Pengkhianat Alam Sekitar Lima Lelaki Didakwa Sebabkan Pencemaran Sungai


 
Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, baru-baru ini.
Empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik ialah Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60.
Seorang lagi tertuduh ialah pengurus bengkel tersebut Ho Voon Leong, 59.
Mereka kemudian mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan hakim Syafeera Mohd Said.
Untuk pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang, antara 2 dan 3 Sept lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan peguam, mahkamah tidak membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Okt.
Pada 3 Sept lepas, berlaku pencemaran minyak dari kilang berkenaan yang telah menyebabkan empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan kira-kira lima juta pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang.
– Bernama
The post Pengkhianat Alam Sekitar: Lima lelaki didakwa sebabkan pencemaran sungai appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/15/pengkhianat-alam-sekitar-lima-lelaki-didakwa-sebabkan-pencemaran-sungai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarik Lesen Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai

Tarik Lesen Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 410 hits
Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia menyeru Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan tegas dengan menutup kilang yang menyebabkan berlaku pencemaran di sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Ketua Dewan Pemudanya Shahir Adnan berkata tindak...
Lima Suspek Cemar Sungai Gong Didakwa Esok

Lima Suspek Cemar Sungai Gong Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 337 hits
SHAH ALAM 14 SEPT Lima individu yang dikaitkan dengan insiden pencemaran bau di Sungai Gong Rawang awal bulan lalu didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang esok Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kertas siasatan ...
Pencemaran Sungai Gong Menyusahkan Rakyat Agong

Pencemaran Sungai Gong Menyusahkan Rakyat Agong

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 442 hits
M Update 8 9 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong di Rawang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menyusahkan jutaan rakyat di Lembah Klang Titah baginda...
Pencemaran Sungai Gong Pdrm Pertimbang Siasat Ikut Sosma

Pencemaran Sungai Gong Pdrm Pertimbang Siasat Ikut Sosma

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 318 hits
CHERAS Polis Diraja Malaysia sedang mempertimbang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran di Sungai Gong sebagai jenayah terancang yang membolehkan ia disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid ...
Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Ramai pihak menyifatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air lemah dan lembap dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan air di negara kita Setiap kali berlaku pencemaran ada sahaja alasan yang diberi dan kerapkali pula men...
Kes Pencemaran Sungai Selangor Bulan April Kerajaan Pn Senyap

Kes Pencemaran Sungai Selangor Bulan April Kerajaan Pn Senyap

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 401 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini mendedahkan tiada tindakan diambil peguam negara selepas kerajaan negeri selesai siasat kes pencemaran air pada April Beliau memaklumkan hal itu kepada pemberita ketika menjelaskan bidang kuasa...
Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 226 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira kira lima juta...
Kecuaian Exco Alam Sekitar Punca Selangor Tiada Air

Kecuaian Exco Alam Sekitar Punca Selangor Tiada Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 367 hits
APA erti Hari Kebangsaan sekiranya negara yang bebas ini masih dibelenggu dengan masalah masalah remeh akibat daripada pentadbir yang dungu yang diberi amanah namun tidak mengambil peduli alpa dan cuai Sikap sikap ini menyebabkan hampir sel...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Char Kuew Teow Udang

Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim