Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alahmdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, meneruskan penceritaan tentang trip ke Langkawi baru-baru ini, kali ini aku nak kongsikan pula satu lokasi tempat penuh dengan aktiviti ekstrem dan lasak iaitu di Langkawi Adventure & X-Treme Park (LAXP)
{tocify} $title={Kandungan}
PENGALAMAN PENUH ESTREM DI LANGKAWI ADVENTURE & X-TREME PARK
Baiklah, kami tiba di Langkawi Adventure & X-Treme Park pada sekitar waktu tengah hari. Cuaca pada hari tersebut memang sangat panas, tetapi disebabkan panas terik itu, gambar yang diambil menggunakan telefon pintar menjadi cantik pula
Apa aktivit yang akan dilakukan di LAXP ini? In shaa Allah ada beberapa aktivit yang dilakukan meskipun waktu agak terhad. Antaranya adalah SkyBike, ATV Ride, Indoor Go-Kart dan juga Archery.
SKYBIKE
Masuk sahaja ke kawasan dalam Langkawi Adventure & X-Treme Park, kita dapat lihat dua buah menara dihubungkan dengan dua kabel. Okay, itulah tempat dimana SkyBike akan berlaku
Untuk maklumat anda, ini merupakan SkyBike pertama di Langkawi dan merupakan antara 4 sahaja SkyBike di seluruh Malaysia. Selain itu, di sini juga merupakan SkyBike terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 150 meter
Pertamanya, anda perlu mendaki menara, kemudiannya anda akan dipakaikan pakaian keselamatan yang dipautkan pada kabel. Jarak 150 meter memang nampak macam dekat sahaja, tetapi bila anda dah naik memang jadi jauh. Aku memberanikan diri untuk memegang telefon pintar disebelah tangan manakala sebelah lagi memegang 'handle' basikal
Alhamdulillah, dapat selesaikan juga aktiviti ini walaupun agak 'kaku' dan gayat sebenarnya. Tapi untuk faktor keselamatan, jangan risau sebab ada jaring yang besar dan luas di bawah. Untuk yang bertanya tentang berat, hanya mereka yang mempunyai berat sekitar 45kg sehingga 90kg sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti SkyBike ini
ATV RIDE
Aktiviti seterusnya adalah ATV Ride. Walaupun sudah beberapa kali menaiki ATV dan melalui pelbagai laluan, tetapi aku sentiasa menyukai aktiviti ini. Untuk kali ini kami melalui laluan yang mudah sahaja, laluan dimana telah disimen dan majoriti jalannya adalah rata.
Ada beberapa bahagian pemanduan ATV agak berbukit, selekoh tajam dan sebagainya. Bagi aku yang menariknya apabila laluan ATV ini melalui kebun dan kandang haiwan. Dapatlah juga kami melihat beberapa kerbau dan haiwan lain
INDOOR GO-KART
Aktiviti seterusnya adalah Indoor Go-Kart. Ini merupakan indoor go-kart pertama di Langkawi. Trek laluannya mudah sahaja dan paling penting berbumbung. Beberapa pusingan diberikan mengikut pakej yang disediakan
ARCHERY TARGET SHOOTING
Aktiviti terakhir yang sempat kami lakukan sebelum ke lokasi seterusnya adalah memanah. Merupakan antara aktiviti yang sebenarnya agak susah kerana perlu perhatian dan fokus
Of course aku sendiri beberapa kali terlepas daripada papan panah, tapi untuk bergambar dan video, kita acah-acah sahaja. 😝
TARIKAN LAIN DI LANGKAWI ADVENTURE & X-TREME PARK
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang terdapat di sini dan antaranya adalah seperti Paintball, 3D Art Museum, Upside Down Museum, Feeding Horse, Ghost Museum dan sebagainya, tetapi disebabkan masa sangat mencemburui dan kami perlu ke lokasi berikutnya menyebabkan hanya 4 aktiviti sahaja sempat dihabiskan
Oh ya, ada satu lagi aktiviti bagi aku yang agak ekstrem iaitu Bungee EJection. Sebenarnya aku teringin juga nak buat aktiviti ekstrem macam Bungee Ejection ni tapi ketakutan dan gayat menguasai diri, bermakna mungkin suatu hati nanti tetapi bukan sekarang
PROMOSI 10 IN 1 GAMES DI LAXP !
Untuk anda yang berminat nak lakukan aktiviti di Langkawi Adventure & X-Treme Park ini, sekarang terdapat satu promosi menarik dengan harga yang cukup berpatutan iaitu RM95 per pax
10 in 1 Games : Langkawi SkyBike, Atv Adventure Jungle, Indoor Go-Kart, Feeding Horse, Upside Down House, 3D Art Museum, 7D Cinema Motion, Ghost House, Paintball Target Shooting, Archery Target Shooting.
Walaupun hanya empat sahaja aktiviti yang berjaya dilakukan, alhamdulillah, aku dan rakan-rakan memang sangat seronok. In shaa Allah jika diberi peluang, ruang dan masa, aku dan rakan-rakan akan datang lagi ke sini melakukan aktiviti-aktiviti lain pula.
SEKIAN
LANGKAWI ADVENTURE & X-TREME PARK
LOKASI : Lot. 1453, Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, Langkawi, Malaysia
LAMAN SESAWANG : https://langkawiadventurepark.com/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/langkawiadventurepark/FACEBOOK : https://www.facebook.com/langkawiadventurextremepark/TIKTOK : https://www.tiktok.com/@langkawixtremepark
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.
QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di
[email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2024/03/pengalaman-di-langkawi-adventure-xtreme-park.html