subsidi Lepas Tamat Pkp


Haziqah Jasmani     Persatuan pengusaha bas ekspres meminta kerajaan menyediakan subsidi khas untuk industri pengangkutan awam susulan hilangnya pendapatan mereka sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) Tajudin Mohd Yunos, berkata sejak PKP dikuatkuasakan operasi bas ekspres dihentikan dan mereka kini ibarat kais pagi makan pagi untuk meneruskan kelangsungan syarikat.

“Kami minta kerajaan untuk memberikan subsidi dari segi diesel dan pengecualian bayaran tol selama enam bulan selepas PKP ditamatkan.

“Walaupun kerajaan telah memberi Program Pengekalan Pekerja (ERP) kepada syarikat, pengusaha masih perlu memikirkan untuk membayar titik pulangan modal (BEP) dan kos operasi lain selepas kembali beroperasi nanti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tajudin 
Penguatkuasaan PKP menyaksikan banyak perkhidmatan dan industri yang tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan penting perlu menghentikan operasi

Selain itu, orang ramai juga dilarang keluar rumah melainkan untuk beberapa urusan penting, sekali gus menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Pada 6 April lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, yang antara lain meningkatkan peruntukan untuk program subsidi upah daripada daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.

Menerusi program itu, syarikat boleh memohon subsidi upah RM600 hingga RM1,200 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji RM4,000 ke bawah, bergantung kepada jumlah pekerja mereka

Selain itu, kerajaan juga memberikan moratorium bayaran pinjaman perniagaan selama enam bulan bermula April 2020 kepada perniagaan.

Mengulas lanjut, Tajudin berkata terdapat 18 syarikat - meliputi 747 buah bas dan 1,100 pemandu bas berdaftar - bernaung di bawah Pembawa

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang "munasabah dan adil" untuk perkhidmatan bas ekspres sebaik PKP tamat dan mereka beroperasi kembali.

“Jika sanitasi kepada bas perlu dilakukan, kami minta pihak kerajaan melantik kontraktor yang boleh memberikan harga berpatutan kepada pengusaha bas,” katanya.

Beliau berkata harga tiket bas juga mungkin perlu dinaikkan jika pihaknya perlu melaksanakan langkah keselamatan seperti penjarakan sosial di kalangan penumpang, bagi menampung kos operasi syarikat.

Terdahulu, beberapa persatuan teksi turut menyuarakan gesaan yang sama, iaitu agar kerajaan menyediakan inisiatif khas buat pemandu teksi yang hilang punca pendapatan susulan PKP.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/pengusaha-bas-ekspres-minta-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saranan Yang Boleh Kerajaan Pertimbangkan Jika Pkp Dilanjut

Saranan Yang Boleh Kerajaan Pertimbangkan Jika Pkp Dilanjut

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 277 hits
Kurang 24 jam daripada sekarang Kerajaan akan mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi atau tamat seperti jadual asal iaitu pada 14 April ini Sekiranya PKP dilanjutkan suka untuk saya sarankan beberapa inisiatif kep...
Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 543 hits
KERAJAAN perlu memberi keutamaan kepada kumpulan bekerja sendiri dalam apa juga tindakan dan pemberian bantuan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan berkata kerajaan perlu menyesuaikan tindakan b...
Ingkar Pkp Kerajaan Cadang Untuk Naikkan Kadar Denda

Ingkar Pkp Kerajaan Cadang Untuk Naikkan Kadar Denda

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Ekoran masih ramai lagi rakyat negara ini yang ingkar akan arahan Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar denda kata Menteri Kanan Datuk Deri Ismail Sabri Yaakob Menurut beliau kadar kompaun yang di...
Majlis Setiausaha Ph Cadang Kerajaan Beri Kelonggaran Pkp Zon Hijau

Majlis Setiausaha Ph Cadang Kerajaan Beri Kelonggaran Pkp Zon Hijau

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dicadang melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut zon status jangkitan pandemik koronavirus dikategorikan sebagai zon hijau bagi membolehkan rakyat kembali menjalankan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan s...
Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Gelandangan akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berk...
Samsung Malaysia Melanjutkan Jaminan Selama 30 Hari Untuk Peranti Yang Tamat Tempoh Jaminan Ketika Pkp

Samsung Malaysia Melanjutkan Jaminan Selama 30 Hari Untuk Peranti Yang Tamat Tempoh Jaminan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 392 hits
Samsung Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan melanjutkan tempoh jaminan untuk produk dibawah mereka selama 30 hari Lanjutan tempoh penggunaan ini adalah untuk peranti peranti yang tamat tempoh jaminan mereka ketika Perintah Kawalan P...
Pkp Fasa Kedua Tamat Hari Ini Sambung Fasa Ketiga Esok

Pkp Fasa Kedua Tamat Hari Ini Sambung Fasa Ketiga Esok

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 425 hits
Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 1 April lepas berakhir hari ini dan esok bakal menyaksikan arahan itu diteruskan dengan fasa ketiga sehingga 28 April Sepanjang PKP berkuat kuasa sasaran utama masih kekal sama iaitu untuk...
Adakah Kita Bersedia Untuk Berdisiplin Selepas Tamat Pkp Najib

Adakah Kita Bersedia Untuk Berdisiplin Selepas Tamat Pkp Najib

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 205 hits
Ramai yang tak setuju tentang langkah kerajaan untuk membenarkan kedai gunting kedai elektronik dobi dan kedai cermin mata untuk dibuka Itu saya setuju bahawa ianya boleh ditangguh dua minggu lagi kerana rambut saya belum panjang dan mata s...
Saintis Tersohor Malaysia Menggesa Kerajaan Teruskan Pkp

Saintis Tersohor Malaysia Menggesa Kerajaan Teruskan Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Saintis tersohor Malaysia Profesor Emeritus Dr Lam Sai Kit berkata data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Malaysia perlu meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan atau menyelaraskannya Sai Kit yang mencipta nama atas peny...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai