Tarik Lesen Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai


Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia (DPIM) menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas dengan menutup kilang yang menyebabkan berlaku pencemaran di sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor.
Ketua Dewan Pemudanya, Shahir Adnan berkata, tindakan menarik balik lesen operasi kilang terbabit juga wajar diambil, agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.
Beliau menegaskan, pihak yang merosakkan sungai seakan tidak mempedulikan tindakan undang-undang, yang mungkin kerana terlalu ringan bagi mereka atau tiada penguatkuasaan ketat oleh pihak PBT.

Katanya, penutupan kilang selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan kerja pembersihan serta notis amaran dilihat gagal membendung masalah itu.
“Tindakan lebih keras wajar dikenakan agar tidak berulang,” tegas beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Media semalam melaporkan, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) Elina Baseri dilaporkan berkata, gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat LRA Sungai Selangir Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihentikan bertugas akibat pencemaran.
Menurut Shahir, pengurusan Air Selangor telah memaklumkan LRA itu belum dapat beroperasi lagi sehingga jam 6.30 pagi ini.

Ini berikutan pencemaran masih dikesan di muka sauk loji yang kini berada pada tahap satu ton, berbanding semalam pada dua ton.
“Untuk makluman, LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap kosong ton.
“Penutupan LRA itu disebabkan berlaku pencemaran air mentah disyaki berpunca daripada tindakan premis perindustrian di kawasan Sungai Gong.
“Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan dari kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gong yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya.
Akibatnya, ujar beliau, sungai menjadi mangsa dan 1.2 juta pemegang akaun wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), menyatakan komitmennya untuk memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat agar faham bahawa pencemaran di muka sauk itu hampir keseluruhannya disebabkan oleh kilang komersial.
Kata Shahir, syarikat air terpaksa menutup LRA demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat agar tiada kes yang tidak diingini berlaku akibat minum air tercemar.
“Kelestarian antara pembangunan di negeri Selangor dan menjaga alam sekitar adalah penting demi kesejahteraan rakyat dan memperkasakan ekonomi di Selangor.
“Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan www.airselangor.com.
“Rakyat dinasihatkan untuk menghubungi operator air masing-masing atau mengemukakan aduan kepada [email protected]. – MalaysiaGazette
The post Tarik lesen kilang sebabkan pencemaran sungai appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/04/tarik-lesen-kilang-sebabkan-pencemaran-sungai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gangguan Air Pbt Digesa Tarik Lesen Kilang Cemar Sungai Selangor

Gangguan Air Pbt Digesa Tarik Lesen Kilang Cemar Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 600 hits
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor mengambil sampel air Sungai Selangor untuk menjalankan ujian bau susulan pencemaran di 4 LRA sejak pagi semalam PETALING JAYA Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna di bawah Suruhanjaya Perkhi...
Pencemaran Sungai Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Polis

Pencemaran Sungai Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 431 hits
Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ...
Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Reman Disyaki Punca Pencemaran Bau Sungai

Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan Reman Disyaki Punca Pencemaran Bau Sungai

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 621 hits
Seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa berdepan detik sukar apabila mereka terputus bekalan air akibat pencemaran bau yang berlaku di sungai utama Sungai Gong Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pencem...
Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

Pencemaran Bau Sungai Gong Empat Beradik Pemilik Kilang Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 694 hits
KUALA LUMPUR 5 Sept Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur ling...
Kilang Haram Punca Pencemaran Sungai Sudah Beroperasi 6 Tahun

Kilang Haram Punca Pencemaran Sungai Sudah Beroperasi 6 Tahun

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 357 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Punca beberapa kawasan di Selangor tidak mempunyai air adalah kerana pencemaran yang dilakukan oleh kilang haram ini Yang lebih mengejutkan kilang haram ini telah bertapak dan beroperasi selama 6 tahun 6...
Pencemaran Sungai Gong 4 Beradik Pemilik Kilang Ditahan

Pencemaran Sungai Gong 4 Beradik Pemilik Kilang Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong Rawang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata semua suspek berusia lingkungan 50...
Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan dimulakan ke atas isu pencemaran air Sungai Gong Rawang Siasatan dibuat bagi meneliti unsur unsur rasuah melibatkan mana mana pihak termasuk agensi penguat kuasa SPRM...
Kes Pencemaran Sungai Selangor Bulan April Kerajaan Pn Senyap

Kes Pencemaran Sungai Selangor Bulan April Kerajaan Pn Senyap

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 445 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini mendedahkan tiada tindakan diambil peguam negara selepas kerajaan negeri selesai siasat kes pencemaran air pada April Beliau memaklumkan hal itu kepada pemberita ketika menjelaskan bidang kuasa...
Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 274 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira kira lima juta...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025