Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru-baru ini. Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang kami lawati serta aktiviti yang kami lakukan. Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang sebuah tarikan terbaru di Langkawi iaitu Lion Marine Langkawi!
Nak tahu apa itu Lion Marine, apa aktiviti menarik dan harga serta pakej yang ditawarkan, jangan lupa baca artikel ini sehingga penghujung ya! ✌
{tocify} $title={KANDUNGAN}
MENIKMATI KEINDAHAN TERSEMBUNYI DI LION MARINE, PULAU SINGA BESAR, LANGKAWI
Lion Marine merupakan tarikan terbaru di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Singa Besar. Sebuah kawasan dengan keluasan setengah ekar dibangunkan menempatkan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik untuk pengunjung

Untuk maklumat, Pulau Singa besar merupakan antara pulau utama bagi gugusan kepulauan Langkawi. Terletak di bahagian selatan Pulau Langkawi dan disebelah barat Pulau Dayang Bunting. Jarak dari Pulau Singa Besar ini dari Kuah adalah dalam sekitar 17 kilometer sahaja. 
Bergambar di Jeti Teluk Baru Sebelum Menaiki Bot Ke Lion Marine
SEJARAH PULAU SINGA BESAR
Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Lion Marine, aku rasa ada baiknya aku kongsikan serba sedikit tentang sejarah Pulau Singa Besar

Mengikut legenda dan mitos, Pulau Singa Besar mendapat nama daripada penjaga pulau ini yang dikenali sebagai Mambang Sari, yang menghimpunkan singa di pulau ini untuk menjaganya. Mambang Sari sudah pastinya merupakan mitos dan cerita dongeng yang sama hebat dengan kisah Pulau Dayang Bunting. Pulau Singa Besar juga digandingkan bersama dengan pulau kecil diutara iaitu Pulau Singa Kecil. Antara pulau kecil lain di sekitar pulau ini adalah seperti Pulau Jong di sebelah timur Tanjung Pekula dan Pulau Chupak di sebelah tenggara Tanjung Genting. 
LION MARINE LANGKAWI
Lion Marine Langkawi diuruskan oleh Lion Marine Agency dan secara rasminya beroperasi pada 4 Februari 2024. Beberapa fasiliti telah dibangunkan serta beberapa aktiviti menarik telah dirangka untuk menarik pengunjung untuk datang ke sini melihat keindahan alam dan dalam masa yang sama mensyukuri ciptaan Tuhan. 

Alhamdulillah, pada hari kedua kami di Langkawi, berjaya juga kami tiba di Lion Marine Langkawi. Perjalanan bermula di Jeti Teluk Baru, Langkawi dan kemudiannya menaiki bot selama 10 sehingga 15 minit menuju ke Jeti Lion Marine. Sampai sahaja ke sana, aku dapat lihat keindahan alam yang begitu cantik, dengan jeti yang dibina kukuh memanggil-manggil pengunjung untuk datang beriadah dan sebagainya. 

OOTD DI LION MARINE !
Memang banyak port OOTD menarik di sekitar kawasan Lion Marine ini. Kami agak bertuah kerana tiba di waktu orang masih tidak ramai, jadi dapatlah bergambar sepuas-puasnya. Setelah beberapa minit berlalu, tiba pula sekumpulan yang agak besar, datang ke sini untuk melakukan aktiviti.


MAKAN BBQ !
Alhamdulillah, setelah tiba dan bergambar di persekitaran Lion Marine, kami menikmati juadah yang disediakan oleh staff Lion Marine yang bertemakan BBQ! Memang sedap makan berdekatan dengan pantai dan laut. Antara menu yang kami makan adalah seperti sate ayam, ayam bakar, sotong bakar, udang bakar dan sebagainya. Memang sedap



SNORKELING !Selesai makan dan berehat sebentar, tibalah masa untuk aktiviti seterusnya iaitu Snorkeling. Ya, Lion Marine juga menawarkan aktiviti snorkeling, yang mana pengunjung akan dibawa melihat antara batu karang yang terdapat di sekitar persisiran laut di sini. 



Alhamdulillah, setelah masing-masing puas berendam dan sebagainya, masa pun telah menghampiri waktu petang bermakna kami harus pulang ke pulau besar untuk lokasi berikutnya. 
APA YANG MENARIK DI LION MARINE !Baiklah, setelah melakukan beberapa aktiviti di sini termasuklah termenung di tepi pantai melihat masa depan yang masih samar-samar, berikut adalah antara perkara yang aku rasa menarik di Lion Marine

✅ Aktiviti Snorkeling✅ Cafe✅ Makan BBQ Enak Betul
✅ Port OOTD ✅ Kemudahan Mandi / Tandas✅ Privasi

Ya, fasiliti disini bagi aku agak lengkap. Terdapat sebuah kafe yang menjual minuman dan makanan kepada pengunjung dan harganya adalah berpatutan dengan lokasi di sini. Lagi menarik sebab kafe ini menerima pembayaran QR dan juga tunai. Mudah sebab ada orang yang tak bawa tunai ketika travel. (Aku lah tu)
Selain itu, terdapat juga tandas dan bilik air. Cuma mungkin boelh ditambah lagi bilangan tandas dan bilik air ini dan mungkin di'selesa' kan lagi untuk kegunaan pengunjung


Selain boleh snorkeling, pengunjung juga boleh mandi manda di pantai, membuat istana pasir, healing melihat laut yang indah dan sebagainya. Untuk mereka yang kaki bergambar, jangan risau dekat sini ada banyak tempat untuk bergambar. Jangan lupa untuk ambil gambar bersama singa yang menjadi maskot kawasan ini

Lion Marine ini juga mementingkan kebersihan dan penjagaan kawasan sekitar pulau. Setiap hari sampah yang dihasilkan akan dibawa keluar dan dilupus di tempat lain. Pembakaran adalah tidak dibenarkan untu menjaga ekosistem dan sebagainya. 

PAKEJ MENARIK DITAWARKAN LION MARINE AGENCYLion Marine Langkawi ini diuruskan oleh Lion Marine Agency dan pejabat mereka berada berdekatan dengan Jeti Teluk Baru. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh lah meghubungi En Hisham bin Yen, Pengurus Besar Lion Marine Agency di +6012-434 8400.
PAKEJ A (RM65) & PAKEJ B (RM85)🦁 Island Hopping at Lion Marine (Boat Island Tour) 🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting🦁 Eagle Watching 🦁 Melawat Pulau Singa Kecil🦁 Untuk pakej B, disediakan Snorkeling gear & Life Jacket
COMBO (RM130)🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting🦁 Eagle Watching 🦁 Melawat Pulau Singa Kecil🦁 Lion Marine 🦁 Snorkeling & life jacket🦁 Termasuk BBQ
PAKEJ PREMIUM (RM168)🦁 Pulau Dayang Bunting 🦁 Echo Island, Pulau Selat Akar🦁 Pirate Island, Kubang Laut 🦁 Fun Fishing (Ikan air laut) bawa ke Lion Marine Langkawi, untuk dimasak🦁 Eagle Watching  🦁 Pulau Singa Kecil 🦁 Pulau Singa Besar 
Untuk setiap pakej ini tiada jumlah minimum peserta dan semua pakej ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 4 jam lebih dan untuk setiap hari terdapat dua trip sahaja. Melihat kepada aktiviti dan harga yang ditawarkan, memang sangat berpatutan ya

Bergambar di Jeti Teluk Baru Sebelum Ke Lokasi BerikutnyaLION MARINE LANGKAWI

LOKASI : Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi
HUBUNGI : +6012-434 8400 (En Hisham bin Yen)
WAKTU OPERASI : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lionmarinelangkawi/

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/review-lion-marine-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lion Marine Langkawi Pelihara Alam Semulajadi Dan Miliki Pantai Yang Indah

Lion Marine Langkawi Pelihara Alam Semulajadi Dan Miliki Pantai Yang Indah

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 189 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak Sepa...
Penginapan Mendamaikan Di Tuba Island Cottage Pulau Tuba Langkawi

Penginapan Mendamaikan Di Tuba Island Cottage Pulau Tuba Langkawi

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik belaka Baiklah kali ini aku ingin meneruskan lagi menceritakan pengalaman aku ketika FAM TRIP LANGKAWI yang...
3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

3 Hari 2 Malam Di Pulau Tuba Langkawi Bersama Bestuba

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah Baiklah seperti biasa aku masih belum move on lagi daripada FAM TRIP LANGKAWI...
Pengembaraan Dan Penerokaan Alongmurni Ke Pulau Langkawi

Pengembaraan Dan Penerokaan Alongmurni Ke Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 187 hits
Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau Semestinya Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan semula jadi dan lagenda yang menjadi destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia PENGEMBARAAN DAN PENE...
Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan rakan singgah ketika di Langkawi baru baru ini Langkaw...
Meneroka Keindahan Dan Kepelbagaian Di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi

Meneroka Keindahan Dan Kepelbagaian Di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah sekarang kita sudah hampir berada di pertengahan Ramadan Bagaimana dengan puasa anda Masih cukup Alhamdulillah baiklah kali ini aku nak kongsikan s...
Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan rakan baru b...
Foto Parade Ogoh Ogoh Menyambut Nyepi Hingga Paling Ekstrem Lukat Geni Meriahkan Sejumlah Kota Besar Di Indonesia

Foto Parade Ogoh Ogoh Menyambut Nyepi Hingga Paling Ekstrem Lukat Geni Meriahkan Sejumlah Kota Besar Di Indonesia

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 138 hits
Menyambut Hari Raya Nyepi umat Hindu di sejumlah wilayah Indonesia pada Minggu lalu telah melakukan serangkaian ritual
Bekas Bekas Guru Besar Stb Sambut Murid

Bekas Bekas Guru Besar Stb Sambut Murid

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 250 hits
ARAU Sekolah Tengku Budriah di sini mengambil pendekatan cukup unik dengan menjemput bekas bekas guru besar sekolah tersebut dari tahun 1990 an lagi bagi menyambut kedatangan murid murid sempena hari pertama sesi persekolahan semalam Bekas ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi