Pengalaman Rumah Seram Train To Busan Di Genting Highlands
Pengalaman Rumah Seram Train To Busan Di Genting Highlands | Assalamualaikum semua.. Pernah menonton filem Train To Busan?? Seram kan.. Bayangkan kalau kita sendiri yang alami kejadian tu. Macam mana la agaknya kan. Teringin jugak nak tau kan. Kalau tengok dalam filem tu kita asyik duk komen je kan gitu la gini la, cuba jadi kan diri sendiri. Mau lari lintang pukang jugak. Betul tak? Ha, sape nak cuba pengalaman seram Train to Busan kini ia telah dibuka di Genting Highlands. Ini bukan main-main tau, sis sendiri dah rasa pengalaman masuk ke sana tempoh hari
Siapa tak tahukan mengenai filem Train To Busan kan. Filem blockbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016 yang mendapat kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta menjadikan Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia sendiri, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta. Jadi sebab itu la Resorts World Genting membawa pengalaman seram itu ke Genting Highlands di mana pengunjung terutama kaki filem seram dapat merasai sendiri pengalaman perjalanan keretapi yang dihantui dengan zombie sama seperti dalam filem tersebut
Bagi yang pernah menonton filem ini pasti tahu bahawa ia menceritakan kisah seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie di mana ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial…dan aksi lakonan hebat.’ Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan.
Ha, pasti korang semua nak tahu apa yang menarik kat dalam Train To Busan Genting Highlands ni kan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat. So, jangan terkejut kalau tiba-tiba zombie muncul depan korang.
Penggembaraan akan bermula dari pintu masuk dan melalui beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Sama seperti plot daripada filem, bermula dari Seoul di mana si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan. So, berikut antara bahagian yang kita akan lalui :
Bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu. Tetapi kereta api itu turut dijangkiti.
Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Ha, time ni mungkin kita akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan.
Jika terselamat dari kedua-dua bahagian ni, ada lagi 2 bahagian tambahan di mana ada dua kem induk yang perlu dilalui. Bagi pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus.
Fuhhh.. memang penat dan letih tau berperang dengan zombie ni. Tapi jangan risau, ada ganjaran untuk semua orang yang berjaya menghabiskan semua halangan. Ya, buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, boleh menikmati hidangan terbaik Korea dan menikmati budaya K-pop di Seoul Retail Street sebagai ganjaran. Yeahhhh... memang satu kepuasan tau.
So, sape yang nak rasai pengalaman Rumah Seram Train To Busan boleh la datang ke Genting Highlands. Actually zombie ni hantu ke ekk?? Sis confuse gak tapi yang penting dua-dua seram. Lokasinya terletak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula dari 31 Oktober 2019. Tapi bukan setiap hari tau. Ini jadual dan harga tiket Train To Busan :
Waktu Operasi:1 November hingga 1 Disember 2019Dibuka Jumaat hingga Ahad
2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020Dibuka setiap hari
Harga Tiket Train To Busan :Harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting)
Pakej kombo Rumah Seram + Pas Previu Skytropolis pada harga RM128.
Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/11/pengalaman-seram-train-to-busan-genting-highlands.html