Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak share pengalaman pertama kali Maha bercuti ke Pulau Tioman. Selalu Maha tengok kat iklan dan juga kat majalah yang pulau ni cantik dan airnya bersih jadi memang teringin sangat nak ke sana. Alhamdullillah awal bulan empat yang lalu Maha telah jejak kaki ke sana dengan tenangnya. Sikit faktar menarik yang sempat Maha baca tentang pulau ini kalau di lihat dari udara pulau ini kelihatan seperti seketul paha ayam tau
Inilah masa untuk berehat daripada kesibukan kerja dan juga kesesakkan kotaraya. Pergi pulak pulau yang jauh kat Laut China Selatan dan hanya dihubungkan dengan pengangkutan laut sahaja. Maha hari tu semasa ke Pulau Tioman ni menaiki feri dari Jeti Penumpang Mersing atau dikenali sebagai Mersing Harbour Center. Kalau dari KL nak ke sana naik kereta sendiri dalam 4 jam 30 minit perjalanan lebih kurang lah.
Sampai kat sana korang tak perlu risau kalau bawa kenderaan sendiri kerana kat jeti tu ada sediakan parking kereta. Cas satu hari parking hanya RM15 sahaja. Jadi hari tu Maha pergi tiga hari kenalah RM45 untuk parking kereta. Kalau korang nak beli tiket feri pula kat bangunan yang berbentuk kubah ni kena jalan sikit dari jeti tu. Harga tiket feri Maha ambil hari tu adalah RM35 campur RM5 untuk bayaran masuk Taman Laut. Jadi untuk bajet pergi balik lebih kurang RM75 seorang.
Tempat beli tiket feri
Pergi Kaunter Boarding Pass
Semasa korang beli tiket ikut mana tempat yang korang menginap di pulau tu nanti kerana pulau tu ada banyak jeti. Maha hari tu sebab menginap kat Berjaya Tioman Resort maka kena turun kat Jeti Kampung Tekek. Selepas sahaja beli tiket kena pergi pula kaunter Boarding Pass untuk ambil warna pas mengikut tiket. Sebab masa nak naik feri mereka akan buat pengumuman warna bording pass mana yang naik dulu dan pintu berapa ok, penting tu nanti tak naik feri korang tau
Perjalanan dari jeti Mersing nak ke pulau mengambil masa lebih kurang 2 jam jadi korang siap-siap lah buang apa patut sebab lama juga tu. Kalau rasa lapar belilah apa-apa makanan atau senang tidur sahaja sepanjang perjalanan. Maha hari tu naik feri pukul 11.30pagi dan sampai kat jeti Tekek pula lebih kurang pukul 1.30tengah hari.
Sesampai sahaja kat jeti pulau kalau korang ada transport yang disediakan pihak resort atau hotel naik sahaja mereka dah tunggu kat tepi jala. Macam Maha hari tu menginap kat Berjaya Tioman Resort jadi pihak hotel menyediakan bas khas untuk semua tetamu mereka yang setiap masa berulang alik dari jeti ke resort. Tapi kalau tak ada transport korang boleh sewa motor kat sana untuk ke tempat penginapan korang
Disambut Mesar Berjaya Tioman Resort
Alhamdulillah akhinya sampai juga kat lobby resort semua tetamu disambut dengan welcoming drink lega rasa tekak yang kering kerana cuca yang panas. Duduk tak lama pun kat lobby untuk register masuk bilik. Maha dapat bilik Garden View yang dua tingkat, nasib bilik Maha bahagian bawah, Masuk sahaja dalam tu terbentang satu katil bersaiz king kot sebab besar sangat tak macam katil kat rumah Maha pun hehehe.
Suasana dalam bilik sangat luas kalau datang dua atau tiga orang boleh muat lagi tu. Bilik tu semua kemudahan ada seperti kipas syiling dan penyaman udara, TV kabel, telefon dengan kemudahan panggilan IDD, pengering rambut, kemudahan membuat teh / kopi, peti kebal, peti sejuk mini dan juga Wifi percuma. Cuma wifi ni kadang-kadang ada lambat sikit almaklumlah jauh kat pulau. Tapi kalau nak laju boleh ker lobby mereka. Signal telefon pun kurang dapat untuk sesetengah provider.
Maha tidur kat bilik tu memang rasa tak nak bangun dah memang sangat sedap baring. Bilik air pula besar juga ada pancuran mandian, toiletries, dan penting air yang cukup. Kadang-kadang setengah resort atau chalet kat pulau ada limit penggunaan air dan juga elektrik. Tapi kat sini semua itu dibekalkan 24jam. Bilik Maha duduk tu pun tak jauh nak akses ke pantai, restaurant nak makan dan juga ke semua kemudahan lain ada kat sini
Sampai kat bilik apa lagi yang pertama buat adalah bergambarlah kan sebab tu korang ada nampak Maha suka bergambar atas katil hotel atau resort yang Maha menginap. Nak tunjuk keselesaan katil mereka. Possing punya possing terlelap sekejap sebab penat perjalanan jauh jadi merehatkan diri kerana petang tu nak pergi jalan-jalan sekeliling resort
Kat resort ini semua kemudahan ada daripada restoran untuk makan-makan, gymnasium dan juga kolam renang. Setelah tiba waktu petang masa untuk menjelajah keliling resort ini korang boleh mengunakan kemudahan basikal yang disediakan oleh pihak Berjaya. Basikal ni boleh bawa bukan sahaja keliling resort tapi sampai ke jeti kalau korang daya lah, tapi Maha tak daya sebab boleh tahan jauh kena naik bukit lak tu.
Jadi kayuh basikal keliling resort dan juga tepi pantai jer. Kat tepi pantai tu cantiknya pemandangan petang. Ada tempat untuk korang nak bergambar seperti buayan yang disediakan dan juga bangsal untuk rehat-rehat dan duduk tepi pantai. Sampai matahari terbenam korang boleh duduk tepi pantai tu. Tapi Maha balik sebelum malam nak mandi dan bersiap untuk pergi makan malam pula. Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang ada kat dalam resort ini
Restoran Matahari Makan Malam Tepi Pantai
Lepas sahaja siap mandi dan semua sekali terus perut rasa lapar tu tandanya masa untuk makan. Makan malam Maha hari ini adalah di Restoran Matahari. Ini adalah salah satu restoran yang ada kat sini tapi ia hanya menyediakan untuk makan malam berkonsepkan masakan Thailand. Ia buka tak silap Maha dari pukul 5.00petang hingga 10.30malam.
Kat sini bestnya kerana restoran ini betul-betul mengadap pemandangan laut dan korang boleh pilih nak makan kat bahagian ruang utama restoran atau kat tepi pantai. Maha hari tu pilih makat kat gazebo mereka tepi pantai bestnya korang makan sambil tengok matahari terbenam dan juga ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
Malam tu Maha order tak banyak sebab makan untuk dua orang jer. Jadi kerana sini makanan Thailand pelayan restoran tu rekemenkan kepada Maha beberapa menu yang menarik kat sini. Antara yang Maha cuba adalah Tom Yam Thale Nam Sai iaitu tomyam bersama herba dengan makanan laut seperti ikan, udang dan sotong. Kemudian untuk lauk utama dicadangkan Pla Kaphong Yam Ma Muang Sud iaitu ikan Siakap goreng bersama dengan salad mangga muda diatasnya.
Tom Yam Thale Nam Sai
Pla Kaphong Yam Ma Muang Sud
Sayur lak Maha tambah lagi Ya Ma-Muang iaitu kerabu mangga muda memang sedap dan juga Phat Phak Bung iaitu kangkung goreng belacan kot hehehe. Last sekali pencuci mulut lak Maha ambil Kuai Bua Chi atau orang kita panggil Pengat Pisang lah. Ya Ma-Muang
Phat Phak Bung
Kuai Bua Chi
Alhamdulillah tak banyak tapi kenyang yer makanan sini direkemen pada korang kalau tak nak keluar jauh memang ok nice. Tempat cantik exclusive dan juga dapat makan sedap-sedap. Lepas habis melantak semua lauk tu perut kenyang dan rasa mengantuk lak. Tak jalan sangat malam tu sebeb masih terasa penat nak rest sebab besoknya banyak lagi aktiviti nak buat kat sini.
Tu nanti Maha akan ceritakan pada posting hari kedua percutian Maha kat Pulau Tioman dan menginap di Berjaya Resort Hotel ni. Banyak lagi nak kongsi kat korang tunggu jer ok. Kalau sapa-sapa nak rasa percutian mewah dan menarik pada pantai yang privacy sini adalah tempat yang Maha cadangkan korang kena pergi ok. Nanti ada komen sila tinggalkan kat bawah ni mungkin korang ada pengalaman menarik nak kongsikan semasa menginap di sini. Maha cerita pengalaman yang Maha alami sendiri. Selamat bercuti dan selamat beristirehat.
Info lanjut tentang hotel ni boleh layari :Facebook : https://www.facebook.com/btrtod/Laman web : https://www.berjayahotel.com/tiomanInstagram : https://www.instagram.com/berjayatiomanresort_official/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/04/cerita-hari-pertama-percutian-di-pulau-tioman-berjaya-tioman-resort.html