Rasai Pengalaman Seram Mengujakan Dan Menyeronokkan Di Genting Highlands


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang baca tajuk post Maha kali ni ada 3 element yang nak Maha kongsikan kat sini semasa bergi bercuti di puncak sejuk Genting Highlands. Pertama adalah element seram yang membawa korang kepada situasi menarik dalam sebuah filem blockbuster dari Korea. Element mengujakan dengan satu mainan Virtual Reality yang tiada di tempat lain di Malaysia ini. Juga Element seronok dengan bergembira di sebuah karnival terbuka untuk orang ramai

Kalau korang nak tahu lanjut semua ini boleh baca perkongsian kat dalam post ini. Cuti sekolah pun dan dekat dan juga ibu bapa mesti tengah rancang untuk bawa anak-anak kemana. Cuba semua yang baru dan menarik ini mesti ia menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Selain daripada pelbagai makanan Halal yang sedap juga permainan yang menanti membuat rasa tak cukup kalau hanya bercuti satu malam sahaja di sana

Rumah Seram Train To Busan 
Buat peminat filem seram Korea ini mesti korang masih ingat lagi beberapa slot menarik dalam filem tersebut dimana mereka terperangkap dalam train dengan dikelilingi zombie. Begitu jugalah kat Rumah Seram Train To Busan di Genting Higlands ini. Mula-mula masuk sahaja korang dah berasa seperti suasana sebenar dalam filem tersebut. Dengan train yang terbabas serta ada beberapa ruang dalam tu yang korang kena masuk
 

Diseramkan lagi dengan kesan bunyi serta suasana yang malap buat korang rasa berdebar-debar nak teruskan perjalanan nak tahu apa ada dalam tu. Terbahagi kepada 2 rumah dalam tu korang kena masuk ikut susunan baru korang rasa seronoknya. Bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu



Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Korang mungkin boleh dijangkiti dan menjadi zombie kalau kena gigit korang kena kuarantin tau



Di sini juga ada dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada 2 rumah tadi boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Maha sempat masuk dua rumah jer tu pun dan habis suara menjerit tak ingat dunia wakakaka. Siapa ada sakit jantung atau masalah lain harap jangan masuk ok


Rumah Seram Train To Busan telah dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019 manakala bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020 ia akan dibuka setiap hari. Harga tiket pula RM90 dan RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting. Seronok datang sini rasa puas menjerit dan belari takut dikejar zombie. Cuma dalam tu tak boleh rakam dan ambil gambar so tak ada gambar tengah menjerit dalam tu yang boleh tunjuk kat korang hehehe. 
The Void Avengers: Control Damage
Ini pun satu lagi permainan yang korang kena cuba bila datang kat Genting ini sebab ia adalah satu-satunya di Malaysia. The Void ini dibawakan oleh ILMxLAB dan kini kerjasama dengan Marvel Studio untuk satu permainan virtual reality dengan konsep hero Avangers. Sebelum ni Maha pernah main The Void ini untuk aksi Star Wars kali ini lain sikit pengembaraannya. Bestnya korang akan jadi superhero dalam permainan ini sebiji dengan costume tapi dalam dunia maya


Sikit cerita pengembaraan dalam ni yang korang akan rasai bila main. Avengers: Control Damage akan membiarkan korang melangkah masuk ke MCU untuk kali pertama dan berpasukan bersama Wira Mightiest Bumi! korang akan disenaraikan oleh Shuri (Letitia Wright) untuk menguji reka bentuk prototaip terbarunya: Emergency Response Suits, yang dibuat dengan gabungan proprietari teknologi Wakanda dan Stark Industries



Lebih tak boleh nak cerita tak seronok korang kena main sendiri baru rasa betapa seronok ada dalam dunia Avenger ini. Nanti korang akan jumpa semua superhero Marvel seperti Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), The Wasp (Evangeline Lilly), Hulk dan ramai lagi lah. Mereka juga akan turut membantu korang untuk menyelesaikan misi ini. Kat sini korang akan diuji kecekapan dan juga markah akan diberikan secara individu untuk lihat tahap kecekapan melawan musuh



Jadi korang kena berjuang dengan team bersama-sama jangan pentingkan diri sendiri hehehe. Kalau masa korang kena tembak oleh musuh korang juga akan dapat rasa gegaran tembahan tu memang real lah. Remaja sukalah akan mainan macam ni. Harga untuk main satu misi selamat 20minit RM130 seorang. Tapi pengalaman tu yang best seronok sebab memang seperti berada dalam situasi sebenar. Puas bila dapat tamatkan misi dengan jayanya

Starlight Carnival
Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang buat malam korang di puncak tu penuh kegembiraan. Hari yang Maha datang hari tu adalah hari terakhir karnival ini. Karnival ni juga ada empat segment utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan. Cuma masa Maha sampai tu hari sedikit hujan tapi tak mematahkan semangat untuk terus merasai kemeriahannya yang julung kali diadakan di sini


Mula masuk sahaja dan nampak layar besar iaitu dipanggil Pawagam Karnival yang menayangkan filem-filem blokbuster seperti A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Syoknya korang menonton dalam keadaan santai atas kusyen dengan ditaburi bintang di langit terbuka pada waktu malam. Suasana agak sejuk dan menyejukkan kena bawa jaket atau baju sejuk. 


Bila perut dan bekerongcong rasa lapar korang boleh pergi mencari pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat. Juga ada makanan yang popular di Genting seperti FuHu Restaurant, Harry Ramsden dan Cosmic Café. 


Kesunyian malam akan diriuhkan dengan alunan lagu dari barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo. Tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang menyeronokkan. Korang boleh mencuba nasib dan kemahiran di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan. Hari tu tiker masuk RM20 sahaja banyak boleh buat best tapi dah habis karnival ni tunggu tahun depan kalau ada lagikan

Info lanjut tentang harga dan tempahan awal boleh layari https://www.rwgenting.com









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/11/rasai-pengalaman-seram-mengujakan-dan-menyeronokkan-di-genting-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Rumah Seram Train To Busan Di Genting Highlands

Pengalaman Rumah Seram Train To Busan Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 1531 hits
Pengalaman Rumah Seram Train To Busan Di Genting Highlands Assalamualaikum semua Pernah menonton filem Train To Busan Seram kan Bayangkan kalau kita sendiri yang alami kejadian tu Macam mana la agaknya kan Teringin jugak nak tau kan Kalau t...
Pengalaman Indah Ke Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands

Pengalaman Indah Ke Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 561 hits
Pengalaman Indah Ke Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands Hai semua perkongsian kali ini masih lagi berlokasikan di Genting Highands pada artikel yang lepas aku kongsikan pengalaman seram di Rumah Seram Zombie Train To Busan Ge...
Ini Satu Pengalaman Paling Ohsem Tak Dapat Dilupakan Bila Berada Di Genting Highlands

Ini Satu Pengalaman Paling Ohsem Tak Dapat Dilupakan Bila Berada Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 982 hits
Ditemani rama rama waktu makan malamBaru baru ini Team Ohmedia bercuti sakan di Genting Highlands Then kami menginap di Grand Ion Delemen Hotel Fuhhh memang terbaik hotel ni Terletak di atas bukit Terima kasih Grand Ion Delemen Hotel kerana...
Laluan Ke Amber Court Genting Highlands Terhalang Akibat Tanah Runtuh

Laluan Ke Amber Court Genting Highlands Terhalang Akibat Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 500 hits
Astro Awani Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusry Abdullah Sani pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5 40 petang Selasa KUALA LUMPUR Satu kejadian tanah runtuh berlaku di laluan menuju kediaman Amber Court di G...
Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 466 hits
Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata Assalamualaikum semua Sape suka tengok sarkas Ha kalau suka kita boleh geng Sis memang suka tengok sarkas ni sebab teruja tengok aksi diorang yang berani dan penuh mendebarkan Lagi...
Cemas Di Amber Court Tanah Runtuh Genting Highlands

Cemas Di Amber Court Tanah Runtuh Genting Highlands

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 428 hits
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting Amber Court di Genting Highlands dekat sini kira kira 5 40 petang tadi kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor Hisham Mohammad Beliau bagaimanapun berkata setakat in
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 532 hits
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga l Assalamualaikum Baru baru ni Ana sekeluarga saja saja naik Genting dan bermalam di First World Hotel Ni merupakan kali kedua Ana bermalam di sini Last 10 tahun lepa...
Pengalaman Bercuti Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highland Best Tak

Pengalaman Bercuti Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highland Best Tak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1456 hits
AssalamualaikumHey korang sihat ke Kekok pulak rasa bila mood berblog hilang tiba tiba tapi im not give up yet kadang kadang bila kita rasa kita mula down dan berputus asa cara terbaik adalah buat sesuatu dan lari dari apa yang selalu kita ...
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak Entiti Di Set Penggambaran

Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak Entiti Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 524 hits
Pengacara dan penyampai radio Shuk baru baru ini berkongsi pengalaman seramnya ketika menjalani sebuah penggambaran Dia dikatakan ternampak sesuatu Kejadian tersebut sempat dirakam oleh krew OHBULAN yang berada di lokasi kejadian Betul ke h...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes