Penahanan Perisik Tentera Mindef Diarah Teliti Aspek Keselamatan Negara Fahmi


Penahanan Perisik Tentera: MINDEF Diarah Teliti Aspek Keselamatan Negara – Fahmi
PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) meneliti semula aspek keselamatan negara susulan penahanan anggota Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) di selatan tanah air, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata perkara itu dibangkitkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang turut menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan negara berikutan tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Difahamkan dua daripada mereka yang ditahan ialah pegawai MDIO. Perdana Menteri menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan yang mungkin timbul dan meminta MINDEF membentangkan laporan penuh kepada Jemaah Menteri selepas siasatan SPRM,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Pada 13 Ogos lalu, SPRM menahan 10 individu termasuk tiga pegawai dan dua bekas pegawai kanan tentera dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air.
Fahmi berkata Perdana Menteri turut menegaskan siasatan SPRM mesti diteruskan tanpa sebarang gangguan, sebelum Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman.
Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri telah meminta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi laporan dan status terkini siasatan insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan malam tadi.
“Menteri Pertahanan telah memaklumkan, Alhamdulillah, kedua-dua juruterbang selamat dan siasatan sedang dijalankan. Hasil siasatan akan dibentangkan semula ke Jemaah Menteri sebaik selesai,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Penahanan Perisik Tentera: MINDEF Diarah Teliti Aspek Keselamatan Negara – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/penahanan-perisik-tentera-mindef-diarah-teliti-aspek-keselamatan-negara-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 412 hits
PEKAN Pengusaha sekolah agama dan maahad tahfiz di Pahang dinasihatkan agar lebih prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar khususnya dari aspek keselamatan keselesaan serta disiplin Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ab...
5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 412 hits
Buletin TV3 nbsp PUTRAJAYA Lima pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam disahkan sebagai anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaf...
Semakan Kehakiman Titah Adendum Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara

Semakan Kehakiman Titah Adendum Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1036 hits
PUTRAJAYA Semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diket...
Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara

Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 285 hits
Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara Kita sudah berada di minggu kedua bulan Ogos dan tidak lama lagi akan menghampiri tarikh keramat 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan ini ...
Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 378 hits
Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yan...
Meskipun Bukan Negeri Jelapang Negeri Ini Sumbang Hampir 7 Beras Negara

Meskipun Bukan Negeri Jelapang Negeri Ini Sumbang Hampir 7 Beras Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 280 hits
K PRAGALATHAugust 13 2025Selangor merupakan antara penyumbang terbesar pengeluaran padi dan beras negara yang menyumbangkan hampir tujuh pengeluaran beras negara meskipun bukan negeri jelapang Pada tahun 2023 keluasan bertanam padi di Selan...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Beza Coklat Putih Coklat Hitam Dan Coklat Biasa Mana Satu Yang Paling Sedap

Top 19 By May 26 Pokbet 68

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je

Rencana 5 Tahun Finansial Freedom Untuk Gen Z


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

Lirik Lagu Luka Awie Riez

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Peluang Usaha Pontianak 2026 10 Usaha Modal Minim Yang Paling Menguntungkan

Resepi Tauhu Berlauk

Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone