Pengarah Syarikat Tandatangani Surat Rayuan Kepada Ku Nan Saksi


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong telah menandatangani surat rayuan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mempertimbangkan perintah cadangan pembangunan pangsapuri di Jalan Bakti, Bandar Tun Razak, Mukim Kuala Lumpur.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Yushanizar Md Yusoff ketika membacakan penyataan saksi berkata merujuk kepada surat itu beliau mengesahkan Tengku Adnan telah menerima surat permohonan dari syarikat berkenaan mengenai cadangan pembangunan 1,208 unit pangsapuri di atas Lot 53427 dan 53653, Jalan Bakti, Bandar Tun Razak.

Loading… Beliau yang berkhidmat di DBKL sejak April 2004 sehingga kini berkata, berdasarkan kepada surat daripada syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, pihak syarikat berkenaan merayu kepada Tengku Adnan untuk mempertimbangkan perintah cadangan pembangunan itu.
Kata Mohd Yushanizar, rayuan untuk mempertimbangkan perkara berkenaan antaranya disebabkan 120 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di fasa satu akan dijual dengan harga RM150,000.
“Untuk selebihnya iaitu 484 unit (80 peratus) akan dijual dengan harga di bawah RM200,000 sebagai Rumah Mampu Milik dan untuk fasa kedua, unit pangsapuri harga bebas akan dijual di bawah harga pasaran semasa,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Firdaous Mohamed Idris pada hari keempat perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), setelah menerima surat permohonan Aset Kayamas Sdn Bhd, beliau kemudian menyediakan surat iringan Pejabat Menteri kepada pihak yang berkaitan iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan terhadap minit arahan yang dinyatakan di atas surat permohonan syarikat itu bertarikh 20 April 2015.

“Saya sahkan, saya telah menurunkan tandatangan saya sendiri pada surat ini sebagai pegawai khas teknikal DBKL kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Tengku Adnan).
“Seterusnya, saya akan membuat semakan susulan ke atas minit arahan yang dibuat oleh menteri (Tengku Adnan) contohnya mengambil maklum mengenai mesyuarat Pusat Setempat (OSC) akan diadakan dan memaklumkan perkara itu kepada menteri,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/pengarah-syarikat-tandatangani-surat-rayuan-kepada-ku-nan-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persek...
Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 630 hits
Apa lagi yang menarik mengenai perbicaraan Bendahari Umno Teuku Adnan hari ini Ini dia Syarikat Ku Nan Tadmansori Holdings menerima RM2 JUTA menerusi satu cek dari seorang towkay CINA Syarikat Tadmansori ini mempunyai modal RM100 JUTA Sebah...
Ku Nan Dahulukan Wang Sendiri Hingga Rm300k Sebulan Untuk Kegunaan Umno Kata Saksi

Ku Nan Dahulukan Wang Sendiri Hingga Rm300k Sebulan Untuk Kegunaan Umno Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sering mendahulukan wang miliknya hampir RM300 000 sebulan untu...
Gaji Ku Nan Rm14 907 20 Sebulan Saksi

Gaji Ku Nan Rm14 907 20 Sebulan Saksi

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 216 hits
02 Julai 2019 5 40 PM KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji sebanya
Chai Arah Saya Bayar Rm2j Kepada Syarikat Berkait Ku Nan

Chai Arah Saya Bayar Rm2j Kepada Syarikat Berkait Ku Nan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 195 hits
Pengurus kewangan sebuah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong mengarahkannya membuat bayaran RM2 juta kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd syarikat yang Tengku Adnan Tengku ...
Rosmah Tarik Balik Rayuan Kes Projek Solar

Rosmah Tarik Balik Rayuan Kes Projek Solar

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 184 hits
Rosmah Mansor hari ini menarik balik dua rayuannya di Mahkamah Rayuan berkaitan pemindahan kes rasuahnya yang pertama melibatkan projek sistem tenaga solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak ke Mahkamah Tinggi lain untuk dibicarakan...
Terengganu Fc Hairan Mfl Diam Isu Rayuan Import

Terengganu Fc Hairan Mfl Diam Isu Rayuan Import

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 568 hits
TERENGGANU FC boleh diibaratkan menanti buah yang tidak gugur selepas Liga Bola Sepak Malaysia masih belum memberi jawapan berhubung rayuan skuad itu untuk mendaftar pemain import yang sudah mempunyai Sijil Perpindahan Antarabangsa di negar...
Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum Esok

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum Esok

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 295 hits
Bernama Jun 25 2019Hebahan keputusan itu bermula 12 tengah hari sehingga 11 59 malam 2 Julai melalui saluran di UPUPocket2 0 dan beberapa laman iaitu http jpt umt edu my http jpt ums edu my https jpt unimas my https jpt utm my dan http jpt ...
Pembagian Surat Dalam Al Quran

Pembagian Surat Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 337 hits
Pembagian Surat dalam al Quran Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Dilihat dari panjang pendeknya surat dalam al Quran dibagi menjadi 4 1 Surat at Thiwal Dari kata thawil yang artinya panjang Surat at Thiwal adalah sura...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi