Pengembaraan Dan Penerokaan Alongmurni Ke Pulau Langkawi


 
Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau. Semestinya Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan semula jadi dan lagenda yang menjadi destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.

PENGEMBARAAN DAN PENEROKAAN ALONGMURNI KE PULAU LANGKAWI Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

AM memilih Pakej Nature-Based Travelers 2MY yang diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola Global Travel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Menariknya adalah dalam pakej ini, AM berpeluang melawat lokasi-lokasi tempat yang menarik di samping belajar tatacara hidup masyarakat setempat. Malahan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang disarankan seperti

💥mendaki bukit dan menerokai gua

💥melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti ATV, flying fox, go kart, dan lain-lain


💥berpeluang melakukan aktiviti sukan air seperti Snorkeling dan menaiki bot melawat keindahan hutan bakau
Semua peserta yang terlibat termasuk AM berkumpul di LRT Gombak pada jam 10 malam. Pihak QTT Group Plt telah menyediakan kenderaan untuk ke Pulau Langkawi iaitu Van 16 Seaters bagi memudahkan perjalanan kami ke sana. Van menghantar kami sehingga ke Jeti Kuala Perlis. Kemudiannya kami akan menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi.
Perjalanan ke Jeti Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 8 jam kerana berlaku kesesakan lalu lintas memandangkan cuti sekolah bakal berakhir. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi. 


PENGANGKUTAN MELALUI AIR MASUK KE PULAU LANGKAWI. QTT Group Plt menyarankan untuk masuk ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis kerana terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi menjadikan jarak perjalanan feri lebih cepat berbanding Jeti Kuala Kedah. Feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya mengambil masa 55 minit sahaja. Kami menaiki feri pada jam 7.00 pagi. 

Keadaan dalam feri agak selesa. Malahan terdapat jaket keselamatan tersedia di bawah kerusi setiap tempat duduk penumpang yang boleh digunakan jika sebarang kecemasan berlaku. 
Untuk makluman Harga Tiket Kuala Perlis ke Pulau Langkawi adalah seperti berikut:
JENIS PENUMPANG HARGA TAMBANG Dewasa (Warganegara) RM 21.00 Kanak- Kanak (Warganegara) RM 16.00 Dewasa (Penduduk Langkawi) RM 15.00 Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi) RM 10.00 Orang Kurang Upaya (OKU) RM 10.00 Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) RM 13.00 Dewasa (Bukan Warganegara) RM 27.00 Kanak-Kanak (Bukan Warganegara) RM 19.50
TERMINAL JETI KUAHKami tiba seawal jam 8.00 pagi di Terminal Jeti Kuah. AM rasa teruja bila dapat melihat laut dan melihat matahari terbit ketika feri mula berlabuh. 
Di Terminal Feri Kuah juga telah tersedia troli bagi memudahkan untuk mengangkat beg keluar masuk. Tengok beg AM cuma ada dua sahaja. Harap sepanjang 5 hari 4 malam beg ini tidak 'beranak pinak'. Dalam kepala otak dah fikir dah nak beli coklat, minyak gamat dan cenderamata lain di Langkawi!
Dari Terminal Jeti Kuah dapat juga melihat mercu tanda Langkawi iaitu Burung Helang, keindahan bandar Kuah, dan lautnya yang begitu memukau pandangan.


Setibanya di Terminal Jeti Kuah, kami disambut oleh pihak QTT Group Plt dan Kola Global Travel Sdn Bhd. Sebelum bertolak ke lokasi seterusnya, kami diberi penjelasan program sepanjang 5 hari 4 malam di Pulau Langkawi.
Nantikan perkongsian AM selanjutnya di Pulau Langkawi dan Pulau Tuba berkaitan lokasi penginapan, tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti menarik yang AM lakukan dan juga lokasi tempat makanan yang sedap AM kunjungi.
SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: [email protected]

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan 
Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/03/pengembaraan-dan-penerokaan-alongmurni-ke-pulau-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasil Membeli Belah Di Pulau Langkawi Kedah

Hasil Membeli Belah Di Pulau Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Kisah tahun lepas iaitu akhir November 2023 Saya sekeluarga bercuti di Langkawi Kedah Kami bercuti selama 4 hari 3 malam Shopping sikit sahaja kerana telah banyak berbelanja di sana Antara barang yang di be...
Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan rakan baru b...
Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 275 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak AM b...
Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 275 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan rakan singgah ketika di Langkawi baru baru ini Langkaw...
Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

Pengalaman Penuh Ekstrem Di Langkawi Adventure X Treme Park

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 346 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alahmdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah meneruskan penceritaan tentang trip ke Langkawi baru baru ini kali ini aku nak kongsikan pul...
Makan Tujuh Jenis Laksa Di Maklang By Ilham Ceramic Langkawi

Makan Tujuh Jenis Laksa Di Maklang By Ilham Ceramic Langkawi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini berkesempatan mengikuti satu program Fam Trip di Langkawi selama 5 hari 4 malam Banyak tempat kami singgah dan lawati dan kali ini ak...
Langkawi Needs More Direct Ferries From Thailand To Boost Tourism

Langkawi Needs More Direct Ferries From Thailand To Boost Tourism

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 233 hits
Tourism Malaysia s senior director for international promotion Shahrir Ali said the government needed to tap into tourists headed for Phuket and Krabi and get them to come to Langkawi too LANGKAWI Tourism Malaysia hopes to boost tourism in ...
Langkawi Folk Struggle As Water Woes Worsen

Langkawi Folk Struggle As Water Woes Worsen

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 142 hits
The green water at a hotel swimming pool in Langkawi which the resort s staff say is not harmful LANGKAWI A family of 13 in Langkawi is facing a challenging year as water scarcity grips their daily lives made worse by supply issues and the ...
Yoursay Leaders Clueless About Enhancing Langkawi S Appeal

Yoursay Leaders Clueless About Enhancing Langkawi S Appeal

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 209 hits
YOURSAY Politicians rather talk about alcohol vending machines bak kut teh Neutral Point People travel to Hat Yai in Thailand for their holiday instead of places in Malaysia despite our ringgit depreciation People travel to Singapore to wat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi