Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kl


Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL | Assalamualaikum semua... Betul la orang kata tak kenal maka tak cinta tapi bila dah pekena terus nak lagi. Haishhh, bermadah-madah pulak sis ni kan. Tapi tu la hakikatnya perasaan sis terhadap satu restoran makanan Itali yang terletak di dalam bangunan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Bagi sis di sini la kita dapat merasai keenakan makanan Itali yang sebenar. Ya, kat Malaysia ni agak susah nak cari restoran yang betul-betul menghidangkan resepi asli makanan Itali. Kalau ada pun yang dah diubah resepi supaya kena dengan tekak orang Malaysia. Lebih menarik, bukan sahaja menghidangkan makanan Itali malah dekorasi dan suasana juga sama seperti restoran d i Italy dengan alunan muzik dari pemain piano serta nyanyian yang merdu pasti membuat hati rasa nyaman untuk menikmati setiap kunyahan makanan


Sebagai menyambut kedatangan tahun 2020, restoran Villa Danieli juga membuka lembaran baru dengan mengalu-alukan kedatangan Ketua Chef Italy yang baru iaitu Chef Roberto Panareillo. Beliau yang merupakan anak jati kelahiran Italy dan mempunyai pengalaman lebih dari satu dekad menjadikan Chef Roberto seorang yang sangat arif tentang menu masakan Italy yang asli.

Dengar kata kebanyakan resepi yang dihasilkan oleh Chef Roberto di Villa Danieli ini adalah resepi dari nenek moyangnya. Walaupun resepi yang ditampilkan ringkas tetapi dengan penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan segar serta sentuhan air tangan chef yang berpengalaman menjadikan setiap hidangan mempunyai rasa yang istimewa.

Sis rasa cukup bertuah kerana berpeluang menjadi antara yang terawal dapat menikmati makanan Italy yang disediakan oleh Chef Roberto sempena memperkenalkan 'A taste of Italy by Chef Roberto' yang diadakan di Villa Danieli baru-baru ini. Terdapat 4 course set menu telah disediakan iaitu :


Course 1 : Antipasti - Tartare Di Tonno
Sebagai permulaan kami dihidangkan dengan pembuka selera iaitu Tartare Di Tonno yang merupakan tuna premium dan dihidangkan bersama dengan bahan-bahan segar seperti buah zaitun hijau dan hitam yang yang diimport, cuka Balsamic manis dari Modena, Itali dan kerangupan bawang merah yang meningkatkan rasa tuna segar dan juicy. Memang satu kombinasi yang membuka selera setiap orang yang menikmatinya.



Course 2 : Pasta - Ravioli Carbonara Di Mare
Untuk hidangan kedua ni sangat istimewa yang menampilkan 3 elemen iaitu pasta ravioli yang dibuat sendiri, menggunakan sos carbonara asli dari Itali dan sedikit inovatif untuk bahan yang digunakan sebagai inti. Ya, Chef Roberto menyediakan ravioli buatan sendiri dengan menggunakan makanan laut sebagai inti seperti udang, kerang dan anak sotong yang segar. Sukar nak jumpa premium ravioli yang menggunakan bahan sebegini. Sedap tau..



Course 3 : Pesce - Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca
Kalau korang datang ke sini pastikan korang order menu ni tau. Mana taknya, resepi menu ini telah disediakan turun temurun oleh keluarga Chef Roberto selama hampir 80 tahun tau. Wow, lama tu. Selalunya disediakan di rumah untuk keluarga tersayang tapi kini Chef Roberto bersedia untuk berkongsi hidangan hebat ini bersama dengan pelanggan yang datang ke Villa Danieli. Dengan menggunakan Codfish yang diterbangkan dari Lautan Eropah sebagai bahan utama, ikan ini dipanggang sempurna dan disajikan dengan sos tomato yang dibuat dari tomato segar dari Puttanesca dan juga saturan kukus, buah zaitun capers dan tomato.



Course 4 : Dolce - Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna
Hidangan ke-4 ini merupakan Panna Cotta yang dikenali sebagai puding Itali asli telah menjadi pilihan Chef sebagai pencuci mulut. Apa yang menarik, Chef Roberto telah mencipta semula resepi Panna Cotta ini bagi memberi rasa yang lebih istimewa dan dekat di hati dek kerana rindukan kampung halamannya. Antaranya chef telah menambah premium Madagascar vanila dan kombinasi beberapa buah sitrus menjadikan hidangan ini marbeles sebagai penutup hidangan.



Secara keseluruhannya bila makan di Villa Danieli ni membuatkan sis menikmati masakan Italy yang sebenar dan tak boleh dapat di mana-mana restoran sebab dah rasa macam makan masakan mak kat kampung tau. Tapi kampung kat Italy la.. hehe. Macam mana kita rasa tenang bila makan kat rumah, macam tu juga la perasaannya bila makan kat sini. Bukan setakat tu je, menu di Villa Danieli juga diubahsuai menjadi seperti surat khabar atau dikenali sebagai Gazzetta bagi melengkapkan mood seperti di rumah. Semua senarai menu ada diletakkan di dalamnya dengan susunan yang menarik.

So, amacam?? Best kan restoran ni. Tapi rasa macam over pulak kalau sis duk cerita sini je. Kang ada pulak yang kata sis ni syok sendiri je kan. Ha, Apa kata korang sendiri pergi dan menikmati hidangan makanan Itali yang disediakan oleh Chef Roberto Panareillo dan team di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Menu baru ini bermula dari 17 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Villa Danieli, sila hubungiTel : +6012 337 9980e-mel ke [email protected]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2020/01/nikmati-makanan-itali-di-villa-danieli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 601 hits
A Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur HotelA Taste Of Italy 4 Course Set Menu Dari Chef Roberto Panareillo Di Villa Danieli Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assal...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 593 hits
Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Assalamualaikum semua Amboi baru je melangkah tahun baru 2020 dah sibuk bercuti ye Alaaa macam ni la nasib orang yang bekerja sendiri wakk Time orang sibuk bercuti time tu la ke...
Nikmati Makanan Korea Di Daseo Penang

Nikmati Makanan Korea Di Daseo Penang

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1779 hits
Assalamualaikum dan Hai Siapa kat sini pengemar makanan korea I m sure pasti ramaiii kannn so u all tau dak kat Penang ada satu tempat yang u all boleh singgah untuk menikmati makanan korea iaitu di Daseo Queensbay Mall Penang lokasi terlet...
Pengalaman Menginap Di Hotel Sheraton Imperial Kl

Pengalaman Menginap Di Hotel Sheraton Imperial Kl

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 472 hits
Siapa yang tak teringin nak bercuti merehatkan diri di sebuah hotel 5 bintang walaupun ianya hanya sekadar berlatarbelakangkan pemandangan kota je kan Ianya bukanlah menjadi satu hal yang besar pun Sekurang kurangnya paling tak kita dapat m...
Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Raikan Tahun Baru Cina Auspicious Reunion Di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang Auspicious Chinese New Year Reunion yang juga merupakan Chef Ho Boon s Signature Dishes yang boleh dida...
Auspicious Reunion Makan Besar Tahun Baru Cina Di Celestial Court Sheraton Imperial Kl

Auspicious Reunion Makan Besar Tahun Baru Cina Di Celestial Court Sheraton Imperial Kl

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 778 hits
Tahun Baru Cina 2020 atau The Lunar New Year sudah semakin hampir tiba Inilah masa yang dinantikan untuk setiap ahli keluarga berkumpul bersama di rumah ibubapa tercinta Tradisi Makan Besar sudah semestinya akan disambut meriah pada malam s...
Makanan Ringan Khas Lampung Nampol Di Lidah Cocok Jadi Oleh Oleh

Makanan Ringan Khas Lampung Nampol Di Lidah Cocok Jadi Oleh Oleh

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 241 hits
Makanan ringan khas Lampung terkenal dengan kelezatannya beragam dan cita rasa yang unik Lampung menjadi provinsi paling selatan di Sumatera serta jadi lokasi destinasi paling menarik untuk dikunjungi
20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream Co Id Cara Efektif Menambah Berat Badan

20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream Co Id Cara Efektif Menambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 296 hits
Hallo bertemu kembali pada kali ini akan membawa pembahasan mengenai cara efektif menambah berat badan 20 Jenis Makanan Sehat Penambah Berat Badan Dijamin Efektif Dream co id simak selengkapnya Ilustrasi Merasa badan terlalu kurus dan jauh ...
Makanan Paling Teruk Netizen Malaysia Panas Hati Wartawan Mat Salleh Hina Nasi Lemak

Makanan Paling Teruk Netizen Malaysia Panas Hati Wartawan Mat Salleh Hina Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 449 hits
Di Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan tetapi antara makanan paling favourite sepanjang zaman adalah nasi lemak Baru baru ini nasi lemak menjadi trending di Twitter gara gara satu tweet berbaur kritikan terhadap makana...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids