Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan-rakan baru-baru ini ke Langkawi. Untuk artikel kali ini aku nak cerita pengalaman aku menginap di lokasi terakhir kami iaitu di Resort Noba, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
In shaa Allah dalam artikel ini aku kongsikan pengalaman aku sendiri di sini serta harga bagi setiap penginapan yang ada di resort ini. ✌
{tocify} $title={Kandungan}
PENGALAMAN MENGINAP DI RESORT NOBA, PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWISetelah hampir 4 hari berada di Langkawi, tibalah masanya untuk kami semua ke lokasi penginapan terakhir iaitu di Resort Noba Langkawi. Resort Noba Langkawi ini merupakan sebuah resort bagi aku yang sangat menarik dan sungguh menenangkan.

Terletak di Pulau Dayang Bunting, betul-betul berhadapan dengan Pulau Tuba, Resort Noba ini menawarkan pengalaman penginapan yang tenang dan me'relaks'kan. Untuk ke resort ini, tetamu atau pengunjung daripada pulau Langkawi (tanah besar) perlulah ke Jeti Pelancongan Kuah (Jeti Pekan Rabu) dan kemudiannya menaiki bot tambang yang berharga RM5.00 sahaja.
Seterusnya, anda akan dibawa terus ke resort ini dengan menggunakan kenderaan yang tersedia. Alhamdulillah, untuk aku dan rakan-rakan, kami mengambil perkhidmatan yang disediakan oleh BesTuba, iaitu sebuah perniagaan koperasi penduduk disini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pelancong di Pulau Tuba.
PENGINAPAN DI RESORT NOBA LANGKAWI Resort Noba menawarkan pelbagai jenis penginapan buat tetamu yang ingin menginap di sini. Terdapat pelbagai jenis chalet yang namanya diambil daripada filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebagai contohnya, untuk penginapan perempuan, mereka menginap di Chalet Labu dan Chalet Labi. Manakala untuk lelaki pula menginap di Chalet Ibu Mertuaku. 
CHALET LABU & LABI
Untuk chalet jenis ini, terdapat dua buah katil bersaiz queen. Bilik ini turut mempunyai pendingin hawa, tv dan kelengkapan membuat air serta satu tandas dan bilik air. Anda boleh menambah satu katil single sekiranya diperlukan. 

CHALET IBU MERTUAKU
Untuk chalet jenis ini juga sama seperti chalet di atas. Dua buah katil bersaiz queen, serta pendingin hawa, TV dan kelengkapan membuat air. Sama juga dengan chalet di atas, anda boleh menambah satu katil single sekiranya diperlukan. 

CHALET BULOH
Chalet bajet yang boleh memuatkan dua orang ini mempunyai dua tilam bersaiz single dan sebuah bilik. Turut tersedia adalah kipas dinding dan pendingin hawa. 
CHALET MADU 3
Untuk chalet ini, aku tak dapat melihat ruangan dalamnya, tetapi melalui apa yang tertulis dan info yang aku dapat, terdapat tiga unit bagi chalet ini dan setiap satunya mempunya dua buah katil bersaiz queen serta TV, pendingin hawa dan juga bilik air. 
Ada beberapa lagi jenis penginapan di sini yang aku tak sempat nak 'capture'. Antaranya adalah Mini Homestay, Chalet Do Re Mi, Homestay, Bahtera Samudera dan sebagainya. Info tentang chalet lain ini anda boleh lihat di laman media sosial mereka ya

FASILITI DI RESORT NOBA LANGKAWISeperti resort-resort lain, Resort Noba Langkawi turut tidak terkecuali menyediakan fasiliti-fasiliti menarik untuk tetamu. Antaranya adalah seperti kolam renang dewasa dan kanak-kanak, tempat makan dan lepak, kawasan BBQ dan juga padang yang luas untuk sebarang acara.



Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya adalah seperti : -
Mandi di kolam renang, memancing ikan, beriadah di kawasan padang yang luas, mencari bronok, menaiki motor bersiar-siar di sekitar pulau dan sebagainya. Macam aku dan rakan-rakan, kami sememangnya sudah menyewa motor yang disediakan oleh BesTuba, jadi kami bersiar-siar sekitar pulau, melihat pemandangan, lepak di kedai makan yang dibuka sehingga tengah malam dan sebagainya. 
PEMANDANGAN DI SEKITAR RESORT NOBA LANGKAWI
Bagi aku, Resort Noba Langkawi mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Lokasinya di sini sememangnya sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukan kota. Mungkin sudah lama berada di bandar, apa salahnya sekali sekala berada di tempat yang tenang dan merehatkan.


Seterusnya, anda boleh menikmati pemandangan cahaya matahari terbit dan terbenam yang cukup indah disini. Paling menarik bagi aku adalah apabila berada di sini aku dapat menikmati makanan laut yang murah dan segar. Menyeberangi sahaja jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting ini, anda boleh menikmati hidangan makanan laut yang enak dan murah di Kak Nah Mee Udang!

HARGA PENGINAPAN DI RESORT NOBA LANGKAWIAlhamdulillah, dah nampak bagaimana situasi dan pemandangan sekitar Resort Noba Langkawi. Memang cantik bukan? Baiklah, berikut adalah harga dan info bagi setiap jenis penginapan di Resort Noba Langkawi. 
JENIS PENGINAPANPAXHARGA / MALAMKELENGKAPANREMARKSCHALET BULOH2 - 3 RM 702 Tilam Single / Pendingin HawaN/A CHALET DO RE MI3RM 1101 Katil Queen, 1 Katil Single, Pendingin Hawa, TVN/AMINI HOMESTAY 13 - 4RM 1201 Katil Queen/ Pendingin Hawa / Peralatan MemasakBoleh MemasakMINI HOMESTAY 23 - 4RM 1201 Katil Double Decker/ Pendingin hawa / Peralatan MemasakBoleh MemasakCHALET LABU & LABI4 - 5RM 1802 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily RoomCHALET IBU MERTUAKU4 - 5RM 1802 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily RoomCHALET MADU 34 - 5RM 2502 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVFamily RoomHOMESTAY KELUARGA 6910RM 2502 Bilik / 2 Katil Queen / Peti Ais /
Extra 2 Tilam Single / 2 Pendingin Hawa / TVBoleh MemasakBAHTERA SAMUDERA8 - 10RM 2502 Katil Queen / 4 Katil Single / Pendingin Hawa / Mini ToiletChalet Kapal LayarCHALET SALOMA4RM 2502 Katil Queen / Pendingin Hawa / TVPremium / Family RoomCHALET CIKGU MURNI6RM 2502 Katil Queen / 1 Double Decker / Pendingin Hawa / TVPremium / Family Room

Secara keseluruhannya, penginapan dan pengalaman di Resort Noba Langkawi memang menarik. Penginapan yang selesa, pemandangan yang cantik terutamanya di waktu pagi dan petang. Selain itu, kelengkapan fasiliti yang tersedia juga sangat memuaskan. Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Untuk anda yang berminat menginap di sini serta menjalankan aktiviti di sini bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah atau juga menghubungi BesTuba untuk aktiviti di sekitar kawasan resort ini. 
RESORT NOBA LANGKAWI

LOKASI : Lot 1477, Kampung Pulau Selat, Pulau Dayang Bunting, Langkawi
LAMAN SESAWANG : https://nobaresort.com/HUBUNGI : 016-780 1964
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/resortnobalangkawi/FACEBOOK : https://www.facebook.com/Resortnobapulaulangkawi/TIKTOK : https://www.tiktok.com/@resortnoba

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/pengalaman-menginap-di-resort-noba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan pula tentang sebuah lagi penginapan serba indah dan tenang di Langkawi Kepada yang belum tahu baru baru ini iaitu sekita...
Pengalaman Menginap Di Mountain Baling Garden Village Baling Kedah

Pengalaman Menginap Di Mountain Baling Garden Village Baling Kedah

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan mungkin satu lagi artikel berkenaan Fam Trip ke Baling pada Januari 2024 yang lalu Untuk kali ini aku nak ceritakan tent...
Penginapan Mendamaikan Di Tuba Island Cottage Pulau Tuba Langkawi

Penginapan Mendamaikan Di Tuba Island Cottage Pulau Tuba Langkawi

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik belaka Baiklah kali ini aku ingin meneruskan lagi menceritakan pengalaman aku ketika FAM TRIP LANGKAWI yang...
Pengalaman Menginap Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling

Pengalaman Menginap Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan menyertai satu program fam tr...
3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah Baiklah seperti biasa aku masih belum move on lagi daripada FAM TRIP LANGKAWI...
Pengembaraan Dan Penerokaan Alongmurni Ke Pulau Langkawi

Pengembaraan Dan Penerokaan Alongmurni Ke Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 195 hits
Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau Semestinya Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan semula jadi dan lagenda yang menjadi destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia PENGEMBARAAN DAN PENE...
Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 346 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alahmdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah meneruskan penceritaan tentang trip ke Langkawi baru baru ini kali ini aku nak kongsikan pul...
Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini aku nak kongsikan satu lokasi penginapan di Langkawi yang sangat cantik indah dan s...
Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru baru ini Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia