Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum Esok


Bernama |  Jun 25, 2019
Hebahan keputusan itu bermula 12 tengah hari sehingga 11.59 malam 2 Julai melalui saluran di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; dan http://jpt.uum.edu.my


PUTRAJAYA: Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan esok, kata Kementerian Pendidikan.

Hebahan keputusan itu bermula 12 tengah hari sehingga 11.59 malam 2 Julai melalui saluran di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; dan http://jpt.uum.edu.my.

Semakan status permohonan rayuan juga boleh didapati melalui perkhidmatan penghantaran SMS ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan, menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini

Kementerian Pendidikan berkata 24,683 pemohon lepasan SPM telah mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline ke UA.

Permohonan rayuan UPUOnline sesi akademik 2019/2020 itu diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKPJPT) dan dibuka pada 5-10 Mei, katanya.

Kementerian Pendidikan berkata dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di UA.

"Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA dan semua calon berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Kementerian Pendidikan berkata tiada lagi rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline selepas tarikh hebahan keputusan permohonan rayuan diumumkan.

"Tawaran tempat adalah muktamad serta sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan," katanya.

Kaunter khidmat runding BPKPJPT untuk cara permohonan kemasukan UA, politeknik, kolej komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka di Kementerian Pendidikan, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya mulai esok (26 Jun) bermula 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu dan hari bekerja sahaja) sehingga 2 Julai bagi memudahkan pemohon membuat semakan keputusan permohonan rayuan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Kemudahan hotline BPKPJPT 03-88708200 turut disediakan pada waktu dan hari bekerja sahaja untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. - BERNAMA
Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-rayuan-ke-universiti-awam-diumum-esok-210980






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.jommasukkolej.com/2019/07/keputusan-rayuan-ke-universiti-awam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+JomMasukKolej+(Jom+Masuk+Kolej)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 353 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kpm Tidak Jamin Graduan Universiti Awam Jadi Guru

Kpm Tidak Jamin Graduan Universiti Awam Jadi Guru

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Lebih 6 500 graduan pendidikan universiti awam yang masih menganggur tidak dijamin diserap menjadi guru di sekolah kerajaan kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching Katanya ia berikutan jumlah itu melebihi kekosongan sedi...
Singapura Kaji Prosedur Pemberitahuan Keputusan Rayuan Pengampuan

Singapura Kaji Prosedur Pemberitahuan Keputusan Rayuan Pengampuan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 232 hits
Singapura kaji prosedur pemberitahuan keputusan rayuan pengampuan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2019 1
Kerajaan Biol Bukan Penjawat Awam Tidak Perlu Isytihar Harta

Kerajaan Biol Bukan Penjawat Awam Tidak Perlu Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 420 hits
oleh Ab Jalil Backer Kerajaan ini sudah makin biol Apa keperluan minta Ahli Parlimen isytihar harta Harta wakil rakyat yang tidak menjadi penjawat awam adalah hak peribadi Kerajaan tidak seharusnya menceroboh privasi rakyat sesuka hati Mere...
Ruu Perhimpunan Awam 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

Ruu Perhimpunan Awam 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Perhimpunan Aman 2019 bertujuan menjadikan antara lain protes jalanan bukan lagi sebagai satu kesalahan diluluskan Dewan Rakyat hari ini RUU itu diluluskan dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa meliputi an...
Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Psc Sedang Kaji Tentukan Proses Pelantikan

Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Psc Sedang Kaji Tentukan Proses Pelantikan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 408 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 01 Julai 2019 Hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka Jom Isi Sekarang

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 01 Julai 2019 Hingga 15 Ogos 2019 Kini Dibuka Jom Isi Sekarang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 546 hits
Hai korang Esok dah 01 Julai pada siapa yang permohonan BSH Bantuan Sara Hidupnya hari tu gagal tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan jangan lupa buat permohonan rayuan ye Bayaran untuk fasa ke 3 bakal dibuat pada bulan Ogos ni dan seperti...
Timbang Rasa Bekerjasama Antara Penjawat Awam

Timbang Rasa Bekerjasama Antara Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 350 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Fatin Afeefa Nafi Bercumbu Di Tempat Awam

Fatin Afeefa Nafi Bercumbu Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 424 hits
Nama pelakon Fatin Afeefa nampaknya semakin hangat diperkatakan belum lagi reda dengan isu dia sekali lagi 8216 kantoi 8217 berskandal dengan suami orang kini ada pula gosip terbaru dia didakwa bercumbu di tempat awam Berita itu mula terseb...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik

Teman Acue Pergi Fitting Baju Kahwin