Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi


Kalau anda nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi, kat mana agaknya lokasi yang anda akan pilih untuk dijadikan tempat menginap?
 
Sebelum ini, saya akan pilih untuk menginap di sekitar Pantai Chenang. Seperti yang kita semua sedia maklum, suasana di Pantai Chenang ni lebih meriah dan ada banyak kemudahan serta tempat makan disekitarnya.
 
Kalau nak pergi kemana-mana, boleh jalan kaki sahaja.
 
Kali ini, saya nak cari kelainan. Saya pernah baca dan dengar perkongsian daripada mereka yang pernah menginap di Tanjung Rhu, yang katanya tempat ini sangat cantik. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana yang tenang dan damai.

Saya pun buka laman web Airbnb dan lepas tu mula cari hotel atau chalet yang terdapat di Tanjung Rhu.
 
Saya tertarik untuk menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu sebabnya bilik-bilik yang disediakan disini sangat dekat dengan laut.
 
Kiranya kalau nak mandi laut sangatlah senang. Cuma perlu jalan beberapa langkah, turun anak tangga sikit dah boleh sampai ke tepi pantai.
 
Ini pemandangan dari depan.

Masa mula-mula sampai ke tempat ni, rasa terkejut jugak. Kenapa macam rumah tak siap ni?
 
Tapi saya rasa mungkin sebab cat yang dah mula luntur, itu yang buatkan bangunan nampak agak lama. Kalau di cat balik ni, mesti nampak lagi lawa.
 
Bawah ini pula pandangan dari bahagian belakang. Bahagian ini yang mengadap laut.

Saya rasa kalau tengok dari arah ini, Labu Labi Residence ni cantik sebenarnya.

Berdepan dengan bilik, ada tangga yang boleh kita gunakan untuk turun ke kawasan pantai.

Kemudian jalan beberapa langkah dah boleh mandi air laut. Seronok, kan?
 
Inilah dia bilik yang saya tempah.

Dalam bilik ini ada dua buah katil. Satu katil King Size (atau mungkin queen size) dan satu lagi katil single.
 
Kalau anda baca perkongsian saya yang lepas tentang jadual percutian ke Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam, saya ada cerita yang masa saya menginap di sini, saya dan isteri ada panggil Kak Azura untuk datang ke bilik.

Katil yang single itulah yang kami gunakan untuk tempat mengurut.
 
Dari bilik ini boleh nampak laut. Cuma perlu selak langsir sikit dah boleh nampak laut.

Dekat Tanjung Rhu ini, tak begitu ramai pengunjung kalau nak bandingkan dengan di Pantai Chenang. Jadi, kalau nak selak langsir pun tak ada masalah sangat.
 
Tak ada orang nak lalu lalang depan bilik.

Dekat depan rumah ada disediakan juga tempat untuk sidai pakaian. Tapi kena kongsi dengan rumah sebelah.

Antara minuman yang disediakan dalam bilik. Saya ada berborak dengan penjaga tempat ni, kata dia kalau air nescafe dalam bilik dah habis, boleh datang ambik dekat cafe.
 
Tak perlu bayar apa-apa. Baik betul, kan?

Dalam bilik ada disediakan peti sejuk, almari dan ada juga tv. Satu lagi yang best dengan tempat ini, kita boleh ambil sendiri ais dekat cafe kalau perlu.
 
Ada mesin pembuat ais yang kita boleh gunakan secara percuma.

Bilik air dan tandas dia juga luas.

Suasana waktu senja dekat sini memang cukup cantik dan mendamaikan.

Sambil duduk-duduk dekat depan rumah, kita boleh layan pemandangan matahari terbenam bersama dengan yang tersayang.




Semasa menginap disini, saya tak nampak pula kelibat orang bermain banana boat, ataupun jet ski. Apa yang saya nampak hanyalah beberapa pengunjung yang mandi laut tanpa sebarang gangguan.
 
Memang tenang lagi mendamaikan. Jadi, kalau anda tak kisah untuk berada dalam suasana yang seperti ini, menginap di Tanjung Rhu memang sangat recommended.

Kalau anda rasa tempat ni nampak macam cantik dan sesuai untuk percutian anda ke Langkawi pada masa akan datang, dan anda minat nak buat tempahan kat sini, bolehlah pergi ke halaman ini.
 
Anda akan dibawa ke laman web Airbnb dan boleh buat tempahan terus disitu. Ada beberapa pilihan dan jenis bilik yang tersedia. Pilihlah mana-mana satu yang sesuai dengan anda.
 
Kalau anda nak dapatkan sedikit diskaun, anda boleh ke halaman ini terlebih dahulu untuk tebus Travel Credit bernilai RM120.

Paparan seperti diatas ini akan kelihatan pada skrin anda nanti.
 
Selepas anda dah berjaya tebus Travel Credit bernilai RM120 tu, barulah anda buat tempahan ya.
 
Saya ucapkan selamat bercuti ke Pulau Langkawi, dan semoga anda dan keluarga seronok dalam percutian tersebut.
 
The post Pengalaman menginap di Labu Labi Residence Tanjung Rhu, Pulau Langkawi appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/labu-labi-residence-tanjung-rhu-langkawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Snorkeling Di Pulau Payar Marine Park Langkawi

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Payar Marine Park Langkawi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 820 hits
Dalam percutian selama 5 hari 4 malam saya ke Pulau Langkawi aktiviti snorkeling di Pulau Payar adalah merupakan aktiviti utama yang saya dan isteri telah rancang untuk lakukan Kalau dalam percutian sebelum ini kami buat aktiviti Island Hop...
Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort

Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 797 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kali ni Maha nak share pengalaman pertama kali Maha bercuti ke Pulau Tioman Selalu Maha tengok kat iklan dan juga kat majalah yang pulau ni cantik ...
Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 692 hits
Siapa suka pergi bercuti ke Pulau Langkawi kita geng Boleh dikatakan setiap tahun saya akan datang bercuti ke Pulau ini Kadang kadang orang dekat sekeliling bertanya best sangat ke Pulau Langkawi tu Saya tak tahu nak jawab macam mana Cuma p...
Pengalaman Menginap Di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping Hotel Mesra Muslim

Pengalaman Menginap Di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping Hotel Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum Lama Fiza tinggalkan diari ini semata mata untuk memberi laluan kepada job review yang datang Hari ini Fiza tangguhkan job review yang ada demi untuk menceritakan pengalaman kami bercuti bulan lepas yang masih tertangguh Pen...
Pengalaman Team Ohmedia Menginap Di Hotel Casa Del Rio Melaka

Pengalaman Team Ohmedia Menginap Di Hotel Casa Del Rio Melaka

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 349 hits
Fuhh Bila sebut jer pasal bercuti atau melancong semua melompat kegembiraan Siapa yang tidak suka bercuti kan Badan dan fikiran pun perlu rehat dari semua hal kerja ni gais Tapi tak semestinya kita kena bercuti luar negara baru tenang cukup...
Sani Kembang Perniagaan Kepada Perkhidmatan Feri Dan Hotel Di Pulau Langkawi

Sani Kembang Perniagaan Kepada Perkhidmatan Feri Dan Hotel Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 698 hits
Gambar sekadar hiasanSani Ekspres yang merupaan antara syarikat pengangkutan melayu yang berjaya di Malaysia kini akan menerokai pengangkutan baharu dalam perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi Pelaburan sebanyak RM50 juta itu...
Equanimity Akhirnya Dibebaskan Daripada Pulau Langkawi

Equanimity Akhirnya Dibebaskan Daripada Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 351 hits
Akhirnya kapal layar mewah Equanimity dibebaskan selepas hampir 5 bulan berada di Pengkalan Markas Wilayah Laut Tiga Bukit Malut Langkawi dan kini dikatakan telah pun berada di perairan Singapura Kapal itu kemudian meninggalkan pelabuhan te...
Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 393 hits
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang undang kata sumber yang rapat dengan penyiasa...
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 728 hits
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018 Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan m...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian