Semakan Kehakiman Titah Adendum Mahkamah Persekutuan Sebulat Suara Tolak Rayuan Peguam Negara




PUTRAJAYA: Semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Keputusan itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.
Ia sekali gus menolak rayuan Peguam Negara untuk menghalang supaya semakan yang dikemukakan Najib itu didengar.
Menerusi keputusan mahkamah tertinggi itu, semakan tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi seperti tarikh-tarikh yang akan ditetapkan.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.
Hakim Zabariah ketika membacakan keputusan itu berkata, persoalan sama ada Titah Adendum itu wujud atau sah hanya boleh ditentukan pada peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
“Buat masa ini, titah tambahan itu wujud dan statusnya, sama ada sah atau benar, perlu dipastikan dalam perbicaraan penuh.
"Kami tidak menganggap wajar atau adil untuk memberi sebarang pandangan mengenai perkara ini pada peringkat sekarang,” katanya.
Pada 9 Julai lalu, panel berkenaan selesai mendengar hujahan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan serta peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.
Ia bagi memutuskan sekiranya rayuan Peguam Negara ditolak, semakan itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi.
Namun jika rayuan dibenarkan, hasrat Najib untuk meneruskan semakan kehakiman ini bagi mendapat perintah mandamus supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah akan berakhir.
Dalam prosiding terdahulu, ketika berhujah, Muhammad Shafee antara lain menyatakan bahawa Peguam Negara sepatutnya berterus-terang dari awal bahawa Titah Adendum berkenaan wujud.
Hujah beliau, Peguam Negara sewajarnya melaksanakan kewajipan secara jujur (duty of candour) pada peringkat prosiding, namun Mahkamah Tinggi sebaliknya bertindak membantah kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Najib.
"Anak guam saya sudah bertindak sewajarnya untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan dokumen berkenaan. Malah, dokumen itu hanya diperoleh oleh anak beliau, Datuk Mohamad Nizar, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan semakan," katanya.
Sementara Mohd Dusuki dalam hujahannya berkata, Najib dan anaknya Mohamad Nizar tidak mengemukakan bukti munasabah berkaitan kewujudan Titah Adendum, walhal berpeluang berbuat demikian di peringkat permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Hujah beliau, Mohd Nizar yang juga EXCO berpeluang mendapatkan titah itu kerana beliau kerap menghadiri mesyuarat dan pertemuan dengan Sultan Pahang.
Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.
Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta-merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/semakan-kehakiman-titah-adendum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1870 hits
Berpuluh puluh penyokong menyambut Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman kira kira jam 8 30 pagi hari ini sambil melaungkan Bebaskan Bossku untuk bekas perdana menteri itu Kehadiran penyokong yang datang seawal 6 pagi itu turut disertai...
Mahkamah Tolak Rayuan Guru Kaunseling Serang Seksual 6 Pelajar

Mahkamah Tolak Rayuan Guru Kaunseling Serang Seksual 6 Pelajar

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 235 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Tinggi Kuching mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap seorang guru kaunseling sekolah berasrama penuh yang didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap enam pelajar lelaki tiga tahun lalu Pesur...
Tragedi Zara Qairina Selepas Tiga Minggu Ini Arahan Jabatan Peguam Negara

Tragedi Zara Qairina Selepas Tiga Minggu Ini Arahan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 398 hits
Di saat seorang ibu kehilangan anak akibat tragedi buli dan trauma kesedihan itu bukan sekadar dirasai oleh keluarga tetapi turut menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia Luka yang ditinggalkan tidak mudah diubati apatah lagi apabila punca se...
Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Dan Ibu Tulen Minta Henti Sebar Spekulasi

Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Dan Ibu Tulen Minta Henti Sebar Spekulasi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR Seorang peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkenaan Kak M adalah rakaman sebenar Peguam Hamid Isma...
Kes Husam Vs Kpk Bila Bangkit Isu Amanah Mereka Balas Dengan Saman Jumpa Di Mahkamah Rayuan

Kes Husam Vs Kpk Bila Bangkit Isu Amanah Mereka Balas Dengan Saman Jumpa Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 177 hits
Ramai yang mungkin tak tahu kes saman oleh syarikat kerajaan negeri Kelantan Kompleks Perkayuan Kelantan terhadap Datuk Husam Musa bukan kes baharu Ia bermula sejak 2017 bukan kerana Husam mencuri atau menyeleweng tapi kerana beliau bangkit...
Sultan Pahang Titah Enakmen Syariah Dikaji Secara Menyeluruh Bukan Sekadar Semakan Kosmetik

Sultan Pahang Titah Enakmen Syariah Dikaji Secara Menyeluruh Bukan Sekadar Semakan Kosmetik

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh yang bukan sekadar semakan kosmetik sebaliknya dilaksanakan sebagai satu reformasi berland...
Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman 12 Tahun Penjara Terhadap Siti Bainun

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman 12 Tahun Penjara Terhadap Siti Bainun

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 181 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali berhubung sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella empat tahun lalu Pan...
Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Beramal Dengan Ikhlas Pasti Merasainya

Berita Sedih Dari Kakak

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Terung Buat Pc Menangis

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Oh My Gemini