Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020


Assalamualaikum

Hai korang
Seminggu, dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung, dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina, Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyertai program Nak Ubah Hidup 2020. 
Ok.. Ini bukan pertama kali ye Kaklong hadir, tapi kali ini aura dia semacam. Fuhhh.. memang betul lain macam tau! 3 hari berturut-turut Kaklong tak missed hadir. Seawal pagi sesudah subuh Kaklong sudah bergerak menuju ke lokasi NUH 2020 iaitu di Setia City Convention Centre kerana nak meredah lautan 13 ribu manusia ini bukannya mudah. Begitu jugalah perjalanan hidup kita. Penuh onak ranjau berduri - macam itulah perjalanan nak sampai ke sini, namun alhamdulillah akhirnya berjaya sampai juga untuk 3 hari berturut-turut


Program ini bukan terhad kepada mereka yang ada bisnes saja tau.. Macam Kaklong sekarang ni, masih belum ada apa-apa bisnes tapi tetap ingin join program sebegini. Kaklong nak tingkatkan lagi potensi diri dalam merenangi arus kerjaya Kaklong sekarang ini

PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan


Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam

Gagal Tanpa Ilmu Yang Betul
Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, pihak Richworks dapat melihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan

Bantuan dan Bimbingan
Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit

Kisah Kejayaan
Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow

mustahil kita miskin jika kita berTuhankan Yang Maha Kaya
Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan



Impian Kaklong mulanya tak banyak mana. Bila nak senaraikan 10 impian pun mula-mula dah ketar tangan - tak tahu nak mula dari mana. Eh, mana satu dulu ni, mana satu yang penting ni.. Tapi apabila mendengar nasihat dan panduan yang diberikan oleh Dr. Azizan dah mula nampak cahaya. Terus banyak idea datang secara tiba-tiba.. "Hidup hanya sekali, kalau dah hidup 20, 30, 40 tahun, dah berapa orang yang menerima manfaat dari kita? Atau kita masih pentingkan diri sendiri?" ~ aduhhh.. tertusuk tajam terus menikam hati

#NUH2020 merupakan suatu permulaan Tahun 2020 yang baik. InshaaAllah.. manfaatkan ilmu yang diberi untuk manfaat orang lain juga. Moga impian Kaklong tercapai kesemuanya. InshaaAllah

Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambaNYA. 
DAFTAR SINI UNTUK PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020https://www.nakubahhidup2020.com/

Facebook : Azizan Osman Official PageInstagram : Azizan Osman OfficialTwitter : Azizan OfficialYoutube : Azizan OsmanLinked : Azizan Osman Official
Website : www.nakubahhidup2020.com
Email: [email protected] : 1-300-88-2424
Ceritera,Sue Sopian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suesopian.com/2020/02/mengubah-cara-berfikir-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 397 hits
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020 Tahun lepas Fadzi pernah tulis pasal program Nak Ubah Hidup 2019 dekat blog Korang boleh baca dekat Waktu tu tengok ada kawan dalam Facebook share dieorang pergi apa yang diaorang dapat betapa sem...
Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 335 hits
Aura Hebat 13 000 Orang Tekad Nak Ubah Hidup 2020 Ada tak antara korang yang rasa dah bosan hidup tak
Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 455 hits
Assalammualaikum semua Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Jom Ikut Cara Ruby Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga
Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

Ada Apa Dengan Nuh 5 Perkara Menarik Tentang Program Nak Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 682 hits
Kali pertama jejakkan kaki di Setia City Convention Centre Setia Alam pada 25hb January iaitu hari pertama Program Nak Ubah Hidup ema kagum melihat peserta yang hadir Sangat ramai Ofkos masing masing ada misi nak membina kehidupan yang lebi...
Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 494 hits
Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi Malah kanak kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda Ternyata memang banyak je...
Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 451 hits
Hi Korang Tiada apa yang boleh di lakukan jika kita senantiasa bersikap malas berfikiran negatif dan saling menyalahkan di antara satu sama lain Dengan erti kata lain hendaklah kita mengubah sikap sikap negatif ini kepada positif so dengan ...
Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 520 hits
Seorang ibu berkongsi pengalaman memendekkan nama anak anaknya kerana terlalu panjang dan sukar untuk dieja oleh anaknya Keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan suaminya turut berkongsi di facebook miliknya bagaimana pengalaman ...
Nak Buat Kejutan Buat Seseorang Tapi Diri Sendiri Yang Kena Suprised

Nak Buat Kejutan Buat Seseorang Tapi Diri Sendiri Yang Kena Suprised

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 672 hits
Hadiah buat seseorang yang dikasihi Katanya pasti suka Sampaikan sanggup melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan hanya untuk menceriakan orang yang tersayang Ikuti kisah abang Fendi yang sehabis sungguh buat kejutan untuk someone nya ser...
Bagi Bagi Kopi Di Cfd Cara Nurmansyah Perkenalkan Diri Sebagai Cawagub Dki

Bagi Bagi Kopi Di Cfd Cara Nurmansyah Perkenalkan Diri Sebagai Cawagub Dki

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 205 hits
Bagi Bagi Kopi di CFD Cara Nurmansyah Perkenalkan Diri sebagai Cawagub DKI Dia mengaku masih membutuhkan restu dari warga DKI untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Sandiaga Uno itu Meski dalam pemilihan cawagub nantinya hanya bergantung pa...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran