Kecuaian Exco Alam Sekitar Punca Selangor Tiada Air



APA erti Hari Kebangsaan sekiranya negara yang bebas ini masih dibelenggu dengan masalah-masalah remeh akibat daripada pentadbir yang dungu, yang diberi amanah namun tidak mengambil peduli, alpa dan cuai.

Sikap-sikap ini menyebabkan hampir seluruh negeri Selangor sekali lagi berdepan dengan masalah terjejas bekalan air, yang berpunca daripada pencemaran Sungai Selangor oleh sebuah kilang.

Sebelum ini, kilang terbabit pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama, tetapi masih mengulangi perkara tersebut.


2. Hari ini, 4 September 2020, hampir seluruh negeri Selangor terpaksa menanggung kerugian berlipat kali ganda berbanding bayaran kompaun yang tidak seberapa, yang dikenakan ke atas kilang degil tersebut.

Kes ini menyebabkan ratusan kilang dan kedai di negeri Selangor terjejas atas keangkuhan bodoh pengusaha kilang, yang tidak mengambil peduli langsung soal kebersihan alam sekitar dan orang ramai.

Tindakan itu juga mengakibatkan tumpahan sisa minyak dan telah menjejaskan bekalan air kepada 1.2 juta penduduk Selangor sehingga tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

3. Exco Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, kilang itu gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke dalam sungai.

Meskipun kilang ini telah pun diarah ditutup sementara menunggu keputusan siasatan, perkara yang menjadi masalah sekarang ialah siapakah yang akan menanggung kos kerugian kilang dan premis yang terjejas pengeluaran dan perniagaan mereka, yang juga menjejaskan kehidupan orang ramai?

4. Kegagalan pihak kerajaan negeri memantau secara rapi dari semasa ke semasa sepatutnya dilakukan oleh LUAS bersama agensi berkaitan.

Ianya bagi memastikan pencemaran bau dapat dikawal dari awal lagi dan perkara ini sangat mendukacitakan.

Exco Alam Sekitar patut dipecat dan diminta membayar segala ganti rugi yang ditanggung oleh orang ramai yang terjejas.

Ini gara-gara sikap malas Exco terbabit dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

5. Alasan Loy Sian sekadar membuat kenyataan kononnya beliau kesal dengan sikap pengusaha kilang, dengan mengatakan tahap kesedaran serta rasa tanggungjawab pengusaha kilang masih rendah, apabila ada sesetengah pihak mengambil jalan mudah membuang sisa di dalam sungai.

Ini adalah alasan retorik bagi menuding jari kepada pihak lain, padahal beliau yang berperanan sebagai Exco Alam Sekitar perlu bertanggungjawab atas perkara ini.

6. Sikap malas beliau itu telah pun menyebabkan tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian ini dan siapa pula yang patut membayar ganti rugi yang membabitkan jutaan ringgit berikutan urus niaga harian para peniaga terjejas?

7. MUAFAKAT memandang serius hal yang membabitkan ekosistem alam sekitar dan kesihatan rakyat umumnya.

Kami tidak mahu memutar belit isu politik yang sama seperti yang berlaku di Johor pada Mac tahun lalu.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang menyebabkan lebih 4,000 orang jatuh sakit serta penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, kini dimainkan di negeri Selangor pula.

8. Rakyat hari ini perlu peka dan bijak dalam memilih kerajaan, jangan lagi memilih kerajaan yang hanya pandai bercakap tetapi apabila memegang kuasa, mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Kerajaan seperti ini hanya pandai melalak mencari kesalahan orang lain, padahal diri sendiri jauh lebih teruk apabila diberi amanah.

9. Justeru, adalah bijak jika Menteri Besar memecat mereka yang gagal ini daripada berterusan menjadi beban kegagalan menerajui negeri yang dimenangi.

Undang-undang untuk tidak mendirikan kilang di sepanjang pinggiran sungai di seluruh negeri Selangor perlu digubal

Apa yang menghairankan, negara Singapura yang bergantung air dari negara kita tidak pernah sekalipun mengalami pencemaran air sejak ia keluar dari Malaysia, mengapa? Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA
#Sumber :  IsmaWeb  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/kecuaian-exco-alam-sekitar-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Charles Santiago Cermin Diri Terlebih Dahulu Sebelum Desak Menteri Air Dan Alam Sekitar Letak Jawatan

Mp Charles Santiago Cermin Diri Terlebih Dahulu Sebelum Desak Menteri Air Dan Alam Sekitar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 469 hits
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor meminta YB Charles Santiago cermin diri terlebih dahulu sebelum menuding kesalahan dan meminta YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Air dan Alam Sekitar meletakkan jawatan jika gagal mengambil tind...
Krisis Air Mb Selangor Exco Perlu Letak Jawatan

Krisis Air Mb Selangor Exco Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 355 hits
BANGI 17 Muharram 1442H Sabtu Menteri Besar Selangor dan Exco digesa meletakkan jawatan atas kegagalan menguruskan krisis air di negeri ini Ketua Angkatan Pemuda Pemudi Berjasa Hazwan Mohamad berkata jutaan rakyat Selangor mengimpikan kepim...
Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

Menteri Alam Sekitar Dan Air Lemah Dan Lembap Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR 5 SEPT Ramai pihak menyifatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air lemah dan lembap dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan air di negara kita Setiap kali berlaku pencemaran ada sahaja alasan yang diberi dan kerapkali pula men...
Peguam Negara Dedahkan Penipuan Mb Selangor Berkaitan Isu Air

Peguam Negara Dedahkan Penipuan Mb Selangor Berkaitan Isu Air

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 778 hits
Gangguan bekalan air di Selangor di Selangor bukanlah satu isu yang terpencil dan baharu Malah penduduk Selangor sendiri sudah merasa bosan dengan keadaan gangguan bekalan air yang terlalu kerap mengganggu kehidupan mereka Ia berlaku secara...
Jangan Terkejut Jika Pkr Tumbang Di Selangor Kerana Air

Jangan Terkejut Jika Pkr Tumbang Di Selangor Kerana Air

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 365 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYA Apabila berlakunya isu gangguan bekalan air di Selangor teringat pula kepada sosok bernama Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan bertuala mandi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor Selepas beberapa tahun lalu vid...
Berita Video Air Selangor Selesai 4 Hari Air Kelantan 40 Tahun

Berita Video Air Selangor Selesai 4 Hari Air Kelantan 40 Tahun

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 347 hits
Menurut beliau Pemuda AMANAH menyambut baik saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk melakukan pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor dengan meningkatkan denda kepada nilai RM1 juta pada sesi Sidang Dewan Undangan N...
Betapa Licik Ultra Kiasu Di Sebalik Isu Musang King Sjkc Pencemaran Air Selangor

Betapa Licik Ultra Kiasu Di Sebalik Isu Musang King Sjkc Pencemaran Air Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 473 hits
Sifat Melayu bila senang raikan orang lain Bila susah baru cari bangsa sendiri BERSATUNYA ultra kiasu dalam mempertahankan musang king SJKC dan pencemaran air Selangor Kita bagaimana Berpecah tak habis Berikan satu contoh semua politik Mela...
Air Selangor Water Supply To Kuala Lumpur Selangor Fully Restored

Air Selangor Water Supply To Kuala Lumpur Selangor Fully Restored

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 327 hits
Elina said water supply to Shah Alam Petaling Kuala Langat Hulu Selangor Kuala Selangor Gombak and Kuala Lumpur has been fully restored Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Sept 9 The unscheduled water supply disruption in seven regions in ...
Air Selangor Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini

Air Selangor Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 373 hits
Setakat 6 30 pagi tadi sebanyak 948 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada gangguan air susulan pemberhentian operasi di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 2 3 dan Rantau Panjang kata Air Selangor Sementara itu sebanyak 344 kawasan ma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket