Pengalaman Team Ohmedia Menginap Di Hotel Casa Del Rio Melaka



Fuhh... Bila sebut jer pasal bercuti atau melancong, semua melompat kegembiraan. Siapa yang tidak suka bercuti kan? Badan dan fikiran pun perlu rehat dari semua hal kerja ni gais. Tapi tak semestinya kita kena bercuti luar negara baru tenang, cukuplah dengan memilih percutian hujung minggu dengan menginap di hotel-hotel sekitar seperti yang kami lakukan. Dalam Malaysia ni banyak jer tempat-tempat menarik yang kita sendiri pun mungkin belum sempat nak lawat semuanya.

Pada hari Khamis yang lalu, team Ohmedia berkesempatan untuk jalan-jalan makan angin di Melaka. Jangan pelik kenapa kami pergi bercuti masa hari kerja, sebab setiap hari adalah hari minggu bagi kami,haha. Tapi bila dah sampai Melaka Bandaraya Bersejarah ni, benda paling penting yang kena cari dulu mestilah hotel gais.


Memandangkan team kami nak tempat penginapan yang bersebelahan dengan Jonker Walk dan Bandaraya Melaka, kami putuskan untuk bermalam di Hotel Casa del Rio, Melaka yang terletak betul-betul sebelah Sungai Melaka.

Sebagai info ringkas, Hotel Casa del Rio, Melaka merupakan sebuah luxury boutique hotel 5 bintang pertama di Melaka yang terletak bersebelahan Sungai Melaka. Casa del Rio sebenarnya diambil dari bahasa Spanish yang membawa maksud 'Home by the River'. Casa del Rio turut menonjolkan seni bina banggunan dan hiasan dari banyak budaya antarabangsa seperti China, Arab, Portugis dan banyak lagi negara yang pernah mempengaruhi Melaka dahulu.




Saat melangkah masuk ke ruang lobi sahaja sudah mengujakan kami. Layanan yang diberikan bagi menyambut tetamu cukup menarik apabila mereka menyediakan kain sejuk beraroma bersama minuman Air Halia yang cukup buat korang rasa dihargai. Jadi, sementara tunggu urusan daftar masuk tu, dapatlah kami rehatkan diri dan segarkan badan sambil menikmati pemandangan kolam dan air pancut yang cantik.


Sampai ke bahagian yang paling dinanti-nantikan. Bilik hotel dekat sini pun superb gais dan kami memilih Deluxe River Room. Kenapa pilih Deluxe River Room? Bilik berkeluasan 50 kaki persegi ini betul-betul menghadap Sungai Melaka dan kami dapat lihat pemandangan Menara Taming Sari, A'Famosa, Hard Rock Cafe, dan Muzium Samudera dengan jelas hanya dari balkoni bilik. Korang jangan risau, semua jenis bilik di Casa mempunyai balkoni sendiri.



Saat pintu bilik dibuka, kami semua seakan terpukau! Bilik ini menerapkan hiasan dalaman dan perabot berciri mewah. Katil dengan tilam empuk bersama 4 biji bantal, ruangan kerja, dan kerusi rehat serta meja kopi di balkoni menjadikan ambiance bilik ini cukup WOW! Bahagian yang paling kami suka adalah saiz bilik air yang sangat luas, hampir separuh daripada keluasan bilik dan tab mandi yang bagi kami sangat besar.

Apa yang menarik lagi, terdapat tingkap kayu boleh lungsur ditepi dinding. Bayangkan sambil berendam, anda melihat pasangan anda sedang baring di katil. Romantis sangat!Haha. Tak percaya? Korang tengoklah nanti setiap petang pada pukul 6pm akan ada khidmat kemas bilik dan mereka akan pasangkan lilin dan sediakan katil untuk korang tidur. Jarang-jarang bilik hotel kemas sampai 2 kali sehari tau, iaitu pagi dan petang. Bilik Deluxe ini turut menyediakan fasiliti lain seperti pengering rambut, seterika, Wi-Fi, TV Satelit, DVD Player, iPod docking statiton, Mini Bar, dan peti keselamatan.




Selepas penat mengayuh basikal yang disediakan Casa del Rio ke sekitar Bandaraya Melaka, tibalah saat yang paling dinantikan untuk menikmati hidangan bufet di 'The River Grill', yang terletak sama aras dengan lobi hotel. Kami juga bernasib baik kerana dapat mencuba hidangan khas sempena bulan puasa nanti yang diberi nama 'Cita Rasa Bonda' yang menampilkan menu makanan seperti Nasi Biryani Buah Gajus, Ikan Keli Berlado, Ayam Bakar dan semua ini dihidangkan di dalam dulang yang terasa seperti makan di kampung. Selain itu, pihak hotel turut menyediakan sudut live cooking stall untuk pengunjung. Apa yang kami dapat katakan, kualiti rasa yang disajikan oleh Casa del Rio adalah antara bufet hotel terbaik pernah kami cuba.





Bercakap soal sarapan pagi pula, ada sesuatu yang kami rasa mungkin susah untuk korang dapatkan pilihan seperti ini dari hotel 5 bintang yang lain. Untuk pengetahuan korang, selain daripada hidangan bufet yang menghidang pelbagai jenis makanan, korang juga akan diberi satu menu khas a'la carte yang boleh dipilih dan akan dihantar terus ke meja. Lepas tu enjoy lah makan sambil makan dan makan lagi, haha.

Secara keseluruhannya, percutian santai bersama team Oh Media kali ini sangatlah menyeronokkan. Jika korang berpeluang dan tersesat di Melaka, Hotel Casa del Rio adalah tempat penginapan wajib yang harus korang tempah. Kerana bagi kami, ia sangat berbaloi dengan harga yang kami bayar. Kepada pihak Hotel Casa del Rio, Melaka, tahniah dan keep it up! Kami pasti kembali untuk menginap disini!


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/pengalaman-team-ohmedia-menginap-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping Hotel Mesra Muslim

Pengalaman Menginap Di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping Hotel Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 722 hits
Assalamualaikum Lama Fiza tinggalkan diari ini semata mata untuk memberi laluan kepada job review yang datang Hari ini Fiza tangguhkan job review yang ada demi untuk menceritakan pengalaman kami bercuti bulan lepas yang masih tertangguh Pen...
Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1025 hits
Kalau anda nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi kat mana agaknya lokasi yang anda akan pilih untuk dijadikan tempat menginap Sebelum ini saya akan pilih untuk menginap di sekitar Pantai Chenang Seperti yang kita semua sedia maklum suasana di...
Muzium Kapal Selam Melaka Pengalaman Pertama Berada Dalam Fs Quessant Agosta 70

Muzium Kapal Selam Melaka Pengalaman Pertama Berada Dalam Fs Quessant Agosta 70

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 643 hits
Muzium Kapal Selam Sebenarnya memang dah lama dalam perancangan untuk pergi ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Melaka ni cuma tiada kesempatan sahaja Alhamdulillah semasa cuti pendek penggal sekolah hari tu saya dapat juga akhirnya bawa...
Liburan Mewah Tasya Farasya Di Jepang Menginap Di Hotel Rp 50juta Per Malam

Liburan Mewah Tasya Farasya Di Jepang Menginap Di Hotel Rp 50juta Per Malam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 251 hits
Tasya Farasya sedang menikmati momen liburannya di Jepang Bersama teman perempuannya Tasya yang dikenal merupakan YouTuber kaya raya itu menginap di hotel seharga Rp 50juta per malam
Pengalaman Menikmati Pemandangan Kota Melaka Di Atas Menara Taming Sari

Pengalaman Menikmati Pemandangan Kota Melaka Di Atas Menara Taming Sari

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 464 hits
Assalamualaikum wbt Pada hujung cuti sekolah yang lalu mommy bersama keluarga mengambil kesempatan untuk melawat ke Kota Melaka Kota yang penuh dengan sejarah Bugis Tidak lengkap rasanya percutian anda jika tidak merasai pengalaman menikmat...
Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 2277 hits
Gara gara viral post pasal Muzium Penjara Malaysia kat Melaka di facebook terus tetiba rasa nak pergi sana tengok suasana penjara macam mana Sebab rare gak penjara buat muzium Biasa pasal muzium sejarah Malaysia ni pasal penjara mesti menak...
Kronologi Kaburnya Tahanan Di Inhu Sempat Berkencan Dengan Janda Di Hotel

Kronologi Kaburnya Tahanan Di Inhu Sempat Berkencan Dengan Janda Di Hotel

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 184 hits
Sebelum kabur ER sempat berkencan dan berhubungan intim dengan seorang janda inisial S yang membantunya kabur
Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 445 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn4 34 petang awan makin lama makin tebal Lalu menghilangkan pandangan Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan Makin lama makin mencemaskan Lalu ...
Saat Digerebek Vanessa Dan Rian Subroto Sedang Lakukan Ini Di Kamar Hotel

Saat Digerebek Vanessa Dan Rian Subroto Sedang Lakukan Ini Di Kamar Hotel

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 313 hits
Artis Vanessa Angel digerebek polisi saat tengah berduaan bersama seorang pengusaha bernama Rian Subroto di dalam kamar hotel di Surabaya Lantas apa saja yang sudah dilakukan Vanessa
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever