Penduduk Kuantan Gesa Cukuplah Mempolitikkan Isu Lynas



KUANTAN - Kewujudan Lynas membawa kebaikan sosioekonomi di kawasan berdekatan kata penduduk

Penduduk di sekitar kawasan Gebeng memohon supaya isu berkaitan kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) ditamatkan dan tidak lagi dijadikan modal politik.

Mereka berkata sudah muak kerana isu tersebut dijadikan modal politik berpanjangan sedangkan selaku penduduk tempatan, mereka melihat sendiri perkembangan kilang yang berasal dari Australia itu.
Iklan

Tok Ampat Sungai Ular, Shamsul Azlin Abdul Wahid, 48, berkata Lynas yang melaksanakan operasi di bawah seliaan pelbagai agensi berwajib dan undang-undang, juga adalah seperti kilang lain yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng.

“Kami pada mulanya banyak juga menerima pelbagai berita mengenai Lynas, namun kami berlapang dada, pergi mendengar penerangan daripada pihak Lynas yang mengambil inisiatif bertemu penduduk kampung sejak mereka belum beroperasi.

“Mereka memberi penerangan dan mendengar keresahan kami. Malah mereka juga meminta pandangan kami beberapa kali. Walaupun sering dipolitikkan, mereka tetap datang sehingga kini bagi mengambil tahu tentang keselamatan kami selaku penduduk berhampiran,” katanya.

Shamsul Azlin berkata mereka juga mengambil peluang untuk mendengar penerangan daripada pakar pelbagai bidang setiap kali perjumpaan seumpamanya diadakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Ceramah Perdana dan Solat Hajat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di Kuantan semalam, yang dihadiri ribuan jemaah.

Beliau berkata seperti juga kilang lain, kewujudan Lynas membawa kebaikan sosioekonomi di kawasan berdekatan, malah ramai penduduk kampung mendapat peluang pekerjaan di situ termasuk ada yang bergelar jurutera.

“Lynas juga banyak membantu dalam tanggungjawab korporat sosial mereka di kampung kami seperti memberi bantuan awal persekolahan anak dan bantuan menjelang hari raya.

“Tidak dinafikan pada awalnya ada juga rasa sangsi bila mendengar pelbagai berita, namun selepas bertahun-tahun Lynas beroperasi, kami lihat apa yang diperkatakan tidak tepat. Kilang itu sama sahaja seperti kilang lain,” katanya.

Shamsul Azlin menambah setakat ini, tiada kedengaran kisah kesihatan penduduk terjejas akibat radiasi daripada kilang itu, dan berpandangan jika benar kilang itu begitu bahaya, sudah pasti pekerjanya yang pertama akan terkesan.

Sementara itu, Tok Ampat Balok, Mansor Mokhtar berkata dakwaan Lynas menjejaskan alam sekitar juga tidak benar kerana penduduk di Balok yang kebanyakannya bergelar nelayan tidak melihat kejadian itu berlaku.

“Kami tidak melihat sungai berubah warna disebabkan air daripada Lynas atau mendengar cerita ikan mati disebabkan radiasi...lagipun sukar untuk kami terima kilang yang dikawal rapi operasinya membuang air kumbahan tidak selamat sesuka hati hingga menimbulkan masalah alam sekitar,” katanya.

Mansor menambah beliau juga tidak selesa apabila isu itu terus berpanjangan termasuk mendakwa ada yang mengeluarkan komen di laman sosial mendakwa mereka adalah penduduk Balok yang terjejas akibat Lynas.

Sedangkan, beliau sendiri tidak mengenali individu yang mengeluarkan komen tersebut dan rata-rata penduduk yang ditanya, mengakui tidak selesa dengan perbuatan sedemikian. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/penduduk-kuantan-gesa-cukuplah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 440 hits
Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berhenti berpusing pusing berhubung isu Lynas dan sebaliknya meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat berhubung kenyataan y...
Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan situasi sebenar berhubung kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng Beliau berkata kerajaan tersepit berhubung isu Lynas k
Selepas Khat Dap Panggil Pemimpin Bincang Isu Lynas Pula

Selepas Khat Dap Panggil Pemimpin Bincang Isu Lynas Pula

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 377 hits
PETALING JAYA Seminggu selepas mengadakan pertemuan untuk membincangkan kontroversi berhubung pengenalan tulisan khat di sekolah vernakular pemimpin DAP sekali lagi dipanggil menghadiri pertemuan Selasa ini bagi membincangkan satu lagi isu ...
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 552 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 334 hits
MALAYSIAKINI DAP perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan kata Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon Beliau menggesa Set...
K Jaan Tersepit Dalam Isu Lynas Kerana Pinjaman Jepun Fuziah

K Jaan Tersepit Dalam Isu Lynas Kerana Pinjaman Jepun Fuziah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 276 hits
Saya mengikuti perkembangan di tanah air berkenaan permasalahan Lynas berkaitan syarat penyambungan lesen kilang Lynas yang sedang hebat di perkatakan oleh pimpinan dan dibahas oleh netizen di seluruh negara baik dari Kuantan mahupun dari l...
Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 429 hits
Isu khat Lynas Pertimbangan politik perlu diutamakan PenganalisisOleh August 14 2019Kontroversi sisa radioaktif buangan kilang nadir bumi Lynas dan pengajaran khat Jawi di sekolah vernakular wajib dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan deng...
Once Anti Lynas Darlings Kuantan And Bentong Mps Now Face Barrage Of Insults Online

Once Anti Lynas Darlings Kuantan And Bentong Mps Now Face Barrage Of Insults Online

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 327 hits
Malaysians on Facebook are mercilessly mocking Pakatan Harapan lawmakers Fuziah Salleh and Wong Tack over the government s decision on Lynas Malaysia dredging up the duo s claims against the Australian mining firm from before Among others t...
Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

Isu Lynas Kalau Tun M Tunduk Dengan Lynas Biar Fuziah Wanita Besi Pahang Berdepan Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 366 hits
ISU LYNAS KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS BIAR FUZIAH WANITA BESI PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKASemalam sekali lagi Tun M bercakap dengan menyatakan sokongan kepada Lynas iaitu satu projek yang diluluskan oleh kerajaan Najib dahulu tanpa cuk...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan

Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam