Terengganu Fc Hairan Mfl Diam Isu Rayuan Import



TERENGGANU FC (TFC) boleh diibaratkan menanti buah yang tidak gugur selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum memberi jawapan berhubung rayuan skuad itu untuk mendaftar pemain import yang sudah mempunyai Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) di negara ini.

Malah lebih perit ketika aksi Liga Super berbaki empat perlawanan lagi, MFL bagaikan tidak mahu melayan permintaan pendaftaran khas daripada badan induk bola sepak negeri itu walaupun surat sudah dihantar dua minggu lalu.

Menurut sumber daripada PBSNT, sehingga hari ini tidak ada sebarang surat hitam putih daripada MFL sama ada membenarkan atau sebaliknya berhubung permohonan khas daripada PBSNT itu.

“Selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sah enggan mengeluarkan ITC kepada pemain import baru TFC, Luis Gustavo Camilo sejak dua minggu lalu, PBSNT segera menghantar permohonan kepada MFL untuk membolehkan TFC mengikat pemain import baru yang sudah ada ITC di Malaysia.

“Namun sehingga kini, PBSNT masih belum menerima surat hitam putih daripada MFL berhubung perkara itu sama ada menolak permohonan itu atau menerimanya.

“Ini kerana pemain pertahanan import diperlukan skuad TFC bagi mengharungi baki empat perlawanan Liga Super sebelum bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” kata sumber itu.

PBSNT sebelum ini menamatkan kontrak pemain kelahiran Montenegro, Igor Zonjic sehari sebelum jendela kedua perpindahan pemain ditutup pada 29 Mei lalu dengan harapan dapat mengikat Camilo yang ketika itu masih berada di Brazil.

Bagaimanapun impian skuad Penyu itu untuk menggunakan khidmat Camilo musnah apabila FIFA menolak permohonan PBSNT untuk mendapat ITC pemain itu hanya disebabkan terlewat 30 saat mengemukakan satu dokumen penting dalam sistem Pemadanan Perpindahan (TMS) sebelum ditutup.

Ironinya skuad yang kehilangan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan mengejut pada 15 Mei lalu kini gagal menggunakan khidmat pemain pertahanan import dan kini hanya ada satu lagi ‘talian hayat’ iaitu memanggil pertahanan Terengganu FC II (TFC II) kelahiran Ukraine, Serhii Andrieiev bagi memperkasakan lagi benteng skuad itu.

Mengulas lanjut, sumber itu bagaimanapun mengharapkan MFL mempertimbangkan permohonan khas PBSNT dengan kadar segera bagi membolehkan pemain import baharu diserapkan dalam skuad.

“Kita masih menunggu jawapan daripada MFL, kita harap ada berita gembira untuk kita mengikat pertahanan import baharu,” ujar sumber itu.

Sebelum ini, PBSNT menyatakan sudah ada pemain import baharu untuk menggantikan tempat Camilo dan kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada MFL. - Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/terengganu-fc-hairan-mfl-diam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Gerindra Gabung Jokowi Jk Sebut Hari Ini Berlawanan Ujungnya Bersamaan

Isu Gerindra Gabung Jokowi Jk Sebut Hari Ini Berlawanan Ujungnya Bersamaan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 272 hits
JK menilai fenomena partai oposisi bergabung dengan pemerintah sudah lumrah terjadi dan bersifat dinamis Tidak ada lawan dan kawan yang abadi Dia berkaca pada 2014 Lima tahun lalu Partai Golkar PAN PPP saat itu mendukung Prabowo Lalu berbal...
Patahkan Isu Putus Prilly Latuconsina Genggam Erat Tangan Maxime Bouttier

Patahkan Isu Putus Prilly Latuconsina Genggam Erat Tangan Maxime Bouttier

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 344 hits
Prilly Latuconsina dan Maxime Bouttier patahkan isu putusnya hubungan mereka
Desakan Letak Jawatan Isu Moral Mahathir Yang Sekarang Bukan Mahathir Yang Dulu

Desakan Letak Jawatan Isu Moral Mahathir Yang Sekarang Bukan Mahathir Yang Dulu

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 843 hits
Mahathir yang sekarang bukan Mahathir yang dulu Pemerhati Politik Azizi Safar berkata kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada keperluan untuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan kerana skand...
Bersama Snapchat Perancangan Masa Hadapan Kelebihan Berbanding Instagram Isu Kualiti Di Android

Bersama Snapchat Perancangan Masa Hadapan Kelebihan Berbanding Instagram Isu Kualiti Di Android

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 280 hits
Snapchat merupakan sebuah platform yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video sementara dalam tempoh 24 jam Sebelum wujudnya Instagram Stories Snapchat terlebih dahulu telah mempopularkan perkongsian Stories ini sehingga ia turut ...
Antasari Azhar Khawatir Isu Polisi Taliban Dan India Dihembuskan Orang Tak Suka Kpk

Antasari Azhar Khawatir Isu Polisi Taliban Dan India Dihembuskan Orang Tak Suka Kpk

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 660 hits
Mantan Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Antasari Azhar angkat bicara mengenai isu yang berkembang di internal KPK Isu itu pertama kali dimunculkan Direktur Eksekutif Indonesia Police Watch Neta S Pane
Kematian Seorang Pria Muslim Jadi Pertanda Isu Sektarian Masih Menghantui India

Kematian Seorang Pria Muslim Jadi Pertanda Isu Sektarian Masih Menghantui India

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 396 hits
Pemukulan yang terjadi di Distrik Seraikela Kharsawan sebelah timur Negara Bagian Jharkhand itu bisa terlihat berlangsung cukup lama karena sebagian cuplikan memperlihatkan terjadi pada siang hari dan di bagian terjadi pada malam hari
Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 701 hits
Susulan video yang viral mengenai seorang pelajar didakwa dirotan kerana memanggil seorang guru dengan gelaran pondan mendapat perhatian menteri pendidikan sebelum ini dijangka bakal berakhir Gara gara tidak puas hati dengan cikgu yang mero...
Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1229 hits
Baru baru ini tular kes seorang pelajar perempuan yang dirotan cikgu kerana memanggil cikgu tersebut ah kua atau pond n Akibat dirotan sehingga berbirat di lengan dan peha ibu pelajar tersebut menyerang guru berkenaan sambil merakam dan mem...
Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 416 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya mem...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025