Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M


MALAYSIAKINI

   
DAP perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan, kata Timbalan Presiden MCA, Dr Mah Hang Soon.

Beliau menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang mengetuai ahli-ahli parlimen daripada parti itu untuk memberikan tekanan kepada kerajaan.

"Sekiranya semua 42 anggota parlimen dari parti itu tidak menyokong Mahathir, beliau boleh ditumbangkan dengan serta-merta.

"Mereka tidak seharusnya mengkhianati 95 peratus pengundi Cina yang menyokong mereka dalam PRU14 demi kepentingan peribadi," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon menyelar beberapa pemimpin DAP, termasuk Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mendakwa Jawi telah diajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina sejak enam tahun lalu.

"Saya harus mengatakan kebenaran, jadi orang ramai tidak akan dikelirukan oleh ahli-ahli politik ini.
Faktanya hanya satu halaman daripada empat halaman dalam buku teks Bahasa Malaysia untuk Tahun 5 memperkenalkan Jawi dalam topik kaligrafi," katanya.
Chong (gambar atas) menambah dua halaman itu menyentuh mengenai kaligrafi Cina dan Tamil manakala halaman terakhir memaparkan perbualan antara pelajar berbilang kaum dengan guru mereka mengenai kaligrafi

"Ia merupakan agenda politik apabila pemimpin DAP hanya menggambarkan muka surat 86 sebagai kaligrafi Jawi. Mereka mahu orang Cina membenci MCA supaya mereka boleh mengurangkan kontroversi khat ini," katanya.

Tambah Chong, pengenalan mengenai kaligrafi berbagai kaum sebelum ini bukan seperti pelaksanaan khat bagi Tahun 4 pada tahun depan yang memerlukan murid-murid belajar mengenai khat.

Chong berkata tidak seperti sebelum ini, beliau difahamkan bahawa guru-guru kini perlu menjalani latihan khas mengenai tulisan berkenaan.

Beliau seterusnya mengkritik pemimpin DAP kerana mencampurkan dua isu berbeza.

"Buang masa untuk alih perhatian orang ramai. Selesaikan isu khat adalah satu-satunya perkara yang perlu dilakukan,"kata Chong.

DAP akan bermesyuarat malam ini untuk membincangkan mengenai isu itu.

Pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil sebelum ini menyuarakan bantahan dengan alasan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular akan menambahkan beban kerja kepada pelajar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/isu-jawi-mca-gesa-dap-beri-tekanan-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 216 hits
MALAYSIAKINI Adun Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling mahu Kementerian Pendidikan memperjelas kenyataan terbarun kelmarin berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara pilihan Kata Chang peng...
Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 287 hits
Murid Nur Aina Sofea Mohd Najib 12 melakukan kemahiran tulisan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Presiden MC Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA ...
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 419 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

Mca Gesa Fuziah Minta Guan Eng Mohon Maaf Isu Lynas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 338 hits
Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berhenti berpusing pusing berhubung isu Lynas dan sebaliknya meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat berhubung kenyataan y...
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 601 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Penduduk Kuantan Gesa Cukuplah Mempolitikkan Isu Lynas

Penduduk Kuantan Gesa Cukuplah Mempolitikkan Isu Lynas

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Kewujudan Lynas membawa kebaikan sosioekonomi di kawasan berdekatan kata pendudukPenduduk di sekitar kawasan Gebeng memohon supaya isu berkaitan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd ditamatkan dan tidak lagi dijadikan ...
Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 345 hits
Isu tulisan khat Jawi DAP sudah menang Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFINILAH persepsi awal yang timbul iaitu DAP sudah menang dalam isu tulisan khat bila para pemimpin tinggi DAP terutama yang paling lantang menentangnya seperti Ronnie Liu dan...
Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 345 hits
APABILA membaca berita ini saya terkejut Hari ini media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan Tao berkata khat dan jawi bukan identiti Malaysia dan menyalahi Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan
Dap Should Put Pressure On Pm To Abort Khat Says Mca

Dap Should Put Pressure On Pm To Abort Khat Says Mca

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 282 hits
DAP should put pressure on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad into withdrawing the government s plan to introduce khat in vernacular schools said MCA deputy president Dr Mah Hang Soon He called on DAP secretary general Lim Guan Eng and vete...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis