Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti


Hi Korang, 
Tiada apa yang boleh di lakukan jika kita senantiasa bersikap malas, berfikiran negatif dan saling menyalahkan di antara satu sama lain. 
Dengan erti kata lain hendaklah kita mengubah sikap-sikap negatif ini kepada positif, so dengan cara apa? Kita kenalah mencari peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. 
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. 

Kak lily berkesempatan ke Program #NUH2020 ini minggu lepas, walaupun kak lily bukanlah seorang usahawan tapi di sebabkan kak lily dahagakan ilmu-ilmu sebegini maka haruslah sertainya. 



Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 
Sejarah Dr Azizan Osman dan RichWorks International 

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author 
Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing dan Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 
Visi Dr Azizan Osman 
Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030 

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, Dr Azizan Osman dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga. 
Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 


Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. 

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. 
Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit. 
Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman 

Ni kak lily kongsikan beberapa kisah kejayaan anak-anak didik Dr Azizan Osman semasa program NUH2020 berlangsung. 
Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty 
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow! 
Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery 
Beliau yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 
Rosli Ismail dari Oli Collection 
Encik Rosli Ismail hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 
Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan. 
Tentang RICHWORKS INTERNATIONAL 
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 
material hebat dari NUH2020
Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. 
Antara topik dan pengisian program kami adalah: 
1. Pengurusan Bisnes 
2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan dan Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan 
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. 

Titanium RichWorks 
Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. 
Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 
Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi. 
SPIRE RichWorks 
SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 
Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.” 
Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk: 
1. Fesyen dan pakaian 
2. Kesihatan dan kecantikan 
3. Makanan dan minuman 
4. Pendidikan dan latihan 
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi) 
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan 
8. Perladangan dan pertanian 
Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.

semangat memasing time ni sebab dapat buku motivasi yang best ni

di antara yang sempat kak lily jumpa masa Program NUH2020, ada lagi yang lelain tapi tak berkesempatan nak jumpa

So bagaimana??
Itulah serba sedikit yang kak lily dapat kongsikan kepada korang Program Nak Ubah Hidup 2020 ni, rugi rasanya kepada mereka yang tidak dapat menyertainya

Ni masa hari kedua Program NUH2020 - Tq Tun M for coming!!Bertambah semangat kesemua para peserta
Tapi usah bimbang Program NUH ini adalah ada lagi dan untuk info lanjut korang boleh ke https://nakubahhidup.com/ tau. 
Dah jangan lepaskan peluang lagi kali ni ek


#TeamRichWorks
#InspirasiUbahHidup
#NakUbahHidup2020
#NUH2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/01/nak-ubah-hidup-nuh2020-kita-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Hai korang Seminggu dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyerta...
7 Cara Memasak Sarden Kaleng Menjadi Lebih Luar Biasa

7 Cara Memasak Sarden Kaleng Menjadi Lebih Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 358 hits
Para orangtua banyak yang mempercayakan makanan sarden sebagai menu sehat di rumah karena ikan sarden memiliki kandungan yang begitu banyak Ikan sarden kaya akan vitamin mineral vitamin B D kalsium fosfor dan natrium
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 449 hits
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020 Tahun lepas Fadzi pernah tulis pasal program Nak Ubah Hidup 2019 dekat blog Korang boleh baca dekat Waktu tu tengok ada kawan dalam Facebook share dieorang pergi apa yang diaorang dapat betapa sem...
Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 507 hits
Assalammualaikum semua Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Jom Ikut Cara Ruby Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga
Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 732 hits
Kali pertama jejakkan kaki di Setia City Convention Centre Setia Alam pada 25hb January iaitu hari pertama Program Nak Ubah Hidup ema kagum melihat peserta yang hadir Sangat ramai Ofkos masing masing ada misi nak membina kehidupan yang lebi...
Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 617 hits
Memasuki usia dua tahun Haryz atau nama penuhnya Muhammad Haryz Nadzim sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri sebelum tidur Sekarang si cilik pintar yang berusia tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ...
Cover Lagu Sambil Main Gitar Nenek Berusia 50 Tahun Mempunyai Bakat Luar Biasa

Cover Lagu Sambil Main Gitar Nenek Berusia 50 Tahun Mempunyai Bakat Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 318 hits
Memang tidak dinafikan setiap orang mempunyai bakat dan juga kelebihan Tapi apa yang Ohmedia nak kongsikan ini agak rare sikit di mana seorang nenek berusia 50 tahun telah viral di twitter selepas membuat cover lagu sambil bermain gitar Nen...
Bayar Rm40 Kalau Nak Tengok Pasangan Buat Hubungan Intim Di Luar Universiti Tampil Serah Diri

Bayar Rm40 Kalau Nak Tengok Pasangan Buat Hubungan Intim Di Luar Universiti Tampil Serah Diri

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 287 hits
Pasangan yang merakam perbuatan mereka melakukan hubungan intim di tempat awam di berhampiran sebuah universiti berprestij di Bangkok Thailand tampil menyerah diri di balai polis Klip video pasangan muda itu telah mula tersebar di media sos...
Beza Kakitangan Biasa Dengan Pegawai Atasan Cucuk Duit Nak Dipeluknya Mesin Atm Tu Syamsul Debat

Beza Kakitangan Biasa Dengan Pegawai Atasan Cucuk Duit Nak Dipeluknya Mesin Atm Tu Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 266 hits
Beza Kakitangan Biasa Dengan Pegawai Atasan Cucuk Duit Nak Dipeluknya Mesin ATM Tu Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two