Saintis Tersohor Malaysia Menggesa Kerajaan Teruskan Pkp



KUALA LUMPUR – Saintis tersohor Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Lam Sai Kit berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Malaysia perlu meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau menyelaraskannya.

Sai Kit yang mencipta nama atas penyelidikan yang membawa kepada penemuan virus Nipah berkata, usaha PKP diperlukan untuk membantu kerajaan menjejak kumpulan jangkitan dan melakukan lebih banyak saringan.

“Jika PKP dipanjangkan, kita semua harus akur kepada keputusan kerajaan.

“Memandangkan ramai rakyat Malaysia sedang kembali ke tanah air termasuk dari Singapura, oleh itu PKP tidak harus ditamatkan begitu sahaja,”katanya kepada China Press.

Tegasnya, Malaysia mungkin akan “terjeremus” seperti Jepun dan Korea Selatan jika PKP ditamatkan secara terburu-buru.

Jelasnya, memandangkan sumber jangkitan terhad kepada beberapa kumpulan manakala jangkitan komuniti tidak tinggi, maka langkah pencegahan yang diambil boleh dikatakan berkesan.

“Langkah-langkah ini termasuk melakukan  jarak sosial, penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan, pemakaian penutup mulut di tempat awam, penutupan sekolah dan perkhidmatan kurang penting, kerja dari rumah dan larangan berhimpun,” katanya.

Akademi Perubatan Malaysia turut menyaran supaya PKP dilanjutkan supaya usaha sebelum ini tidak menjadi sia-sia.

Akademi tersebut memberi amaran mengenai perayaan penting seperti Aidilfitri dan Pesta Menuai di Sabah dan Sarawak yang akan melibatkan perhimpunan dan kunjung-mengunjung, sekali gus meningkatkan risiko penularan penyakit.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye ketika dihubungi China Press pula berkata, kerajaan boleh melonggarkan kawalan secara berperingkat mengikut perkhidmatan dan tempat.

Katanya, kelonggaran boleh diberikan kepada perkhidmatan kurang berisiko seperti bengkel kereta, kilang kecil dan kedai barangan logam yang kurang berisiko kerana tidak banyak orang yang berkumpul.

“Sebelum dibenarkan beroperasi, mereka kena mengambil langkah-langkah pencegahan seperti saringan suhu pekerja, menjarak diri semasa bertugas, dan melakukan pembasmian kuman di tempat kerja.

“Pelanggan yang berkunjung juga harus didaftarkan,”katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/saintis-tersohor-malaysia-gesa-kkm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Zoo Negara Terima Rm1 3 Juta Dari Kerajaan Pusat

Pkp Zoo Negara Terima Rm1 3 Juta Dari Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 396 hits
SEMUA pihak terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan bermula 18 Mac lalu dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID 19 Antara organisasi yang terkena tempias PKP ialah Zoo Negara yang mana pendapatan d...
Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 525 hits
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengurangan levi untuk pekerja asing sebanyak 25 kepada semua syarikat yang permit pekerjanya tamat pada April hingga Jun 2020 PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata kerajaan perlu me...
Majlis Setiausaha Ph Cadang Kerajaan Beri Kelonggaran Pkp Zon Hijau

Majlis Setiausaha Ph Cadang Kerajaan Beri Kelonggaran Pkp Zon Hijau

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dicadang melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut zon status jangkitan pandemik koronavirus dikategorikan sebagai zon hijau bagi membolehkan rakyat kembali menjalankan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan s...
Kerajaan Digesa Benarkan Rakyat Malaysia Kembali Bekerja

Kerajaan Digesa Benarkan Rakyat Malaysia Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 326 hits
KERAJAAN Persekutuan digesa untuk membenarkan rakyat Malaysia kembali bekerja secepat mungkin sebagai usaha untuk menangani impak ekonomi daripada Perintah Kawalan Pergerakan Dalam kenyataan hari ini Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Me...
Dr Teo Kok Seong Gesa Kerajaan Letak Komando Barisan Hadapan Supaya Pkp Lebih Produktif

Dr Teo Kok Seong Gesa Kerajaan Letak Komando Barisan Hadapan Supaya Pkp Lebih Produktif

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 431 hits
Pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berterusan oleh segelintir individu menyaksikan trend sikap rakyat Malaysia yang semakin terlalu individualistik Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan tindakan tegas oleh poli...
Kerajaan Umno Sudah Lama Melindungi Amalan Gay Di Malaysia

Kerajaan Umno Sudah Lama Melindungi Amalan Gay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 294 hits
KERAJAAN UMNO DAH LAMA SOKONG AMALAN HOMOSEKS DI MALAYSIA Kalau kita ingat selama mana kita hidup golongan pondan diberikan banyak kebebasan dan pengiktirafan utk beroperasi di Malaysia Pelacuran Pondan tidak pernah dihentikan oleh UMNO dan...
Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 686 hits
KERAJAAN perlu memberi keutamaan kepada kumpulan bekerja sendiri dalam apa juga tindakan dan pemberian bantuan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan berkata kerajaan perlu menyesuaikan tindakan b...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025

7 Drama China Tentang Game Terbaik Rating Tertinggi