Pengalaman Menginap Di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh
Macam biasalah aku memang suka bercuti time weekend. Kali ini nak pergi Ipoh pula.
Apa yang best kat Ipoh? Ak pun sendiri tak tahu apa yang best kat Ipoh ini dan kebanyakkan orang kata tempat penuh dengan makanan yang sedap serta banyak kedai hispter.
Sebelum nak ke Ipoh tu memang tengok app Agoda dulu untuk check harga hotel kat sana dan kalau boleh harga yang bajet-bajet lah.. pergi pun 1 (satu) malam je. nak pergi lama-lama pun bukan ada apa sangat.
Jumpa la satu hotel dan terus book..
Hotel Indra Boutique Suites IpohSampai je Ipoh terus cari hotel ini. tak jauh pun dari Tol Ipoh memang dekat betul dengan simpang masuk Ipoh. memang sangat strategik tempat ini tapi untuk tempat menarik kat ipoh tu agak jauh sikit.
Hotel ini dekat sangat Tesco sebelah je. Boleh jalan kaki ke Tesco selain itu ada kedai makan melayu dan mamak sekali. Kemudian kalau tak cukup duit ke ada Maybank belakang hotel ini..
Bilik tak adalah sempit sangat tapi boleh nak buat solat kira ada space juga. Lagipun hotel buat tempat tidur je selebihnya banyak berjalan-jalan nanti.
First masuk ni bilik ni agak berbau.. macam ada bau rokok.. walaupun ada notis larangan merokok tpi still ada orang merokok juga.. jadi buka lah aircond buang bau rokokk..
Jadi inilah bilik kitaorang 2 single bed. wallpaper simple membangkitkan mood happy.
2 singel bed
dari sisi lain.. standard hotel ada peti ais, tv, peti security siap ada kipas tu.. haha
Ini adalah bilik air lupa nak ambil gambar dalam bilik air.. Toiler dia pun nice senang nak ambil wudhuk..
sisi lain untuk toilet.
Overall bilik selesa dan bilik pun cantik lagi mungkin sebab hotel baru lagi. Lantai pun jenis kayu feeling duk bilik korea. hahah
Harga murah kalau booking by Agoda atau app hotel lain.. kalau walk in mahal skit dalam Rm155 macam tu untuk 2orang dan satu malam
Kalau nak book hotel ini jangan confius sebab hotel ini ada 2 nama.. iaitu Indra hotel (hotel lama).. Hotel baru iaitu Hotel Indra Boutique Suites..lobi hotel ini cantik nice lupa plak nak ambil gambar..
Nak balik senang nanti sebab dekat simpang masuk tol.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akubahrain.com.my/2020/01/pengalaman-menginap-di-hotel-indra.html