Selepas Khat Dap Panggil Pemimpin Bincang Isu Lynas Pula



PETALING JAYA: Seminggu selepas mengadakan pertemuan untuk membincangkan kontroversi berhubung pengenalan tulisan khat di sekolah vernakular, pemimpin DAP sekali lagi dipanggil menghadiri pertemuan Selasa ini bagi membincangkan satu lagi isu panas, iaitu kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Beberapa ahli atasan DAP memberitahu  bahawa mereka menerima surat jemputan ke mesyuarat khas di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam Selasa ini.

“Semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat telah dimaklumkan,” kata pembantu seorang menteri DAP yang tidak mahu dikenali.

Tidak ada agenda ditetapkan, tetapi pemimpin DAP dan ahli yang rapat dengan kepimpinan tertinggi parti itu mengesahkan isu Lynas akan menjadi fokus perbincangan.

Kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation Ltd yang berpangkalan di Australia diselubungi kontroversi selama beberapa tahun susulan bantahan aktivis alam sekitar dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) atas alasan keselamatan dan kesihatan.

Mereka juga mendesak operasi kilang itu dihentikan.

Lesen operasi kilang berkenaan perlu diperbaharui bulan depan. Kerajaan pusat memberi gambaran umum bahawa lesen tersebut akan diperbaharui selepas Lynas membuat rancangan berhubung pelupusan sisa kilangnya.

Mesyuarat DAP Selasa ini dijangka dihadiri setiausaha agungya, Lim Guan Eng; setiausaha organisasi pusat Anthony Loke dan penolong setiausaha Yeo Bee Yin yang juga merupakan menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim dalam Kabinet Putrajaya.

Mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup dan tiada kenyataan media akan dikeluarkan atau sidang media diadakan selepas itu, kata pegawai DAP.

Seorang ahli Parlimen DAP yang maklum mengenai mesyuarat tersebut berkata, ia juga akan berperanan sebagai satu “langkah susulan” bagi isu khat, yang mendominasi perhatian parti berkenaan minggu lepas berikutan bantahan pemimpin akar umbinya terhadap keputusan kerajaan persekutuan untuk memperkenalkan tulisan khat kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular tahun depan.

Kerajaan dijangka membuat keputusan berkenaan lesen operasi Lynas pada Khamis, mendahului tarikh akhirnya pada 2 Sept. Isu Lynas juga dijangka dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Seorang ahli Parlimen DAP dari Malaysia Timur menolak khabar angin bahawa mesyuarat itu akan panas.

Katanya, beliau hanya mahu mendengar tentang syarat yang akan dikenakan ke atas Lynas sekiranya lesen operasi syarikat itu diperbaharui.

Katanya beliau juga mahu tahu perkiraan kerajaan di sebalik keputusannya.

“Saya dengar lanjutan (lesen) itu adalah untuk 6 bulan,” katanya.


“Saya mahu tahu apakah yang akan berlaku jika Lynas tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. Apakah (lesennya) akan diperbaharui juga?” #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/selepas-khat-dap-panggil-pemimpin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 501 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
2 Adun Dap Tarik Balik Bantahan Isu Khat

2 Adun Dap Tarik Balik Bantahan Isu Khat

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 324 hits
News Diterbitkan Hari ini 3 06 petangDua Anggota Dewan Undangan Negeri DAP menarik balik bantahan mereka terhadap rancangan memperkenalkan pembelajaran khat dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular Adun Keranji Chong...
Di Antara Lynas Zn Pemimpin Semburit Dan Dap Racist Mana Satu Yang Toksid Dan Paling Merbahaya

Di Antara Lynas Zn Pemimpin Semburit Dan Dap Racist Mana Satu Yang Toksid Dan Paling Merbahaya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 312 hits
Lynas boleh ditangani dari semasa ke semasa SEMBURIT boleh bertaubat dan berihram setiap tahun itu mereka dengan Tuhan ZN boleh dinasihat diberi tugas belakang tabir Nyatalah DAP racist lebih TOKSID dan merbahaya kepada negara Tadi aku dah ...
Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

Isu Khat Lynas Pertimbangan Politik Perlu Diutamakan Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 387 hits
Isu khat Lynas Pertimbangan politik perlu diutamakan PenganalisisOleh August 14 2019Kontroversi sisa radioaktif buangan kilang nadir bumi Lynas dan pengajaran khat Jawi di sekolah vernakular wajib dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan deng...
Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 366 hits
Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain untuk m...
After Khat Issue Dap To Hold Another Pow Wow Over Lynas

After Khat Issue Dap To Hold Another Pow Wow Over Lynas

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 341 hits
DAP will once again summon its elected representatives nationwide to Kuala Lumpur this time over the impending renewal of the operating licence for Lynas rare earths processing plant The pow wow set for Tuesday comes just a week after a whe...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 447 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 398 hits
Isu tulisan khat Jawi DAP sudah menang Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFINILAH persepsi awal yang timbul iaitu DAP sudah menang dalam isu tulisan khat bila para pemimpin tinggi DAP terutama yang paling lantang menentangnya seperti Ronnie Liu dan...
Isu Khat Hala Tuju Celaru Ketidakpersefahaman Komponen Ph Kronik Yang Salah Bn

Isu Khat Hala Tuju Celaru Ketidakpersefahaman Komponen Ph Kronik Yang Salah Bn

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 273 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu Barisan Nasional atas kecelaruan hala tuju dan dasar mereka Dalam satu lontaran di Facebook Abd...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord