Pkp Fasa Kedua Tamat Hari Ini Sambung Fasa Ketiga Esok



Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April lepas berakhir hari ini dan esok bakal menyaksikan arahan itu diteruskan dengan fasa ketiga sehingga 28 April.

Sepanjang PKP berkuat kuasa, sasaran utama masih kekal sama iaitu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Memetik kata-kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan pelanjutan PKP untuk fasa ketiga pada Jumaat lepas, beliau mengajak rakyat agar terus bersama-sama memerangi penularan COVID-19 kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak itu dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

Beberapa sektor ekonomi terpilih turut akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan akan mengambil masa lima hari bagi memproses permohonan operasi syarikat sepanjang tempoh PKP dan sekiranya permohonan itu berjaya, surat kelulusan akan dikeluarkan oleh COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 2.0 melalui pautan laman sesawang https://application.miti.gov.my.

Walaupun PKP kini telah dilaksanakan hampir sebulan sejak ia dikuat kuasa pada 18 Mac lepas, dengan tahap pematuhan rakyat setakat ini adalah 97 peratus, namun setiap hari masih ada individu yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana kesalahan berkaitan PKP.

Dalam sidang media harian berkaitan perkembangan PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ketinggalan memaklumkan jumlah individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar PKP, selain jumlah sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia, terus meningkat.

Laporan media semalam menyatakan sebanyak 1,471 individu ditahan, dengan 949 dikenakan kompaun, 503 individu direman dan 19 individu dijamin polis, manakala 51 individu dituduh di mahkamah.

Setakat ini, situasi COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad semalam adalah 168 orang, melebihi jumlah kes positif baharu.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/pkp-fasa-kedua-tamat-hari-ini-sambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Hari Pkp Fasa Kedua

6 Hari Pkp Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 330 hits
Harini sudah 6 hari berlalu PKP Fasa 2 kat malaysia ni Sebenaqnya Kak Bee tak sangka pada tahun 2020 kita akan mengalami wabak pandemik yang dasyat ni Apakah kesan kepada kita Ekonomi pekerjaan persekolahan semua terpaksa di tangguh Semua k...
16 Individu Ditahan Hari Pertama Pkp Fasa Ketiga

16 Individu Ditahan Hari Pertama Pkp Fasa Ketiga

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 385 hits
Polis Kuala Selangor memuat naik kenyataan berhubung penahanan 16 individu melakukan kesalahan PKP fasa ketiga yang bermula semalam KUALA SELANGOR Seramai 16 individu ditahan sekitar daerah Kuala Selangor berikutan ingkar arahan Perintah Ka...
Penutupan Beberapa Laluan Ke Jambatan Kedua P Pinang Diteruskan Di Bawah Fasa Ketiga Pkp

Penutupan Beberapa Laluan Ke Jambatan Kedua P Pinang Diteruskan Di Bawah Fasa Ketiga Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 317 hits
GEORGE TOWN 14 April Penutupan beberapa laluan menghala ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan diteruskan dalam fasa ketiga penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bermul...
Pkp Fasa Ketiga Boleh Tamatkan Covid 19

Pkp Fasa Ketiga Boleh Tamatkan Covid 19

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 300 hits
PUTRAJAYA Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID 19 di Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan keyakinan itu bersandarkan kepada p...
Memasuki Fasa Ke 3 Pkp 12 Barang Dikawal Harga Mulai Esok

Memasuki Fasa Ke 3 Pkp 12 Barang Dikawal Harga Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 323 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memberitahu bahawa harga 12 jenis barang akan dikawal mulai esok Menurutnya 12 jenis barang itu termasuk ayam telur ayam minyak masak tepung gandum tomato kubis dan ik...
Samsung Malaysia Melanjutkan Jaminan Selama 30 Hari Untuk Peranti Yang Tamat Tempoh Jaminan Ketika Pkp

Samsung Malaysia Melanjutkan Jaminan Selama 30 Hari Untuk Peranti Yang Tamat Tempoh Jaminan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 480 hits
Samsung Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan melanjutkan tempoh jaminan untuk produk dibawah mereka selama 30 hari Lanjutan tempoh penggunaan ini adalah untuk peranti peranti yang tamat tempoh jaminan mereka ketika Perintah Kawalan P...
Daftar Kelahiran Anak Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat Pkp Penalti Dimansuhkan

Daftar Kelahiran Anak Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat Pkp Penalti Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 481 hits
Kelahiran anak yang disambut pada tempoh PKP ini pastinya menggusarkan ibu bapa kerana masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara Pun begitu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail...
Fasa Ketiga Pkp Bermula Tuntut Komitmen Lebih Jitu Rakyat

Fasa Ketiga Pkp Bermula Tuntut Komitmen Lebih Jitu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR 15 APRIL Hari ini bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID 19 di negara ini Sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 M...
Jika Ramai Masih Berdegil Adakah Kita Bersedia Untuk Fasa Ketiga Pkp

Jika Ramai Masih Berdegil Adakah Kita Bersedia Untuk Fasa Ketiga Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 281 hits
Hari ini cukuplah sudah 14 hari kita di dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan esok sepatutnya kita semua sudah boleh keluar seperti biasa Namun kerajaan terpaksa melanjutkannya dan tempoh ini dijangka akan terus dilanjutkan sekiranya masih ...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual