Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020


Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020 | Tahun lepas Fadzi pernah tulis pasal program Nak Ubah Hidup 2019 dekat blog. Korang boleh baca dekat sini. 
Waktu tu tengok ada kawan dalam Facebook share dieorang pergi, apa yang diaorang dapat, betapa semangatnya diaorang lepas program tu. Kira nampak macam menarik je.


Tup tup tahun 2020 ni, tak tahu lah macam mana Fadzi dapat peluang nak pergi program Nak Ubah Hidup 2020. Last last minit pulak tu. Fadzi pun teringin nak tengok sendiri content dalam NUH tu jadi Fadzi terus cakap yes.
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020Program Nak Ubah Hidup 2020 ini berlangsung selama 3 hari iaitu 25, 26 dan 27 Januari 2020. Masa tu cuti Hari Raya Cina. Diaorang buat dekat Setia City Convention Centre dekat Setia Alam. 

Diaorang kata lebih kurang 13 000 orang yang datang join NUH 2020 kali ini. Ramai gila kan. Tak sangka SCCC ni mampu nak tampung orang seramai tu. 
Hari pertama Fadzi datang awal sebab nak register. Takut tak sempat. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Dari Shah Alam Fadzi gerak dalam pukul 7.20 pagi macam tu.
Awal-awal dari Shah Alam tu tak jem pun. Tapi bila dah sampai dekat dekat jalan masuk ke SCCC tu, dah start kereta penuh dan jem sikit. Terus Fadzi cari tempat parking dan park kereta.

Make sure bila tinggalkan kereta, berkunci ya. Lepas tu Fadzi jalan lah menuju ke dewan. Setiap tiket ada jalan masuk dewan sendiri. Senang lah sikit nak cari seat dekat mana. 



Sebelum masuk dewan. Fadzi pergi register dulu. Sebenarnya diaorang dah bukak registration hari sebelumnya lagi. Ramai jugak yang dah register hari sebelumnya. Lagi senang boleh terus masuk dewan pagi ni kot.


Peserta NUH 2020 Berdiri Atas Kerusi Bagi Komitmen PenuhBear in mind, ni kali pertama Fadzi pergi program NUH ni okay. Masuk masuk dewan je Fadzi terkejut tengok ramai yang berdiri atas kerusi sambil berjoget ikut lagu rancak. Fuh, lagu dia bukan main rancak dan kuat sampai bergegar rasa jantung ni. 

NUH 2020 hari pertama bermula agak lewat. Asalnya dalam jadual 8.30 pagi. Tapi hari tu bermula dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Dr Azizan naik pentas je makin ramai yang berdiri atas kerusi non stop. Fadzi yang first time datang NUH ni terkial-kial lah tak tahu apa kan. Hahahha.

Rupanya yang berdiri atas kerusi ni katanya komitmen tinggi dan berani buat lain daripada yang lain. Fadzi tak larat lah nak berdiri lelama. Hahahahaha. Kalau ada aktiviti baru lah Fadzi berdiri. Itu pun berdiri dekat lantai je lah bukan atas kerusi. Takut jatuh XD XD 

Tun Dr Mahathir Mohamad Datang NUH 2020Hari kedua Fadzi rasa hari yang paling buat Fadzi teruja. Sebabnya tiba-tiba saja Tun Dr Mahathir Mohamad Dan Tun Dr Siti Hasmah ada datang sekejap. Waktu tu memang havoc lah satu dewan. Semua orang tak sangka Tun nak datang. 

Waktu tu memang Fadzi rasa aura Tun memang power. Walaupun sekejap, Fadzi rasa kedatangan Tun sedikit sebanyak menyuntik semangat yang lebih tinggi bukan saja pada Fadzi tapi pada semua peserta yang datang.


SWITCH! Recharge EnergySepanjang panjang seminar, banyak kali juga Dr Azizan sebut Switch! dan keluar video Son Goku tengah tingkatkan power Super Saiya dengan lagu yang menggegarkan jiwa.

Waktu tu ramai-ramai menjerit bagi energy dalam diri sendiri. Rasa lah juga dalam diri ni semacam ada energy dari kiri kanan. Tapi sejujurnya part tu yang Fadzi suka. Mungkin sebab ada Goku juga. Hahahahah.


Kenali Energy Dalam Diri, Ilmu Kewangan Dan KerohanianMostly apa yang Fadzi belajar dalam NUH 2020 ini adalah berkenaan dengan cara nak kenal potensi dalam diri, macam mana nak keluarkan energy dalam diri, cara nak remove negativity, ilmu kewangan dan juga kerohanian. 

Cara nak kenal potensi dalam diri dan cara nak keluarkan energy dalam diri tu sebenarnya Fadzi dah tau sebab Fadzi banyak dengar video-video pasal abundance dekat Youtube. Kelainanan dalam NUH 2020 ini bila Dr Azizan relate kan dengan Islam.



Kesemua video yang Fadzi tengok sebelum ni dari orang putih jadi diaorang relate kan dengan agama diaorang lah kan. Bila dengan Dr Azizan, dia selitkan sekali dengan ilmu ilmu pasal Islam yang perlu kita buat. Ingat pada energy source kita iaitu Allah.

Part ilmu kewangan tu pun penting jugak bagi korang yang agak-agak lemah dalam nak control kewangan sendiri. Belajar macam mana nak kawal perbelanjaan, cara nak menyimpan dan cara untuk buat investment.


Buang Rokok Untuk BerjayaSalah satu moment lain yang Fadzi rasa seronok sangat dalam NUH 2020 ini bila Dr Azizan buat demo macam mana rokok tu boleh melemahkan kita. Serius Fadzi seronok sampai tepuk tangan. 

Lepas buat demo, Dr Azizan minta staff dia ambil tong sampah dan suruh orang-orang yang merokok buang rokok diaorang dalam tong sampah depan dia. Datang sorang-sorang buang rokok diaorang.

Pada Fadzi waktu tu memang respek habis Dr Azizan sebab dia berjaya buat orang buang rokok diaorang. Siap ada yang sampai menangis-nangis dan berlari buang rokok.   


Apa Yang Buat Fadzi Annoyed Semasa Program NUH 2020Ada juga beberapa perkara yang Fadzi rasa agak annoyed masa Fadzi attend Program NUH 2020 ni. Antaranya:

1. Orang Merokok Luar Dewan
Fadzi faham korang yang ketagih rokok haram tu tak dpat nak kawal diri. Tapi kot ye pun nak merokok, fikirkan lah orang lain sekali. Yang pergi merokok betul-betul tepi dewan buat apa. 

Nak nak lagi masa orang semua tengah keluar untuk break. Sesak nafas Fadzi ni ha. Geram bau busuk pening kepala. Kot ye pun tak boleh nak tahan nak hisap rokok, pergi lah jauh lagi dekat tempat parking tempat orang tak ramai.

Nasihat Fadzi, fikir fikir kan lah orang lain. Korang yang pilih untuk merokok. Kalau korang boleh korbankan duit untuk beli rokok, korang jugak boleh korban kan tenaga nak berjalan jauh sikit daripada orang ramai untuk merokok.

2. Bawa Kereta Macam Peleset
Ini waktu kemuncak lah. Masa awal pagi orang nak datang ke SCCC. Dan juga waktu break dan waktu malam masa orang nak keluar dari SCCC. Main potong je kereta depan tak fikir nak sabar.  

Kebanyakan yang bawak kereta nampak macam selfish habis. Fikir mereka saja nak cepat. Ingat orang lain tak nak cepat. Fadzi malas nak sesak-sesak, Fadzi guna jalan jauh sikit. Jalan clear je tak payah nak potong potong turn orang.

Fadzi terfikir juga lah waktu. Korang nak datang program pembangunan diri. Tapi dari awal lagi korang penting kan diri dan tak berdisiplin. Macam mana nak berjaya? Betul tak?



3. Program Hari Pertama Mula Lewat
Hari pertama Program NUH 2020, dalam jadual sepatutnya mula pukul 8.30 pagi. Tapi in realiti, Dr Azizan mula kan seminar pukul 9 pagi lebih. Tapi untuk hari pertama saja lah. Hari keseterusnya, mula agak-agak mengikut masa. 

Bukan lah nak marah tapi Fadzi sendiri cuba paksa diri Fadzi untuk menepati masa dengan datang awal. Jadi orang lain pun perlulah menghormati masa orang lain jugak kan. 

Fadzi harap lepas ni bukan NUH saja yang menepati masa yang telah ditetapkan. Tapi jugak event event lain. Perkara simple. Kita hormat masa orang, orang hormat masa kita. Kan?

4. Peserta Tak Hormat Ruang Peserta Lain
Kebanyakan peserta yang datang NUH 2020 dah datang seminar Dr Azizan banyak kali. Dan mereka dah tahu cara Dr Azizan bagi seminar macam mana. 

Jadi rata-rata, sampai awal terus berdiri atas kerusi. Lama sikit baru Fadzi faham tradisi ni. Tapi ada yang boleh dikatakan obses sangat sampai melompat dan berjoget dan mengganggu ruang peserta lain. 

Korang berdiri atas kerusi, berjoget, barang jatuh atas peserta lain. Korang berdiri atas kerusi, bila penat, angkat kaki dekat tempat sandar kerusi. Korang tak fikir ke kaki korang menghala ke arah muka orang belakang?

Belum lagi orang bertolak-tolak untuk masuk dewan, keluar dewan, beli makanan. Alahai. Kita semua dah besar panjang. Dah boleh fikir sendiri. Fadzi faham semua nak cepat, semua lapar, semua penat. Tapi fikir lah keselesaan orang lain juga.



Fadzi harap sangat selepas ini kalau kita pergi event atau program lain, fikir pasal orang juga. Fikir apa kita nak buat tu baik atau buruk. Baru lah rasanya ilmu yang kita dapat tu rasa diberkati.

Bukan Fadzi mengomel ni saja saja. Memang betul kalau kita fokus benda yang negatif, jadi negatif lah semua. Nak semua benda positif, kita kena fikir positif saja.

Tapi pengalaman Fadzi ni. Mungkin orang yang buat benda-benda ni tak perasan. Jadi, bila korang baca pengalaman Fadzi ni, harapnya korang ambil nasihat Fadzi ni dan tak buatlah benda benda yang tak sepatutnya korang buat ni okay.

Program NUH 2020 ni dari pagi sampai malam tau. Tapi Fadzi tak mampu nak join full day. Fadzi cuma sempat join 2 hari saja tu pun tak sampai malam. Tapi ini memang pengalaman baru untuk Fadzi. Tak pernah pernah rasanya Fadzi pergi seminar macam ni. 
Tips Persediaan Untuk Sertai Program Nak Ubah Hidup 2020Disebabkan Fadzi dah ada pengalaman join program ni, Fadzi nak bagi sedikit tips yang korang boleh apply in case korang nak join next program ini.
1. Cari dan duduk hotel berdekatan dengan tempat program. Tahun ini Program NUH2020 dibuat di Setia City Convention Center (SCCC). Fadzi cadangkan untuk mengelakkan penat travel jauh dari rumah dan kalau tak ada transport, korang cari saja hotel-hotel yang berdekatan. Ada hotel yang korang boleh jalan kaki saja ke SCCC.

Nanti Fadzi buat satu artikel untuk senarai nama hotel yang berdekatan dengan SCCC. Nanti korang boleh book awal-awal. Pastikan book seawal mungkin tau. Sebab yang datang nanti ramai. Takut full cepat.
2. Beli Makanan Lunch Dan Dinner Online DeliveryDalam program NUH2020, hanya yang ada tiket Titanium dan Spire saja yang disediakan dengan lunch dan dinner. Selain daripada tu, korang kena cari makanan sendiri. 

Memang ada food truck dekat luar dewan tapi harga agak mahal juga. Kalau nak pergi makan dekat Setia City Mall yang betul betul dekat sebelah SCCC tu pun boleh jugak tapi lunch hour comfirm akan penuh dengan orang yang datang NUH dan juga orang yang datang jalan-jalan waktu weekend. 

Jadi solution dia, korang boleh beli makanan food delivery. Order awal-awal, kata lah dalam pukul sekian-sekian tolong hantar dekat depan dewan SCCC. Korang boleh join Group Facebook Food Delivery Setia Alam untuk cari orang yang boleh buat service ni. 




3. Duduk Dengan Orang Yang Berbeza Setiap Sesi
Kalau korang daftar dan pergi dengan keluarga atau kawan, pastikan masa masuk dewan korang duduk dekat orang lain. Masa break pun, korang keluar jumpa bertegur sapa dengan orang lain. 

Baru boleh berkenaan dengan ramai orang dan buat networking. Kalau duduk dalam kumpulan yang kita kenal, kurang lah networking nya. Fadzi sendiri hari pertama duduk dengan kawan-kawan. Kurang sikit bercakap dengan orang lain.

Bila masuk hari kedua, Fadzi terpisah dengan kawan-kawan. Nak cari pun malas. Fadzi duduk je merata dan puff terus buat kawan baru. Kalau jenis yang introvert, korang buat buat lah mintak tolong ambilkan gambar. Pastu mesti conversation starts. 


4. Sewa Kereta Atau Cari Nombor Service Hantar Orang Fadzi pergi ke SCCC dari Shah Alam drive saja. Alhamdullilah. Tapi kalau korang yang duduk hotel yang agak jauh dari SCCC, Fadzi cadangkan korang sewa kereta dan share dengan kawan-kawan atau kenalan yang jumpa dalam NUH.

Fadzi ada berborak dengan orang orang yang datang NUH. Mostly yang tak ada kereta, kira macam mengadu susah nak dapat servis Grab dekat sini. Possibility sebab orang ramai sangat dan tak cukup Grab yang ada. 

Selain Grab, korang boleh download dan install MyCar terus sebab dekat sini pun ada juga yang buat MyCar. Atau korang masuk Group Facebook Setia Alam dan cari terus orang yang ada buat service hantar orang. Ambil nombor dieorang. Senang.

Options lain, mungkin korang boleh cuba call nombor di bawah ini:

Sunlight Unicablink: 1 300 800 222 Public Cab: +603 6259 2020 Blue Cab Malaysia (MPV): +603 8948 2193
5. Toilet Dan Surau Toilet dekat sini banyaklah jugak. Diaorang siap prepare extra toilet bergerak tu lagi. Tapi selesanya toilet dekat dewan lah. Waktu break, fuh memang ramai gila orang beratur nak pergi toilet. Bertabahlah korang ya.

Kalau rasa nak tak beratur panjang sama ada untuk ke toilet atau solat di surau, korang boleh keluar waktu sesi seminar tu. Mungkin lah ada termiss sikit sikit apa yang Dr Azizan cakap kan. Tapi tak perlu nak berebut beratur panjang pun waktu tu. Hehehe.

Oh, bagi yang nak solat, korang better bawak telekung dan sejadah sendiri. Lebih selesa dan tak perlu tertunggu-tunggu telekung. Orang ramai gila. Bukan saja orang yang nak solat ramai, orang yang nak lepak tidur pun ramai.


6. Bawa Botol Air Dan SnackBawak botol air sendiri. Dalam goodie bag tak disediakan air pun. Tapi korang boleh refill air guna water dispenser yang disediakan di sekeliling dewan. Banyak jugak water dispenser yang diaorang sediakan. Jadi tak perlu risau kalau air korang habis. Refill saja.

Bawa juga snack untuk alas perut. Kadang-kadang Dr Azizan bercakap lebih masa. Kalau contoh dalam jadual seminar start pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kemungkinan besar seminar akan bermula agak lewat sikit dan habis lewat juga.

Jadi prepare lah snack macam roti atau energy bar supaya korang tak rasa lapar sangat. Fadzi pun makan juga dalam dewan tapi jangan lah makan nasi lemak pulak tau hahahaha.


7. Parking RM5 SahajaDekat sekeliling SCCC tu ada 6 tempat parking. Kesemua tempat parking tu hanya RM5 per entry. Duduk lah lama mana pun RM5 saja. Jadi korang jangan lah buat biol parking dekat tepi jalan. 

Menyusahkan kereta lain nak masuk satu. Menyusahkan diri sendiri pun satu. Fadzi ada nampak kereta kena clamp okay. Dah tak pepasal kena bayar nak bukak clamp tu. Huhuhu.   



Setakat ni itu je lah kot yang Fadzi boleh share pasal pengalaman Fadzi join program Nak Ubah Hidup (NUH 2020). 

Apa yang Fadzi boleh katakan, NUH2020 ni boleh dijadikan satu platform untuk korang lebih bersemangat dalam hidup atau untuk lebih maju dalam bisnes. Yang penting, apa yang korang dapat dalam NUH ni, korang kena apply dalam hidup. Kalau tak apply, datang lah NUH 10 kali pun, tak jadi apa-apa pun.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/01/pengalaman-join-program-nak-ubah-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 732 hits
Kali pertama jejakkan kaki di Setia City Convention Centre Setia Alam pada 25hb January iaitu hari pertama Program Nak Ubah Hidup ema kagum melihat peserta yang hadir Sangat ramai Ofkos masing masing ada misi nak membina kehidupan yang lebi...
Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 507 hits
Assalammualaikum semua Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Jom Ikut Cara Ruby Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga
Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Hai korang Seminggu dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyerta...
Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 490 hits
Hi Korang Tiada apa yang boleh di lakukan jika kita senantiasa bersikap malas berfikiran negatif dan saling menyalahkan di antara satu sama lain Dengan erti kata lain hendaklah kita mengubah sikap sikap negatif ini kepada positif so dengan ...
Semakan Status Bsh 2020 Online Status Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

Semakan Status Bsh 2020 Online Status Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 395 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 20 Januari 2020 jam 01 15 PM Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah meneruskan pemberian
Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Pendaftaran Pemohon Baru Bsh

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Pendaftaran Pemohon Baru Bsh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 360 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 04 43 PM Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah penjenamaan semula Bantuan
Rkp 2020 Selesai Ksp Siap Kawal Program Prioritas Pemerintah

Rkp 2020 Selesai Ksp Siap Kawal Program Prioritas Pemerintah

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 221 hits
Anda semua harus memberi kontribusi pada masyarakat dengan latar belakang pendidikan organisasi dan pengalaman yang dimiliki kata Kepala Staf Kepresidenan Moeldoko di depan tenaga profesional KSP di Bina Graha Komplek Istana Kamis
Saya Tak Nak Hidup Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Suami Tak Mandi Berus Gigi Selepas Kahwin

Saya Tak Nak Hidup Dengan Dia Isteri Tuntut Cerai Suami Tak Mandi Berus Gigi Selepas Kahwin

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 428 hits
Seorang wanita berusia 20 tahun di India memfailkan tuntutan cerai dari suaminya kerana lelaki itu berbau busuk kerana dia hanya mandi sekali sahaja dalam tempoh 10 hari Soni Devi memfailkan permohonan cerai itu dari suaminya Manish Ram ker...
Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 659 hits
Seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi cintanya Demi suami tersayang biar sakit bagaimana tetap sanggup melahirkan zuriat buatnya Untuk anak anak biar lautan api sanggup direnangi Begitulah hebatnya keazaman seorang wanita demi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025