Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang Bendera Kebanggaan Negara


Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang, Bendera Kebanggaan Negara
Kita sudah berada di minggu kedua bulan Ogos dan tidak lama lagi akan menghampiri tarikh keramat 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan. Bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan ini, kita semua perlu mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan patriotik.
Tidak kira bangsa dan agama, apabila kita bergelar Warganegara Malaysia, Jalur Gemilang ini seharusnya dianggap sebagai lambang kedaulatan negara dan dikibarkan dengan sebaiknya.
Justeru, SK kali ini ingin membawa semua pembaca untuk menelusuri kembali sejarah penciptaan Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat patriotik.
Sejarah penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu Pada asalnya, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu peringkat kebangsaan. Diadakan pada Mei 1948, seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Selepas proses pemilihan dan pertimbangan, hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih untuk ke peringkat akhir pada 15 November 1949.
Menginjak ke tahun 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari telah memperkenan dan memberi undian majoriti untuk rekaan bendera yang dicipta oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Mohamed Hamzah.
Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia Pun begitu, beberapa pindaan telah dibuat pada bendera tersebut iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih telah diganti dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja.
Beberapa bulan selepas itu, tepat pada 26 Mei 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat pertama kali di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran terbabit dihadiri oleh Sultan Selangor dan Menteri Besar bagi negeri Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.
Bendera itu telah dinaikkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Henry Gurney.
Apabila mencapai kemerdekaan, bendera itu telah dinaikkan dan dikibarkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Seiring kibaran penuh bangga itu, Lagu Negaraku yang pertama kali diperdengarkan kepada umum turut berkumandang.
Jalur Gemilang nama bendera Malaysia Bendera itu yang sebelum ini mempunyai 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah ditambah jalurnya kepada 14 jalur, sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Pada malam 31 Ogos 1997, Bendera Malaysia diumumkan sebagai Jalur Gemilang secara rasmi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Simbolik rekaan Jalur Gemilang Setiap perincian pada Jalur Gemilang mempunyai makna yang tersendiri. 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan berakhir dengan jalur putih di bahagian bahawa.
Jalur itu sebenarnya melambangkan satu haluan yang lurus, dan hala tuju yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Jalur tersebut mewakili keanggotaan 13 buah negeri dan 1 jalur lagi mewakili Kerajaan Persekutuan.
Gemilang pada namanya bermaksud bercahaya terang benderang dan cemerlang. Selain itu, ia melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan yang gigih, taat dan bersatu padu.
Lambang dan warna pada Jalur Gemilang Warna biru tua yang terdapat pada Jalur Gemilang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.
Sementara itu, warna kuning pada anak bulan dan bintang bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan. Ia juga membawa maksud mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Warna merah pada jalur melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Di samping itu, warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.
Lambang anak bulan pula bermakna Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Walaupun negara mengalami pelbagai evolusi, seiring dengan perkembangan dunia moden, diharapkan kita semua sebagai rakyat Malaysia terus bangga mengibarkan Jalur Gemilang. Tidak kira ketika di bulan kemerdekaan atau bulan-bulan lain, bendera itu selayaknya dipasang dengan penuh hormat dan ketertiban.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara
BACA JUGA: Jalur Gemilang Milik Kita: Simbol Jiwa, Maruah Dan Cinta Negara The post Sejarah Penciptaan Jalur Gemilang, Bendera Kebanggaan Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/13/sejarah-penciptaan-jalur-gemilang-bendera-kebanggaan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha

Hati Hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 777 hits
Hati hati Naikkan Jalur Gemilang Lambang Maruah Negara Dr Zaliha PUTRAJAYA 17 Ogos Orang ramai dan premis perniagaan di Wilayah Persekutuan diingatkan sentiasa menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol maruah dan identiti negara Menteri di ...
Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 901 hits
SHAH ALAM Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan arahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh berhubung himpunan di Kepala Batas sebagai tindaka...
Konvoi Kmjg Semarak Cintakan Negara Dengan Kibar Jalur Gemilang

Konvoi Kmjg Semarak Cintakan Negara Dengan Kibar Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 254 hits
Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Sabarudin Yeop Hamzah bersama menyertai para peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang pada Majlis Pelepasan KMJG 2025 hari ini Foto Bernama KUALA LUMPUR Suasana hujung minggu di ib...
Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Pasti Milik Pas Di Kuala Selangor Pula Pasang Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 299 hits
Tadika milik Pas pula pasang Jalur Gemilang terbalik rupanya dah maju sejak 2014HarapandailyBulan sambutan kemerdekaan negara seolah olah menjadi musim pemasangan Jalur Gemilang terbalik tidak terkecuali dalam kawasan Pusat Asuhan Tunas Isl...
Rm8 4mil To Provide Jalur Gemilang Badges For 5mil Students

Rm8 4mil To Provide Jalur Gemilang Badges For 5mil Students

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 147 hits
Ninety one suppliers were involved in supplying the badges with each student receiving two free of charge Education minister Fadhlina Sidek said getting students to wear the Jalur Gemilang badge on their uniforms is one of the ministry s in...
Don T Fear Flying Jalur Gemilang Despite Upside Down Incident Minister

Don T Fear Flying Jalur Gemilang Despite Upside Down Incident Minister

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 150 hits
National Unity Minister Aaron Ago Dagang has reassured the public that they should not feel afraid or hesitant to display the Jalur Gemilang despite the recent incident of the flag being hung upside down Instead we should take this opportun...
Pemuda Umno T Ganu Pula Guna Jalur Gemilang Salah

Pemuda Umno T Ganu Pula Guna Jalur Gemilang Salah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 290 hits
Malaysiakini nbsp Pemuda Umno Terengganu menyiarkan satu grafik dengan imej Jalur Gemilang yang salah Kejadian itu berlaku ketika ketua sayap tersebut Dr Akmal Saleh sedang lantang mengecam seorang pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang k...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026