Pengalaman Menginap Di Hotel Sheraton Imperial Kl


Siapa yang tak teringin nak bercuti merehatkan diri di sebuah hotel 5 bintang walaupun ianya hanya sekadar berlatarbelakangkan pemandangan kota je kan! Ianya bukanlah menjadi satu hal yang besar pun! Sekurang-kurangnya paling tak kita dapat merehatkan dan bercuti di tempat yang tenang dan mempunyai kemudahan yang lengkap.


Bagi korang yang nak bercuti merehatkan diri dan tak ada masa yang banyak untuk pergi lebih jauh dari Kuala Lumpur, saya cadangkan untuk korang ke HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR yang berlokasi di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Ianya terletak betul-betul bertentangan dengan Quill City Mall dan mengambil masa tak sampai 5 minit jalan kaki untuk ke Stesyen Monorail (Medan Tuanku Monorail Station). Chow Kit merupakan lokasi paling hampir yang menjadi pilihan yang hebat untuk pelancong. Ianya boleh diakses mudah dengan menggunakan pengangkutan awam, dan juga berjalan kaki sahaja.

BILIK DELUXE YANG LUAS

Pertama kali melangkah masuk ke bilik dah buat saya ternganga seketika dengan keluasan bilik yang mereka sediakan. Kalau korang nak tahu, luas Deluxe Room yang saya stay tempohari adalah seluas 42sqm/452sqft. Bilik ini diberi nafas baru dengan dekorasi moden dan simple yang dilengkapi dengan almari pakaian (walk-in closet),  peti keselamatan, peti sejuk, USB Outlets, kemudahan untuk menggosok baju dan banyak lagi.


Tengoklah sendiri tilam dan bantal dia, memang tak bagi kita bangun dah kalau letak kepala kat situ. Boleh tidur nyenyak kalau letak kepala kat situ, memang tak nak pergi mana-mana dah. Selain itu, bilik ini juga dilengkapi dengan sofa beserta kerusi dan meja kaca.


Bilik mandi pun tak nak kalah ruang dia, sangat besar dan selesa! Ianya dilengkapi dengan pancuran air hujan dan tab mandi yang berasingan. Selain itu, korang juga akan diberikan peralatan mandian percuma yang lengkap termasuk berus gigi.


Hal paling best bila tiba masa untuk berendam. Nak isi air dalam tab kat sini tak perlu tunggu lama pun. Bila air dah penuh, tutup pintu, tutup lampu dan pasangla muzik nature intrumental. Berendamlah lama mana korang nak tanpa gangguan. Tapi hati-hati, takut tak sedar bila bangun dah tenggelam air pulak. hehe


KEMUDAHAN LENGKAP HOTEL 5 BINTANG
Jangan lupa untuk bersantai di kolam renang mereka sangat cantik dengan permandangan berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur.


Kaunter penerimaan tetamu beroperasi selama 24-jam untuk sebarang urusan seperti pertukaran mata wang, pengaturan pelancongan dan perkhidmatan concierge. Kemudahan gym di Pusat Kecergasan Sheraton  juga beroperasi selama 24 jam khas untuk tetamu (in-house) mereka. Jadi tak perlu risau nak buat apa kalau tak boleh tidur malam.


Selain itu, HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR juga ada menyediakan kemudahan bilik wap, bilik sauna dan juga jakuzzi untuk tetamu mereka. Kemudahan ini juga ada disertakan di dalam pakej keahlian Pusat Kecergasan Sheraton yang mereka tawarkan.


Saya juga sempat mendapatkan rawatan di Mandara Spa yang berada berdekatan dengan Pusat Kecergasan Sheraton dan bilik rawatan sauna. Pastikan korang membuat temujanji awal untuk rawatan yang korang inginkan


Dekat Mandara Spa ni korang boleh buat macam-macam rawatan termasuk rawatan muka dan urutan badan. Tempohari saya memilih untuk lakukan urutan badan. Ada variasi pilihan minyak yang boleh kita pilih sesuai untuk rawatan yang kita nak buat

MAKAN-MAKAN DI HOTEL SHERATON IMPERIAL KL
Tak perlu runsing tentang hal makan kerana HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR mempunyai banyak restoran dan bar yang korang boleh kunjungi termasuklah 4 buah restoran utama dengan fokus yang tersendiri iaitu Villa Danieli, Essence, Celestial Court dan Pavilions Lounge.


ESSENCE | Untuk sarapan pagi dan makan malam, korang boleh ke Essence . Di Essence mereka ada menyajikan makanan dalam konsep buffet untuk sarapan pagi dan ala cart untuk makan malam. Disini korang boleh nikmati masakan tempatan dan antarabangsa. Cubalah pesan nasi goreng ayam percik dia, mesti tak menyesal punya!


Memang berbaloi pesan nasi goreng ni, ayam percik dia style asli masakan Kelantan. Menu ni sangat sempurna bila digandingkan dengan telur mata. Next time memang boleh pesan lagi.


CELESTIAL COURT | Bagi penggemar makanan cina, korang boleh menikmati hidangan makanan cina di Celestial Court. Ianya sangat berbaloi kerana restoran ini pernah menerima anugerah (Award-Winning Chinese Restaurant) .


Jadi macam biasalah, menu salted egg prawn mesti jadi pilihan utama untuk kami pesan. Selain tu banyak juga meu lain kami pesan. Satu lagi menu yang tak boleh tinggal adalah steamed lava custard bun untuk pencuci mulut.


VILLA DANIELI | Bersebelahan dengan kolam renang, mereka mempunyai satu restoran masakan Itali yang cukup unik dan indah digelar Villa Danieli . Bukan calang-calang masakan Itali yang dihidangkan disini kerana chef mereka pun diimport khas dari Itali bersama menu-menu masakan Italy yang asli.


Saya sendiri berpeluang makan tengahari di Villa Danieli ni. Sebuah restoran yang cukup selesa dan bersuasana romantik bagi saya, tapi sayang saja masih seorang. huhu.



PAVILIONS LOUNGE | Manakala minum petang pula disajikan di Pavilions Lounge dengan tawaran harga set minum petang yang cukup berbaloi. Promosi untuk set Hi-Tea di sini hanya RM 98 untuk 2 orang. Yang bestnya, banyak pilihan minuman yang free flow. Korang leh pilih nak air coffee, Ice beverages ataupun tea. Boleh tambah air yang berlainan yang ada dalam senarai kategori air coffee, Ice beverages atau tea.



Kata Misz Ella, "kalau guna Maybank Credit Card, korang akan boleh dapat 20% diskaun lagi". Jadi makin jimat lah kan. Sambil minum-minum dan borak-borak tu, boleh dengar orang main piano secara live. Sesuai sangat kalau nak bawa family, kawan-kawan atau client korang untuk urusan business di sini kan


Bila berbicara hal makan di HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR ni, ia mungkin memerlukan saya untuk menulis article khas untuknya. Ini cuma sebahagian yang sempat saya rasa dan kongsi, masih ada beberapa lagi lokasi menarik di dalam hotel dan sekitar hotel yang boleh korang kunjungi untuk menikmati hidangan makanan yang berlainan konsep termasuklah di jalan Doraisamy iaitu kawasan sekitarnya.

Jadi, korang pun kena datang dan menginap di sini jika ada peluang. HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR ni menawarkan bilik terbesar untuk kategori hotel di bandar. Walaupun berada di sebuah bangunan yang lama iaitu semenjak 1998, semua bilik dan kemudahannya telah diberi nafas baru dengan look yang moden dan ekslusif pada 2018 yang lepas. Apa yang dikekalkan hanyalah marbel nya sahaja. 
Untuk maklumat lanjut berkenaan HOTEL SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR, korang boleh akses ke laman sesawang mereka di www.sheratonimperialkualalumpur.com  atau terus call mereka di ; +603-2717 9900



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/01/review-hotel-sheraton-imperial-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

Pengalaman Menginap Di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1340 hits
Macam biasalah aku memang suka bercuti time weekend Kali ini nak pergi Ipoh pula Apa yang best kat Ipoh Ak pun sendiri tak tahu apa yang best kat Ipoh ini dan kebanyakkan orang kata tempat penuh dengan makanan yang sedap serta banyak kedai ...
Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang Auspicious Chinese New Year Reunion yang juga merupakan Chef Ho Boon s Signature Dishes yang boleh dida...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 593 hits
Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assalamualaikum semua Amboi baru je melangkah tahun baru 2020 dah sibuk bercuti ye Alaaa macam ni la nasib orang yang bekerja sendiri wakk Time orang sibuk bercuti time tu la ke...
A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 601 hits
A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur HotelA Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assal...
Nikmati Berbagai Keuntungan Menginap Di Hotel Airy Saat Liburan Ke Padang

Nikmati Berbagai Keuntungan Menginap Di Hotel Airy Saat Liburan Ke Padang

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 305 hits
Akomodasi merupakan salah satu hal yang perlu mendapat perhatian khusus saat Anda bepergian ke Padang entah itu untuk urusan bisnis maupun liburan Terlebih jika Anda melakukan perjalanan lebih dari satu hari Ingin lebih mudah mencari hotel ...
Paksa Mantan Istri Rujuk Sambil Bawa Pedang Usman Akhirnya Menginap Di Hotel Prodeo

Paksa Mantan Istri Rujuk Sambil Bawa Pedang Usman Akhirnya Menginap Di Hotel Prodeo

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 287 hits
Pengancaman itu terjadi ketika pelaku mendatangi rumah mantan istrinya Fitria Ulfa di Jalan PSI Kenayan Kelurahan Karang Anyar Gandus Palembang Senin malam Ketika itu pelaku membawa senjata tajam jenis pedang
Pengalaman Menginap Di Wad Kelas Kedua Hospital Shah Alam

Pengalaman Menginap Di Wad Kelas Kedua Hospital Shah Alam

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 2315 hits
Masuk malam ni dah 4 malam la mommy menginap di Wad Kelas Kedua Hospital Shah Alam untuk Tahun 2020 kerana sakit yang menyerang secara tiba tiba di bahagian perut Cerita terperinci tentang sakit perut mommy cerita next time ya Sakit yang ta...
Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kl

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kl

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 410 hits
Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli Sheraton Imperial KL Assalamualaikum semua Betul la orang kata tak kenal maka tak cinta tapi bila dah pekena terus nak lagi Haishhh bermadah madah pulak sis ni kan Tapi tu la hakikatnya perasaan sis te...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids