Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam


Siapa suka pergi bercuti ke Pulau Langkawi, kita geng!
 
Boleh dikatakan setiap tahun saya akan datang bercuti ke Pulau ini. Kadang-kadang orang dekat sekeliling bertanya, “best sangat ke Pulau Langkawi tu?”
 
Saya tak tahu nak jawab macam mana. Cuma pada saya, kalau tak best, tak kan saya sanggup datang bercuti ke sini setiap tahun?
 
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di Pulau Lagenda ini, bolehlah cuba-cuba book ticket flight ke sini. Sama ada anda nak bercuti di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam, atau kalau nak buat macam yang saya buat pun boleh.

Saya pilih untuk bercuti 5 hari 4 malam di Langkawi sebab nak lebihkan masa berehat-rehat. Bila ada banyak masa, tak adalah rasa macam terkejar-kejar untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang terdapat disini.
 
Macam biasa, saya menaiki penerbangan dengan syarikat Air Asia. Booking lebih kurang setahun yang lalu. Dapat tiket promo, terus beli. Cuma bila beli setahun awal ni, anda kena selalu alert dengan emel pemberitahuan dari Air Asia.
 
Flight yang saya naik ni, kena retime dah beberapa kali. Terpaksalah berurusan dengan bahagian pre-flight untuk atur balik masa yang sesuai dengan jadual perjalanan saya. Apapun semuanya dah selesai.

Posting kali ini, saya nak kongsikan serba sedikit antara aktiviti yang saya lakukan sepanjang bercuti di Langkawi selama 5 hari 4 malam.
 
Kalau anda masih belum pernah datang bercuti ke sini, boleh tengok-tengok jadual percutian yang saya kongsikan ini. Manalah tahu ada tempat-tempat yang saya kongsikan dalam posting ini, yang anda pun boleh kunjungi nanti.
 
HARI PERTAMA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI Dekat airport Langkawi memang ada banyak kaunter yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Tak cukup dengan kaunter, ada juga orang perseorangan yang akan datang approach untuk tawarkan kereta sewa.
 
(1) Ambil kereta sewa dengan Annox Travel Kebiasaannya, kereta sewa saya akan tempah lebih awal. Saya menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Annox Travel. Ya, sama seperti sebelum ini.

Kereta yang saya pilih ialah Honda City. Kononnya sebab nak jimat minyak. Dalam masa 5 hari di sini, saya isi minyak RM70.
 
Percutian ke Pulau Langkawi pada kali ini, saya plan nak buat aktiviti Snorkeling dekat Pulau Payar. Kali pertama saya terjebak dengan aktiviti snorkeling ni masa pergi bercuti dekat Sabah sebelum ni.
 
Saya ada cerita dalam posting saya sebelum ni, aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
 
Pakej snorkeling ke Pulau Payar ni sebenarnya kita boleh tempah in advance melalui beberapa laman web. Ini antara laman web yang saya tahu, yang boleh anda gunakan untuk buat tempahan.
(1) Shopee – Masuk ke laman web shopee dan anda taip sahaja Pulau Payar. Akan keluar beberapa seller yang jual pakej ini.
(2) Adventoro – Melalui website ini anda boleh pilih macam-macam aktiviti untuk ditempah
(3) Travelog.MY – Llebih kurang sama macam adventoro. Dari segi harga nampak lebih murah.
 
Walaubagaimanapun, saya pilih untuk beli pakej snorkeling di Pulau Langkawi. Beberapa hari sebelum berangkat ke Langkawi, saya ada buat semakan ramalan cuaca dan pada waktu tu diramalkan cuaca tak berapa baik.
 
Jadi saya buat keputusan untuk beli sahaja pakej snorkeling sebaik sahaja tiba di Langkawi.
 
(2) Pantai Chenang Lepas dapat kereta, saya terus pandu ke Pantai Chenang. Dekat tepi-tepi pantai dan sekitar Chenang Walk, ada banyak syarikat yang jual pakej Island Hopping, Pakej Snorkeling dan water sport activities. Pilih je nak beli yang mana satu.

Tahun sebelum ini, saya pernah beli pakej Island Hopping dari Malibest Resort. Selain Island Hopping, boleh juga beli pakej Snorkeling, Mangrove Tour dan macam-macam lagi aktiviti melalui Malibest. Dulu pernah berurusan dengan mereka, jadi saya rasa lebih yakin nak beli lagi pakej aktiviti dengan mereka.
 
Kalau nak beli dengan Malibest, kena pergi dekat kaunter dia. Masa tu saya tak tau yang kaunter dekat lobi Malibest dibuka pada jam 1.00 petang. Sementara nak tunggu kaunter tu buka, saya jalan-jalan dulu sekitar Chenang.
 
Tengok-tengok masa masih banyak lagi.
 
(3) Makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur Sambil nak tunggu masuk pukul 1, saya terus set waze dan pergi ke Kak Yan Nasi Campur. Restoran Kak Yan Nasi Campur ni terletak di Jalan Ulu Melaka.

Ini merupakan kali pertama saya datang makan di restoran ini. Sebelum ini, setiap kali nak datang, restoran ini asyik tutup. Mungkin waktu saya datang bercuti ke Pulau Langkawi dulu tak berapa kena dengan waktu operasi restoran ini.
 
Restoran ini merupakan salah satu restoran terbaik yang menghidangkan masakan nasi campur. Ada BANYAK pilihan makanan dan harganya juga tak begitu mahal. Kalau anda rajin cari maklumat tentang tempat makan di Pulau Langkawi, anda pasti jumpa ada banyak blog yang rekemen tempat ini.
 
(4) Beli pakej snorkeling Pulau Payar di Malibest Resort Selesai makan tengahari di sini, saya kembali ke Pantai Chenang untuk uruskan tempahan pakej snorkeling.

Saya pilih tarikh 12 April untuk pergi snorkeling. Hari jumaat pulak tu, terlepas nak peluang nak solat Jumaat dekat Langkawi.
 
(5) Check in di Labu-Labi Residence, Tanjung Rhu Settle urusan dengan Malibest, saya pun teruskan perjalanan ke Tanjung Rhu. Untuk dua malam yang pertama, saya check in di Labu Labi Residence.

Pada saya, apa yang menarik dengan Labu Labi Residence ni ialah biliknya yang mengadap laut. Selak je langsir terus nampak lauk.
 
Jalan beberapa langkah dah boleh sampai ke laut. Pemandangan waktu senja dan waktu matahari baru nak terbit, memang sangat lawa.
 
Suasana dekat sini lebih tenang. Ianya tak begitu padat kalau nak bandingkan dengan Pantai Chenang. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kedamaian dan lebih privasi. Kalau anda ada peluang, datanglah check in dekat sini.
 
(6) Urut kaki dan bahu Saya pernah cerita tentang Kak Azura dalam posting percutian ke Langkawi sebelum ini. Akak ni buat perkhidmatan mengurut di Telaga Ayer Hangat.

Setiap kali datang ke Pulau Langkawi, biasanya saya dan isteri pasti akan datang singgah ke Telaga Ayer Hangat untuk mengurut dengan kak Azura ni. Tahun sebelum ini, kak Azura ada bagitahu yang dia sebenarnya ada ofer servis mengurut ke bilik hotel.
 
Kalau buat urutan di bilik hotel, ianya lebih privasi dan kalau nak, boleh urut satu badan. Kalau cuma nak urut kaki dan bahu sahaja pun boleh.
 
Kebiasaannya kak Azura ni cuma urut orang perempuan sahaja kalau nak urut dalam bilik. Kalau yang lelaki nak urut juga, kena pastikan ada isteri dekat sebelah ye.
 
Andai kata anda nak minta Kak Azura ni datang bilik hotel dan mengurut dalam bilik, boleh cuba call dan buat temujanji ya.
Azura Indah 017- 419 6228
 
Ataupun kalau nak jumpa akak ni, bolehlah pergi ke Telaga Ayer Hangat.
 
HARI KEDUA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI Hari pertama memang saya tak pergi kemana-mana. Lebih kepada nak berehat-rehat. Lagipun badan rasa penat sebab tidur pun sekejap je. Dalam pukul 3 pagi macam tu dah kena gerak ke airport.
 
Saya terus sambung cerita aktiviti hari kedua la ya.
 
(7) Aktiviti Snorkeling di Pulau Payar Aktiviti hari ini ialah snorkeling dekat Pulau Payar. Seperti yang dijanjikan, seawal jam 8.00 pagi saya dah kena standby dekat lobi di Labu Labi Residence.
 
Ada bas yang akan datang ambik dan bawa ke jeti kuah. Pakej Snorkeling yang saya bayar adalah termasuk servis ambil dan hantar ke hotel.
 
Kalau anda nak beli pakej snorkeling Pulau Payar, kena pastikan betul-betul, apa sebenarnya yang anda bayar. Kalau terlalu murah, mungkin ada beberapa servis yang tak dimasukkan sekali.
 
Sebagai contoh, tiada servis ambil dan hantar ke hotel dan makan tengahari di Pulau Payar.

Perjalanan menaiki feri untuk ke Pulau Payar ni mengambil masa lebih kurang satu jam.

Dah sampai di Pulau Payar.
 
Macam biasa, untuk pakej snorkeling ini kita akan dapat set snorkeling secara percuma.

Dekat Pulau Payar ni ada juga disediakan locker berkunci, tapi anda kena bayar kalau nak guna locker tersebut. Selain itu, kalau nak pakai goggle yang ada power, juga akan dikenakan bayaran tambahan.
 
Dekat Pulau Payar ni aktiviti utama dia ialah snorkeling, berenang bersama ikan, ambik gambar dan sebagainya.
 
(8) Makan malam di Medan Selera Nelayan Bukit Malut Bila dah tengok banyak sangat ikan, malam tu saya rasa nak makan ikan pulak.

Untuk makan malam, saya pilih untuk pergi ke Medan Selera Nelayan Bukit Malut.

Konsep tempat ini, kita pilih makanan laut yang kita nak mengikut kuantiti yang kita nak kemudian timbang. Lepas tu kita bagi tahu apa masakan yang kita nak.
 
Dari segi harga, saya rasa ianya masih lagi murah kalau nak bandingkan dengan harga di Chenang. Contohnya untuk ikan siakap yang saya order ni, harga 100gram ialah RM4.50 sahaja. Kalau dekat Chenang, ada restoran yang jual dengan harga RM7 untuk 100 gram.
 
Lepas ini kalau teringin nak makan makanan laut, bolehlah pergi ke Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini.
 
(9) Window Shopping HIG Kompleks Selesai makan malam, saya terus menuju ke HIG Kompleks.

Ada masa terluang ni, saja jalan-jalan survey harga. Nanti boleh buat price comparison dekat kedai duty free lain yang banyak terdapat di Langkawi. Ini salah satu sebab kenapa patut duduk Langkawi lama sikit, sebab nak bagi masa untuk survey harga.
 
Menginap di Tanjung Rhu, saya tak risau sangat bab nak cari tempat parking kereta, sebab kawasan itu tak begitu ramai orang. Lepas siap urusan dekat HIG, saya jalan-jalan dulu.
 
Niat di hati nak tengok pemandangan di Pantai Pasir Tengkorak pada waktu malam. Manalah tahu ada rezeki boleh nampak entiti.
 
Bila dah sampai kat Pasir Tengkorak, suasana sekitar sangat gelap dan nampak macam tak ada tempat untuk masuk ke pantai tu. Saya teruskan perjalanan sampai la tersesat pulak ke The Datai Langkawi. Sepanjang jalan memang gelap gelita!
 
Lampu jalan memang ada, tapi ada juga yang tak menyala.
 
HARI KETIGA PERCUTIAN PULAU LANGKAWI Hari ketiga ni special sikit sebab mak dan ayah mentua saya dari Kedah akan join sama percutian kali ini. Diorang naik feri dari Kuala Kedah.
 
Dari Kuala Kedah, diorang naik feri yang paling awal. Jadi sebelum jam 9.00 pagi mereka dah sampai ke Jeti Kuah.
 
(10) Sarapan pagi di Menghulu Corner, Kuah Pagi tu, masing-masing belum lagi sarapan pagi. Saya pun tak berapa tahu, dekat mana tempat nak sarapan pagi kalau di sekitar Kuah. Kalau dekat Chenang, tak ada masalah sangat sebabnya dekat situ ada banyak tempat makan.

Kalau anda juga berada Kuah, dan tak tahu nak cari tempat makan yang best, ada banyak pilihan dan tempat parking kereta yang luas, saya syorkan anda pergi ke Menghulu Corner ini.
 
Ada banyak gerai-gerai tepi jalan yang menghidangkan juadah untuk sarapan pagi.
 
(11) Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi Aktiviti pada hari ketiga, saya mulakan dengan lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi. Tahun lepas memang saya dah pernah sampai ke tempat ini. Tapi masa tu pergi dengan group lain.
 
Mama dan abah tak pernah lagi masuk ke tempat ni, jadi kat sinilah kami bawa mereka jalan-jalan.

Dekat MARDI Langkawi ni kita akan dibawa melawat ladang buah-buahan. Akan ada pegawai yang bertugas akan ikut kita sama.

Kalau anda rajin, rasa nak tambahkan pengetahuan bolehlah tanya tentang pokok-pokok yang ada dekat ladang ni. Mungkin anda minat nak tahu tentang spesies tumbuhan, jenis baka, baja yang digunakan dan sebagainya. Kalau cuma nak ikut jalan-jalan sambil makan buah di stesen pertama pun boleh.
 
(12) Oriental Village dan Langkawi Cable Car Next, layan Langkawi Cable Car.
 
Untuk naik cable car ni, kita kena pergi ke Oriental Village yang letaknya di Jalan Telaga Tujuh, Langkawi.
 
Saya dah beberapa kali datang ke Langkawi, dan setiap kali datang tu mesti tak dapat nak naik cable car. Biasanya tak dapat naik sebab pihak pengendali syarikat cable car ni sedang jalankan maintenance.

Tahun ini pun sebenarnya saya hampir-hampir tak dapat naik cable car disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan ini.

Kalau nak naik cable car ni, kita boleh pilih apa pakej yang kita nak. Anda boleh rujuk laman web mereka di http://www.panoramalangkawi.com/ untuk lihat apa lagi pakej yang anda boleh beli dari mereka.
 
Dalam lawatan kali ini, saya beli pakej yang termasuk skycab, time travel, 3D Art Gallery dan juga SkyRex.

Antara beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di 3D Art Gallery.

Bagi mereka yang suka bergambar tu, kat sinilah tempatnya untuk anda serlahkan bakat dan kreativiti anda. Kalau pandai posing, banyak gambar cantik-cantik yang boleh dapat.
 
Dalam banyak-banyak pakej tu, saya tak pergi ke SkyRex.
 
Lagipun masa tu perut dah lapar. Kami skip makan tengahari waktu ni sebab masih kenyang. Sebelum pergi ke MARDI Langkawi, kami dah makan di Menghulu Corner.
 
Masa dekat MARDI pula, dah makan buah-buahan yang dihidangkan. Memang kelur dari MARDI dalam keadaan perut kenyang.
 
(13) Makan laksa di Hafiz Rojak, Pantai Kok Petang tu, sebagai alas perut, kami singgah ke Hafiz Rojak.

Kalau nak makan laksa di Langkawi, saya lebih suka makan di Hafiz Rojak. Setengah orang lebih suka makan di Laksa Airport, Laksa Power ataupun Laksa Ikan Sekoq yang tak jauh dari kawasan airport.
 
Ikutla, selera masing-masing kan. Saya dah cuba semua tu, dan saya rasa tekak saya lebih suka laksa yang dihidangkan oleh Hafiz Rojak ni.
 
(14) Check in di Malibest Resort Dah siap makan di Hafiz Rojak, saya terus check in di Malibest pula.

Kalau dua malam sebelumnya saya check in di Tanjung Rhu, untuk dua malam yang terakhir saya bermalam di Pantai Chenang pula. Bilik ini juga mengadap laut seperti di Labu Labi Residence.
 
(15) Makan malam di Restoran Shell Out Chenang Suasana di Chenang memang lebih happening kalau nak bandingkan dengan suasana di Tanjung Rhu. Dekat Pantai Chenang, nak cari tempat makan pun senang.
 
Nak makan sedap? Cuma kena sediakan duit secukupnya.

Malam tu kami bawa mama dan abah makan di restoran Shell Out.
 
Selesai makan malam, lepak-lepak, sembang-sembang dah nak masuk pukul 10. Tapi keadaan di Chenang waktu ni masih lagi ramai orang.
 
(16) Shopping di Warisan Duty Free Kedai-kedai pun masih banyak yang buka.

Kami singgah sekejap di Warisan Duty Free. Ada beberapa barang yang lebih murah kalau nak bandingkan dengan di HIG.
 
Ada juga barang yang dijual di sini, tapi tak ada dijual di HIG. Kalau anda ada banyak masa, bolehlah buat perbandingan harga.
 
HARI KEEMPAT PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI Bangun awal pagi. Lepas siap solat Subuh kalau boleh tak payah la tidur balik.
 
Siap-siap dengan baju mandi untuk mandi laut. Pukul 7.00 pagi macam tu, biasanya susasana dah terang dan dah ramai yang mula mandi laut pada waktu ini.
 
Kalau kebetulan cuaca baik, biasanya dalam pukul 8.30 pagi macam tu dah mula panas. Jadi saya cadangkan kalau anda nak mandi di Pantai Chenang tu, mandilah awal pagi sekitar jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi macam tu. Waktu ni kalau nak mandi tanpa pakai sun block pun tak ada masalah.
 
Kalau waktu petang pula, boleh mula turun ke laut pada pukul 6.00 petang sampailah dekat-dekat waktu maghrib. Nasihat ini untuk elakkan anda kena sun burn.
 
(17) Sarapan pagi di Bella Restaurant Pantai Cenang Selesai mandi, baru pergi cari sarapan pagi.

Kalau anda tak biasa dengan kedai-kedai yang terdapat di Chenang, saya syorkan anda pergilah ke restoran Bella ini. Menu untuk makan pagi ada macam-macam.
 
Ada menu tempatan macam mee goreng, bihun goreng, dan nasi lemak. Ada juga menu western. Kalau nak makan pizza pun ada.
 
Hari keempat ni tak banyak aktiviti yang saya lakukan. Lebih kepada nak rehat-rehat sahaja. Lagipun hari ini mama dan abah akan check out dan nak balik ke rumah.
 
Sementara nak tunggu jam 12 tu, bolehlah rehat-rehat dekat bilik.
 
(18) Jalan-jalan di Chenang Mall dan makan tengahari di HBL Food Corner Kemudian bila dah siap check out, kami jalan-jalan dulu dalam Chenang Mall dan lepas tu terus pergi makan tengahari di HBL Food Corner yang terletak di Jalan Pandak Mayah di Kuah.

Restoran ini adalah salah satu restoran yang best kalau nak makan tengahari. Pertama sebab menu yang disediakan sangatlah banyak dan dari segi harga, ianya sangat murah.
 
Harga macam kat kedai ini memang tak akan dapat kalau kat tempat lain. Kalau nak makan sedap tapi murah, bolehlah datang ke sini untuk makan tengahari.
 
(19) Shopping perfume di World of Perfumes Dah siap makan tu, kami jalan kaki sahaja ke kedai-kedai duty free yang ada berhampiran.

Sempat juga kami kunjungi kedai World Of Perfumes dan beli beberapa botol minyak wangi.
 
Siap urusan dekat sini, saya terus hantar mama dan abah ke Jeti kuah. Petang tu, mereka akan naik feri untuk balik ke Kuala kedah.
 
Saya pulak, teruskan perjalanan ke lokasi tumpuan pelancong yang terdapat di Langkawi.
 
(20) Hutan Lipur Pasir Tengkorak Saya pun baru tahu yang dekat sini ada hutan lipur. No wonder la malam tu gelap semacam…

Saya jangkakan pantai ini senyap sunyi dan tak ramai yang akan datang berkunjung ke sini. Sekali saya silap.
 
Masa ini ada ramai juga pelancong luar dan juga penduduk sekitar yang lepak santai disini. Yang mandi laut pun ramai juga.

Nantilah saya share lagi gambar-gambar yang saya sempat rakamkan di Pantai Pasir Tengkorak. Nama tempat ni memang agak seram, tapi pemandangan dekat sekitar sini memang sangat cantik.
 
HARI KELIMA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI Hari ni merupakan hari terakhir percutian saya di Pulau Langkawi. Rasa sayang pulak nak tinggalkan pulau ni dan kembali ke Kuala Lumpur. Kalau boleh nak stay sini lama-lama.
 
Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak mestilah kena balik juga. Lagipun masih ada banyak kerja yang belum diselesaikan yang menanti di Kuala Lumpur.
 
(21) Galeria Perdana Pada hari yang kelima, dengan masa yang masih berbaki ini, saya gunakan untuk melawat ke Galeria Perdana yang terletak di Jalan Ayer Hangat.

Kali pertama saya masuk ke tempat ini adalah pada tahun 2015 dan pada ketika itu, Tun Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia. Tapi kunjungan saya pada kali ini Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh!
 
Saya menjangkakan akan ada kelainan dalam Galeria Perdana ini, dan ternyata jangkaan saya betul!
 
Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya singgah dulu di HIG Kompleks. Beli coklat dan sedikit buah tangan untuk dibawa balik.
 
(22) Restoran Nasi Ayam Pak Ya Kemudian saya juga singgah di Restoran Nasi Ayam Pak Ya yang terletak di Persiaran Mutiara 2.

Nasi ayam dekat sini memang sedikit berbeza, sebabnya kita boleh pilih sama ada nak nasi ayam biasa atau nasi ayam spesial. Kalau nak yang spesial, ayam tu akan dibalut dengan telur dadar macam dalam gambar diatas tu.
 
Baiklah, setakat ini dulu perkongsian saya tentang percutian ke Pulau Langkawi. In Shaa Allah nanti saya kongsikan lagi dengan lebih details tentang tempat-tempat yang saya kunjungi ya.
 
Jemput baca juga artikel-artikel lain yang saya dah kongsikan dalam blog ini. Selamat bercuti!
 
 
The post Percutian ke Pulau Langkawi selama 5 Hari 4 Malam appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/percutian-ke-pulau-langkawi-selama-5-hari-4-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 616 hits
Hi Siapa sini layan drama korea Kita geng Aku baru sahaja khatam episode drama bersiri Touch Your Heart lakonan Lee Dong Wook Aku bukan nak cerita tentang drama tersebut cuma pandangan aku tertumpu pada kepesatan dan kesibukan ibukota Seoul...
Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 337 hits
This content is password protected To view it please enter your password below Password The post appeared first on
Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort

Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 802 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kali ni Maha nak share pengalaman pertama kali Maha bercuti ke Pulau Tioman Selalu Maha tengok kat iklan dan juga kat majalah yang pulau ni cantik ...
Pekerja Jepun Tidak Gembira Diberikan Cuti Selama 10 Hari

Pekerja Jepun Tidak Gembira Diberikan Cuti Selama 10 Hari

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 371 hits
Pekerja Jepun memang sudah dikenali sebagai pekerja paling rajin di dunia sehinggakan ramai diantara rakyat mereka yang mati akibat terlalu kuat bekerja tanpa rehat yang cukup Baru baru ini pemerintah Jepun telah mengumumkan cuti terpanjang...
24 Anggota Jpj Pulau Pinang Direman Tujuh Hari

24 Anggota Jpj Pulau Pinang Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 455 hits
SERAMAI 30 lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan negeri direman tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu lori kebal yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri i...
Ke Mana Menghilang Selama 5 Hari

Ke Mana Menghilang Selama 5 Hari

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 315 hits
Anak Batuk Berkahak Hampir 3 Minggu Alhamdulillah sementara suami dan anak anak masih tidur Fiza curi masa sekejap untuk menaip entri Rindu sebenarnya Lagi pulak senarai blogger yang join segmen Fiza pun tak up to date lagi Komen pun banyak...
2 Gempa Magnitudo Lebih Dari 4 Mengguncang Wilayah Pulau Sumatera Hari Ini

2 Gempa Magnitudo Lebih Dari 4 Mengguncang Wilayah Pulau Sumatera Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 286 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika merilis adanya dua gempa yang mengguncang wilayah Pulau Sumatera pada Jumat Gempa pertama terjadi di wilayah Seluma Bengkulu Selatan pada pukul 03 53 06 WIB dengan magnitudo 4 4 Pusat gempa berada...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1051 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang Bagi sambutan kali ni tiba giliran Pulau Pinang menjadi tuan rumah Bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 ini juga Festival Guru Malaysia akan diadakan pada 12 Mei hingga 16 Mei 2019 be...
Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1025 hits
Kalau anda nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi kat mana agaknya lokasi yang anda akan pilih untuk dijadikan tempat menginap Sebelum ini saya akan pilih untuk menginap di sekitar Pantai Chenang Seperti yang kita semua sedia maklum suasana di...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui