Penginapan Mendamaikan Di Tuba Island Cottage Pulau Tuba Langkawi
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik belaka. Baiklah, kali ini aku ingin meneruskan lagi menceritakan pengalaman aku ketika FAM TRIP LANGKAWI yang baru sahaja berlangsung di awal bulan Mac yang lalu
Untuk artikel kali ini, aku nak kongsikan tentang sebuah lokasi penginapan di Pulau Tuba yang anda boleh pilih sebagai lokasi bermalam dan beristirehat iaitu Tuba Island Cottage
{tocify} $title={KANDUNGAN}
TUBA ISLAND COTTAGE
Alhamdulillah, Tuba Island Cottage merupakan lokasi penginapan untuk malam pertama di Pulau Tuba manakala malam kedua adalah di Resort Noba. Setibanya kami di Jeti Pulau Tuba, barang-barang dan beg kami terlebih dahulu sampai, manakala kami semua menaiki motor menikmati pemandangan sekitar Pulau Tuba
Tuba Island Cottage menawarkan penginapan yang mendamaikan, selesa dan tenang sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, Pulau Tuba merupakan sebuah pulau yang didiami hanya 5,000 orang sahaja, jadi sememangnya tidak sibuk seperti di bandar-bandar besar
PENGINAPAN DI TUBA ISLAND COTTAGE
Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan di Tuba Island Cottage ini. Jumlah kesemua bilik penginapan adalah 10 buah bilik, iaitu 6 penginapan jenis Superior Room manakala bakinya adalah Standard Room. Terdapat satu lagi bilik yang dijadikan bilik 'standby' sekiranya bilik-bilik lain mempunyai masalah.
Superior Room membawakan penginapan yang serba selesa, bilik yang luas, lengkap dengan katil queen, sebuah bilik air, pendingin hawa, kipas syiling, perkakas membuat air, TV dan sebagainya. Bilik jenis Standard pula ruangan lebih kecil, tetapi masih lagi selesa untuk penginapan dan berehat
KAWASAN SEKITAR TUBA ISLAND COTTAGE
Tuba Island Cottage ini terletak berdekatan dengan laut. Dari kawasan dalam penginapan ini sudah boleh kelihatan air laut. Alhamdulillah, aku sempat berjalan-jalan sekitar tepi laut, memandangkan air masih surut. Memang cantik kawasannya, bolehlah menenangkan fikiran yang buntu
Oh ya, untuk makan jangan risau, terdapat kedai makan berdekatan yang mana anda boleh memilih pelbagai jenis makanan yang enak dan paling best masih boleh membuat pesanan sehingga lewat malam
Untuk anda yang berhajat mahu bercuti di Pulau Tuba, dan melakukan aktiviti di sekitarnya bolehlah memilih Tuba Island Cottage sebagai lokasi penginapan. Anda boleh hubungi Puan Watie di nombor yang tertera di butiran di bawah.
TUBA ISLAND COTTAGE
LOKASI : Kampung Teluk Berembang,Jalan Teluk Puyuh, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah
Hubungi : 019-831 7810
Emel :
[email protected]FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=61555828177898
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.
QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di
[email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2024/03/penginapan-mendamaikan-di-tuba-island.html