Ku Nan Dahulukan Wang Sendiri Hingga Rm300k Sebulan Untuk Kegunaan Umno Kata Saksi


KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sering mendahulukan wang miliknya hampir RM300,000 sebulan untuk kegunaan parti UMNO.
Datuk Mohd Rahimi Rejab, 47, yang berkhidmat selama 15 tahun sebagai setiausaha sulit kanan sebelum menamatkan perkhidmatan pada 2018 berkata Tengku Adnan yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam UMNO mendahulukan wang pada jumlah yang besar antara RM100,000 sehingga RM300,000 sebulan.

Loading… “Maybe (mungkin) lebih daripada itu (wang pendahuluan disalurkan kepada parti itu),” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili Tengku Adnan.
Saksi pendakwaan ke-10 kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan itu berkata bekas majikannya juga ada mendahulukan wang bagi kegunaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan PRK Kuala Kangsar, Perak pada Jun 2016.
“Bila orang tahu Tengku Adnan ada di pejabatnya, ramai orang akan datang…seolah-olah macam pasar ikan,” kata Mohd Rahimi ketika disoal Tan mengenai janji temu membabitkan Tengku Adnan.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Firdaous Mohamed Idris semasa pemeriksaan semula mengenai sumber mana wang pendahuluan itu diperoleh, Mohd Rahimi, yang juga ahli peniagaan menjawab, “Tidak pasti”.
“Orang politik yang nak datang jumpa Tengku Adnan akan maklumkan apa tujuan nak jumpa. Bila Tengku Adnan setuju (jumpa), baru akan masukkan dalam senarai. Kadang-kadang dia (Tengku Adnan) maklumkan pada saya dia nak ‘cash advance’ (wang pendahuluan) untuk beri sumbangan kepada pihak berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Rahimi ketika membacakan penyataan saksinya berkata berhubung dengan penjualan tanah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kebiasaannya permohonan dibuat oleh syarikat kepada menteri.
Bagaimanapun, saksi itu berkata terdapat juga keadaan di mana permohonan tersebut dibuat terus kepada Datuk Bandar dan jabatan yang berkaitan di DBKL.
“Bagi mana-mana permohonan yang dibuat kepada menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, pejabat menteri akan memanjangkan permohonan tersebut kepada jabatan yang berkaitan dalam DBKL.
“Berkenaan permohonan daripada Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, saya tidak pasti sama ada permohonan tersebut diserah sendiri kepada menteri ataupun pejabat menteri DBKL kerana saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan permohonan syarikat tersebut pada peringkat awal,” jelasnya.
Mohd Rahimi memaklumkan beliau telah menerima memo dalaman daripada Timbalan Ketua Pengarah, Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan, Datuk Zulkifli Ibrahim berkenaan Cadangan Pembelian Tanah Untuk Tujuan Pembinaan Rumah Mampu Milik Di Bawah Harga RM200,000 dan Apartment Harga Bebas Di Atas Tanah Lot 53427 dan 52653 seluas 4.05 ekar di Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan bertarikh 6 Feb 2015.
“Setelah saya menerima memo ini, saya telah memajukan memo tersebut kepada menteri (Tengku Adnan) untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan, 69, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/ku-nan-dahulukan-wang-sendiri-hingga-rm300k-sebulan-untuk-kegunaan-umno-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Ku Nan Rm14 907 20 Sebulan Saksi

Gaji Ku Nan Rm14 907 20 Sebulan Saksi

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 212 hits
02 Julai 2019 5 40 PM KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji sebanya
Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 267 hits
KALANGAN pemimpin Umno mendedahkan Najib Razak sebenarnya meminta untuk dilantik menjadi pengerusi Barisan Nasional kerana masih mahu menjadi perdana menteri Ketua Umno Padang Rengas Nazri Aziz berkata Najib bagaimanapun hanya diberikan jaw...
Lelaki Ditahan Jual Cuti Sakit Palsu Hingga Raih Rm5 000 Sebulan

Lelaki Ditahan Jual Cuti Sakit Palsu Hingga Raih Rm5 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 1520 hits
Seorang lelaki yang memperoleh keuntungan sehingga RM5 000 sebulan dengan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan polis bersama sama seorang ejennya dalam dua serbuan berasingan semalam lapor AWANI Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah AC...
Sikap Kejar Kuasa Kekayaan Dalam Umno Belum Hilang Kata Annuar

Sikap Kejar Kuasa Kekayaan Dalam Umno Belum Hilang Kata Annuar

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 204 hits
July 13 2019 5 17 PMAnnuar Musa berkata sikap mengejar kuasa dan kekayaan perlu dibuang untuk membolehkan Umno bangkit serta kembali kepada matlamat perjuangan untuk agama KUALA SELANGOR Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengakui masih ada ...
Bersatu Tak Sama Macam Umno Kata Tpm

Bersatu Tak Sama Macam Umno Kata Tpm

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 267 hits
Diterbitkan Hari ini 10 54 malam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan sama dengan parti Umno seperti yang disangkakan Menzahirkan keyakinan terhadap Bersatu Dr Wan Az...
Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 270 hits
Oleh SM AminPRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tawaran untuk parti itu menyertai Bersatu sebaliknya mendesak parti itu dan Amanah dibubarkan sekiranya tidak mahu kuasa politik Melayu terus berpecah Zahid berkata Umno tegas untuk tidak...
Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 277 hits
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad Parti Amanah Negara meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata mata bertuj...
Annuar Bersumpah Wang Dalam Akaun Umno Tiada Kaitan 1mdb

Annuar Bersumpah Wang Dalam Akaun Umno Tiada Kaitan 1mdb

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 197 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa hari ini bersumpah bahawa wang dalam akaun parti itu yang dibekukan pihak berkuasa selepas PRU ke 14 tiada kaitan dengan 1MDB Wallahi wabillahi watallahi saya boleh bersumpah bagi pihak Umno pitih yang dibe...
Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

Najib Tandatangan Draf Pindahan Src Ke Mkd Sambil Berdiri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbad...
Pemilihan Bersatu Dedah Wujud Kem Tidak Sebulu Muhyiddin

Building An Inclusive Economy

Isu Ruu Mufti Wilayah

Gisbh No Proof Of Links To Political Leaders Home Ministry Says

Pemuda Merangkak Belajar Solat Undang Sebak Dia Telah Buka Jalan Ke Pintu Syurga

Stroke Survivors Terus Dapat Preskripsi Benzodiazepin Yang Membimbangkan

Budget 2025 Looking Beyond The Material World

Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Lirik Lagu Lemah Dayang Nurfaizah

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Arghpiez Tentang Dia Chord

Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Yogurt Farm Fresh Sedap

First Look The 2025 Ktm Freeride E Electric Dirt Bike