Chai Arah Saya Bayar Rm2j Kepada Syarikat Berkait Ku Nan


Pengurus kewangan sebuah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong mengarahkannya membuat bayaran RM2 juta kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd, syarikat yang Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai saham terbesar.
Lai Vui Kiong, 59, yang bekerja di Syarikat Sinerjuta Sdn Bhd dari 2013 hingga 2016 milik Chai, berkata beliau tidak mengetahui tujuan baucar bayaran itu dibuat dan tidak pasti sama ada syarikat Tadmansori Holdings mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan Aset Kayamas.

Loading… “Syarikat ini (Tadmansori Holdings) bukanlah syarikat yang kerap kali untuk dibuat bayaran bulanan,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ke-6 perbicaraan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan yang merupakan bekas menteri Wilayah Persekutuan.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata setelah menerima arahan daripada Chai, beliau kemudian menyemak akaun bank Aset Kayamas di Bank Hong Leong dan mendapati baki wang dalam bank itu mencukupi untuk membuat bayaran tersebut.Iklan
“Setelah menyemak payment voucher (baucar pembayaran) tersebut, saya berpuas hati dan saya telah serahkan kepada Tan Sri Chai Kin Kong untuk diluluskan,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Firdaous Mohamed Idris.
Lai yang antaranya bertanggungjawab memantau kedudukan kewangan semua syarikat pembinaan milik Chai, seterusnya mengesahkan bahawa tandatangan di bahagian ‘verified by‘ (disahkan oleh) pada baucar bayaran berkenaan adalah tandatangan ringkas miliknya, namun beliau tidak ingat siapa yang menyediakan dokumen itu.
“Tandatangan ringkas pada bahagian ‘prepared by‘ (disediakan oleh) saya pernah lihat sebelum ini dan tandatangan pada approved by (diluluskan oleh) adalah milik Tan Sri Chai Kin Kong,” katanya.
Ketika ditanya peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan semasa pemeriksaan balas, sama ada saksi itu mengetahui Chai menggunakan RM2 juta tersebut untuk sumbangan politik, Lai menjawab: “Saya tidak tahu”.
“Bila kamu terima arahan (buat bayaran RM2 juta) daripada Tan Sri (Chai), ada tanya tak tujuan bayaran tersebut,” tanya Tan.
“Saya tidak tanya Tan Sri untuk apa,” jawab Lai.
Lai turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada butiran pada baucar bayaran untuk cek RM2 juta itu.
Disoal Mohammad Firdaous semasa pemeriksaan semula, mengapa ada pengecualian butiran dalam baucar bayaran untuk RM2 juta itu, Lai menjawab: “Ini arahan daripada bos (Chai)”.
Mohammad Firdaous: Mengapa tidak dinyatakan butiran di dalam baucer bayaran, adakah tiada hubungan perniagaan antara Tadmansori Holdings dengan Aset Kayamas?
Lai: Tiada dokumen sokongan diserahkan kepada kami.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Selasa.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/chai-arah-saya-bayar-rm2j-kepada-syarikat-berkait-ku-nan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sir Jony Ive Dilaporkan Hilang Semangat Dengan Arah Tuju Apple Sebelum Meninggalkan Syarikat

Sir Jony Ive Dilaporkan Hilang Semangat Dengan Arah Tuju Apple Sebelum Meninggalkan Syarikat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 232 hits
Berita selepas bertugas hampir tiga dekad adalah antara berita palingan hangat minggu lalu Beliau kini dilihat sebagai antara pereka paling berpengaruh dalam sejarah kerana menghasilkan iPhone iPad iPod iMac MacBook dan banyak lagi produk y...
Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 644 hits
Apa lagi yang menarik mengenai perbicaraan Bendahari Umno Teuku Adnan hari ini Ini dia Syarikat Ku Nan Tadmansori Holdings menerima RM2 JUTA menerusi satu cek dari seorang towkay CINA Syarikat Tadmansori ini mempunyai modal RM100 JUTA Sebah...
Saksi Sahkan Beri Rm2j Pada Ku Nan

Saksi Sahkan Beri Rm2j Pada Ku Nan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 145 hits
Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong hari ini mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah meminta sumbangan daripada beliau adalah untuk dana politik Chai 60 memberitahu Mahkamah T...
Pengarah Syarikat Tandatangani Surat Rayuan Kepada Ku Nan Saksi

Pengarah Syarikat Tandatangani Surat Rayuan Kepada Ku Nan Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Tan Sri Chai Kin Kong telah menandatangani surat rayuan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mempe...
Ramalan Optimis Untuk Pasaran Buruh Amerika Syarikat Menyokong Dolar As Euro Dan Pound Di Bawah Tekanan

Ramalan Optimis Untuk Pasaran Buruh Amerika Syarikat Menyokong Dolar As Euro Dan Pound Di Bawah Tekanan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 459 hits
Selepas indeks ISM mencatatkan bacaan lemah menunjukkan kelembapan berterusan dalam ekonomi AS tumpuan pasaran hari ini adalah pada laporan pekerjaan Ini akan membentuk jangkaan untuk perubahan dalam dasar kewangan Fed pada mesyuarat seteru...
Kemasukan Syarikat Penerbangan Global Malaysia Berpotensi Menjadi Destinasi Lumayan

Kemasukan Syarikat Penerbangan Global Malaysia Berpotensi Menjadi Destinasi Lumayan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 355 hits
JohorTimes Semoga peluang untuk orang Islam terbuka lebih luas jangan anggap orang kafir lebih baik dari orang Islam Buka peluang kepada orang Islam yang baik bukan kepada orang Islam serupa Syaitan Orang Islam wajib berniaga untuk membantu...
Syarikat Teknologi China Huawei Bakal Lawat Perpustakaan Digital Pulau Pinang

Syarikat Teknologi China Huawei Bakal Lawat Perpustakaan Digital Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 278 hits
GEORGE TOWN 6 Julai Syarikat teknologi utama China Huawei bakal mengadakan lawatan ke Perpustakaan Digital Pulau Pinang untuk menerokai peluang pelaburan dalam bidang teknologi Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata PDL merupakan satu satuny...
Syarikat Nazhafah Barakah Syarikat Muslim Pembekal Ikan Bilis Tempatan

Syarikat Nazhafah Barakah Syarikat Muslim Pembekal Ikan Bilis Tempatan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 1005 hits
IKAN BILIS TEMPATAN Pernah cuba tak ikan bilis Tanjung Dawai Merbok Kedah Syarikat Nazhafah Barakah memasarkan secara online ikan bilis yang suci bersih sedap rapuh dan rangup Jaminan pulang wang dan barang andai ikan bilis yang di jual tid...
Syarikat Jepun Bagi Cuti Enam Hari Pekerja Tak Merokok

Syarikat Jepun Bagi Cuti Enam Hari Pekerja Tak Merokok

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 305 hits
Merokok merupakan tabiat segelintir daripada kita yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas Pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk menangani masalah ini Namun sehingga sekarang perkara tersebut seperti su...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Canon Repair


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini