Pengalaman Menginap Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku berkesempatan menyertai satu program fam trip ke daerah Baling. 
Alhamdulillah, memang banyak tempat menarik telah dilawati dan untuk kali ini aku nak ceritakan salah satu penginapan yang sempat kami singgah dan bermalam iaitu di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling


{tocify} $title={KANDUNGAN}
PENGALAMAN MENGINAP DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING.
Sebenarnya berpuluh-puluh tahun dahulu, aku pernah datang ke sini bersama keluarga aku termasuklah arwah datuk dan arwah nenek aku. Ketika itu kedua-dua adik aku masih belum wujud di muka bumi ini, bermakna akulah anak bongsu yang dimanjakan dengan begitu baik oleh semua ahli keluarga kecuali kakak aku

Ya, aku merupakan anak Kedah dan kampung aku terletak di Merbau Pulas, Kulim iaitu berdekatan dengan sempadan Kulim - Baling. Bermakna jarak dari kampung aku ke tempat ini tidaklah mengambil masa yang lama


Berumur kurang daripada 10 tahun, ingatan aku pada waktu itu sangat samar-samar. Tetapi apa yang aku perasan adalah fasiliti pada masa kini adalah lebih baik dan jumlah kolamnya bertambah

Aku masih ingat kami sekeluarga datang berkelah di waktu malam, sambil berendam dalam air panas. Of course aku tak berendam di tempat panas, sebab aku dimanjakan dengan air suam-suam kuku


Tiba-tiba rindu keluarga lah pulak. Okay, aku teruskan lagi cerita. Fasiliti dan kemudahan aku lihat tersedia dengan baik. Orang pun sangat ramai terutamanya di waktu tengah malam, cuaca semakin sejuk, jadi dapat berendam dalam air panas memang sangat nyaman.
Sempat juga aku dengan rakan-rakan, Along Murni dan Zayani, membeli aiskrim yang dijual seorang pak cik. Harganya cukup murah, dan lebih seronok lagi beliau menghadiahkan kami kalendar tahun 2024 tiap seorang satu. Terima kasih pak cik.

Memang ramai sungguh yang datang, daripada yang kecil sehinggalah warga emas. Selain itu juga ramai juga kaum-kaum lain yang datang ke sini dan bukan hanya kaum melayu sahaja. PENGINAPAN DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING

Baiklah, aku yakin dan pasti ramai yang membaca artikel ini untuk ketahui tentang penginapannya bukan? Kalau seperti aku sendiri yang mana kampungnya terletak berdekatan sahaja dengan tempat ini, mungkin tidak akan menginap di sini dan akan balik hari sahaja

Tetapi untuk warga luar, yang mungkin ingin menghabiskan masa lebih lama bersama keluarga di sini boelhlah menginap di sini. 

Okay, bilik yang aku menginap pada hari tersebut adalah jenis Chalet Standard.  Ada satu katil bersaiz queen dengan dekorasi minimal. Kelengkapan seperti perkakas mandi, peralatan buat air juga disediakan. 

Untuk anda yang mungkin bajetnya biasa sahaja bolehlah menginap di bilik seperti ini. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih dan mempunyai anggota keluarga yang lebih besar boleh memilih bilik lain yang lebih selesa dan lebih luas seperti Chalet Deluce atau Chalet VIP
HARGA TIKET & PENGINAPAN DI PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING.
Berikut adalah harga bagi tiket masuk dan juga penginapan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

HARGA TIKET MASUK⚡Dewasa dengan Mykad (13 Tahun ke atas)  : RM 12⚡Kanak-Kanak dengan Mykid (13 Tahun ke bawah) : RM 6
⚡Dewasa tanpa Mykad (13 Tahun ke atas) : RM 25⚡Kanak-Kanak tanpa Mykid (13 Tahun ke bawah) : RM 15
⚡Dewasa Rakyat Baling : RM 6⚡Kanak-Kanak Rakyat Baling : RM 3 

HARGA PENGINAPAN✅ Chalet Bajet : RM110+✅ Chalet Standard : RM130 +✅ Chalet Poolview : RM135 +✅ Chalet Deluxe : RM150 +✅ Dormitory : RM 260 +✅ Chalet VIP : RM300 +✅ Chalet A (Single Storey) : RM195 +✅ Chalet A (Double Storey) : RM 385 +

Alhamdulillah, sepanjang penginapan di sini semuanya sangat selesa. Yang penting adalah dapat berendam dan berehat di kolam air panas. In shaa Allah satu hari nanti aku nak bawa keluarga aku untuk datang ke sini dan menggamit memori silam

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, BALING

LOKASI : Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah
FB : https://www.facebook.com/prapulmdb/IG : https://www.instagram.com/ululegonghotspring/
SEKIAN
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734📱+60193036008📩 : [email protected]
Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/pengalaman-menginap-di-pusat-rekreasi-air-panas-ulu-legong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Mountain Baling Garden Village Baling Kedah

Pengalaman Menginap Di Mountain Baling Garden Village Baling Kedah

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan mungkin satu lagi artikel berkenaan Fam Trip ke Baling pada Januari 2024 yang lalu Untuk kali ini aku nak ceritakan tent...
Kolam Air Panas Hulu Tamu

Kolam Air Panas Hulu Tamu

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 233 hits
Lokasi Kolam Air Panas Hulu TamuAlamat Jalan Haji Marzuki 44300 Batang Kali SelangorWaktu Operasi 8 00 Pagi 7 00 Malam 8 00 Pagi 9 00 Malam Tutup Harga Tiket RM 3 RM 1 RM 1 Tarikh Lawatan 07 Mac 2024 Kolam Air Panas Hulu Tamu menjadi lokasi...
Rasa Dia Macam Lelaki Kongsi Pengalaman Terkunyah Lipas Ketika Minum Air Dalam Kereta

Rasa Dia Macam Lelaki Kongsi Pengalaman Terkunyah Lipas Ketika Minum Air Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 176 hits
Dalam kalangan serangga lipas sering menjadi pilihan yang menakutkan dan menjijikkan walaupun saiznya kecil Ia terkenal sebagai haiwan perosak yang memakan hampir apa sahaja termasuklah bahan bahan kotor Naim Pest Control seorang pakar kawa...
Us Air Force Engineer Sets Self On Fire To Protest Gaza Genocide

Us Air Force Engineer Sets Self On Fire To Protest Gaza Genocide

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 259 hits
A member of the US air force set himself on fire outside the Israeli embassy in Washington DC on Sunday The air force engineer Aaron Bushnell committed the act of self immolation in protest of the deaths of civilians in Gaza which number al...
Usai Banjir Air Bah Ribuan Warga Wonorejo Laksanakan Pemungutan Suara Susulan

Usai Banjir Air Bah Ribuan Warga Wonorejo Laksanakan Pemungutan Suara Susulan

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 218 hits
Pada SDN tersebut terdapat enam Tempat Pemungutan Suara yakni TPS 13 14 15 16 17 dan 18 Desa Wonorejo
Emosi Karena Disuruh Cari Kerja Pria Pengangguran Di Palembang Siram Istri Dengan Air Mendidih

Emosi Karena Disuruh Cari Kerja Pria Pengangguran Di Palembang Siram Istri Dengan Air Mendidih

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 266 hits
Emosi karena Disuruh Cari Kerja Pria Pengangguran di Palembang Siram Istri dengan Air Mendidih
Pasangan Silap Bancuh Susu Bayi Guna Air Syabu Didakwa Esok

Pasangan Silap Bancuh Susu Bayi Guna Air Syabu Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 260 hits
Polis berkata pasangan berusia 34 dan 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 9 pagi Rabu PETALING JAYA Sepasang suami isteri akan didakwa di mahkamah esok kerana tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu ...
Sambil Menyelam Minum Air

Sambil Menyelam Minum Air

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 133 hits
Muklis Eddie1 Perniagaan cafe rugi modal mahal tak laku 2 Perniagaan tonggang agama untung modal air liur
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal